3 Formula Matematik Gaya Santai

3 Formula Matematik Gaya Santai

 

Cara berfikir kanak-kanak, remaja dan dewasa adalah berbeza. Jadi, pendekatan untuk setiap peringkat umur juga berbeza. Kaedah pembelajaran sekolah rendah lain, kalau sekolah menengah pula berbeza begitu juga peringkat universiti. Oleh hal yang demikian, bagaimana cara pendidik hendak mengajar pelajar-pelajar mereka.

 

Antara 3 formula gaya santai untuk subjek matematik adalah:

 

  1. Kenali pelajar kita

Guru bukan sahaja mengajar malah mereka juga boleh menjadi seorang kaunselor, ibubapa, kawan, perawat dan sebagainya kepada para pelajar. Conothnya, mendengar luahan para pelajar sebelum memulakan pembelajaran, mengambil tahu tentang keadaan mereka dan mata pelajar juga memainkan peranan untuk guru kenal pelajar-pelajar. Pelajar sekolah rendah mereka cenderung kepada lawak jenaka manakala sekolah menengah pulalebih kepada pendekatan seorang kawan. Kemudian, memberitahu ibubapa tentang tahap pembelajaran anak-anak mereka supaya ibubapa cakna. Hal ini demikian kerana karakter setiap pelajar berbeza-beza maka para pendidik perlu kenal pasti karakter-karakter pelaar.

 

  1. Pelbagaikan aktiviti

Antara aktiviti yang boleh disenaraikan adalah latihan, lazim, hafal, origami, hand on, eksperimen, inquiry, explore, join venture dan banyak lagi. Untuk menarikkan lagi aktiviti yang kita akan buat di kelas, ambil tahu apa minat pelajar. Kini, pada kebiasaannya pelajar gemar bermain video game, jadi masukkan unsur-unsur game ke dalam aktiviti pembelajaran. Menggunakan bahan atau probs semasa kelas boleh bantu kefahaman pelajar dengan lebih baik sebab ia realistik atau sesuatu yang wujud dan boleh disentuh. Jika pelajar mengambil masa yang lama dalam pembelajaran, pendidik perlu dorong mereka lebih laju. Contoh aktiviti lain, minta pelajar tanya kepada guru supaya minda mereka lebih aktif.

 

  1. Reward

Apabila sesuatu perkara akan diberikan reward atau ganjaran maka perkara itu akan dilakukan dengan bersungguh-sungguh hingga dapat ganjaran yang dijanjikan. Pendidik boleh wujudkan reward semasa dalam kelas untuk tarik perhatian dan fokus pelajar. Antara reward yang boleh diberi adalah playtime, reward tidak semestinya dengan barang. Contohnya, reward memuatnaik gambar pelajar yang peroleh reward di display picture (DP) Whatsapp pendidik sebagai ganjaran atau reward pelajar tersebut selama 24 jam. Tidak semestinya pelajar sahaja perlu reward guruk tetapi guru juga boleh beri reward kepada pelajar. Boleh jadi reward yang pendidik beri kepada pelajar membuatkan mereka ingat sampai bila-bila dan ia merupakan nikmat atau reward seorang pendidik.

 

Untuk tambah baik skill mendidik, pendidik perlu kembangkan lagi networking untuk sama-sama berkongsi cara mendidik daripada para pendidik yang lain.

“Trial SPM dah dekat sangat! Nak buat macam mana ni?”

Sijil Pelajaran Malaysia SPM adalah salah satu exam besar yang bakal menentukan masa depan pelajar. Nak sambung belajar universiti, kena ada keputusan yang mantap untuk pilih ‘course’ yang diidamkan atau popular. Jadi SPM ni bukan satu perkara yang kecil,yang boleh dibuat sambil lewa. Setuju?

 

Ramai calon SPM tengah bergelut nak cover & ulangkaji pelajaran. Maklumlah.. sebelum ni banyak cuti & dicutikan, jadi ada yang nak kena belajar sendiri. Bila sebut subjek Matematik Tambahan atau Add Maths dan Kimia, ramai calon ni ‘kecut perut’. Ada yang masih belum bersedia nak exam.

 

Ini 3 tip persediaan untuk anda, calon SPM 2021:

1- Banyakkan ulangkaji pelajaran yang telah belajar terutamanya pada konsep supaya dapat lebih faham dan ingat apa yang dipelajari.

2- Tambahkan latihan untuk mantapkan kefahaman. Ini dapat bantu pelajar kurangkan ‘careless’ semasa menjawab soalan sebenar dan mudah ‘tackle’ apa saja jenis soalan. Adakan juga latihan buat soalan sebenar dalam masa yang ditetapkan supaya boleh bantu pelajar ‘improve’ menjawab dengan betul dalam masa yang diberikan.

3- Hadiri seminar atau kelas pecutan untuk mantapkan lagi kefahaman dalam subjek dan cara menjawab soalan. Biasanya sebagai bonus, pelajar akan dapat perkongsian pelbagai tip persediaan akhir untuk hadapi peperiksaan.

 

Nak kami bantu & bimbing anda di saat-saat akhir ini?

CMN Academy akan mengadakan Seminar BEST SPM 2020 (Fast-Lane Edition) pada 26 September ini!

 

 

Seminar ini merupakan seminar pecutan SPM yang akan bantu pelajar untuk lebih bersedia & bersemangat harungi peperiksaan yang akan tiba, melalui kaedah yang lebih mudah faham, seronok & berkesan. Seminar yang khas untuk calon SPM 2021 yang mana tak lama saja lagi akan ada peperiksaan percubaan SPM ini akan menemui anda secara hybrid, iaitu online & offline. Pelajar atau ibubapa boleh pilih beberapa pakej menarik!

 

 

Jadi, apa tunggu lagi!
Berikan kami ruang dan peluang untuk bantu anda berjaya dalam SPM terutamanya subjek Add Maths dan Kimia.

 

Daftar Seminar BEST SPM Fast-Lane Edition sekarang di sini.

 

Jom kita hebat & skor Add Maths dan Kimia!

Akhirnya Add Maths Tidak Lagi Susah dan Membosankan!

VIDEO BENGKEL ADD MATHS SPM 2019/2020 YANG BAKAL MENGUBAH PERSEPSI BAHAWA ADD MATHS ITU SUSAH 😃

 

Menjawab soalan Dan Pendedahan Praktikal terhadap soalan yang diajukan.

Teori dan Praktikal, apa bezanya?

Perlu ke didedahkan dengan Aktiviti Praktikal?

Buat Praktikal ni tak Buang masa ke?

Sebenarnya, sesi Pembelajaran dan Pengajaran Addmaths ini, kalau dapat diselitkan aktiviti ringkas, dapat memberikan pemahaman terhadap sesuatu konsep secara holistik.

Kenapa di Kira begitu?

Bagaimana nak dapatkan bacaan itu?

Apa yang boleh dibuat dengan bacaan itu?

Mengapa perlu dibuat kiraan begitu?

Kalau dikira begini boleh ke?

Disinilah pendedahan kepada Solving Problem Dan Problem Solving Skills dapat dilihat, dinilai Dan dirasai sendiri oleh pelajar itu sendiri.

Itu lah keistimewaan bengkel FuntasticAddMaths ini.

Pelajar bukan sahaja akan didedahkan kepada soalan Mirip SPM, IGCSE, EDEXCEL, tetapi mereka juga akan didedahkan kepada nilai nilai Aplikasi melalui uji-kaji ringkas untuk memberikan pendedahan yang bukan nya menekankan kepada Tips, Teknik Menjawab semata mata.

Boleh ke cover semua topik?

Ohh sudah semestinya tidak. Tetapi topik Dan soalan yang dikupas sudah pasti akan memberikan “Added Advantage”

Apa yang peserta sebelum ini kongsikan?

“This was the best addmaths class that i have attended sir.. It really changed my way of looking Addmaths.. Today i get to know that addmaths isn’t that hard as we all think.. It is quite interesting.. I am really happy today.. Thank you so much sir 😊😊😊

-Jazz-

 

“Sir, the class is cool, never learn anything like it before, regarding to addmaths 

-Natasha-

 

“Sir Raj teach about applying addmath into our daily routine..as a tutor, i am glad that i can give some examples from our daily routine to my students..and hope this method will change mindset of student who find it hard to understand addmath into a funtastic learning lesson..keep it up Sir Raj!!!”
-Cikgu Akmal-

 

Anda Pelajar atau Pendidik?

Berminat untuk join Bengkel ini secara Online?

 

Boleh join secara Online juga 🖥📲💻

#Tutor_Raj
#FuntasticAddMaths
#CMNAcademy
#TutorProfesionalMalaysia

Info lanjut di Bengkel Funtastic Add Maths SPM 2019/2020

Siapakah ‘Cikgu Dari Masa Depan’ Ini?

[MEMPERKENALKAN] SPEAKER SIMPOSIUM TUTOR PROFESIONAL MALAYSIA 2019!

Seperti yang dijanjikan sebelum ini, kami ingin memperkenalkan Speaker #STPM2019 yang pertama.

Beliau ini bukan calang-calang kerana nama beliau sering disebut-sebut di KPM dan dikalangan Guru-guru Malaysia.

Sebab apa tu? 😉

Beliau adalah salah satu cikgu terpilih yang sudah merantau ke banyak negara seperti Indonesia, Korea, USA dan Switzerland demi untuk membawa nama Malaysia dalam bidang pendidikan ke seantero dunia!

Selain itu beliau juga banyak menerima anugerah atas sumbangan dalam bidang pendidikan. Terbaik 👍👍

Jom kenali beliau dengan lebih dekat😃

Biodata Cikgu Norhailmi

Anak jati Perlis ini mendapat pendidikan di Universiti Sains Malaysia, sebelum menimba pengalaman sebagai guru di SMK Luar Bandar No.1 Sibu Sarawak selama 8 tahun.

Kini berkhidmat di SMK Jerlun Kedah sebagai Guru Cemerlang Sains, beliau aktif berkongsi amalan terbaik bilik darjah menerusi blognya, www [dot]cikguhailmi[dot]com dan lebih 200 siri ceramah dan bengkel di seluruh negara bagi meningkatkan kualiti pengajaran guru.

Antara pencapaian beliau adalah:

1. Agent for National Transformation 2014 oleh SKMM
2. Ikon Guru STEM Kebangsaan 2017
3. Naib Johan Guru Adiwira PAK21 anjuran PADU
4. Guru Adiwira Kebangsaan 2019

Beliau aktif dengan penyertaan antarabangsa, termasuk pertukaran guru Malaysia ke Korea pada tahun 2015 di Daegu Girls Commercial High School, fasilitator bagi Bengkel STELR STEM Bandung, Indonesia, pembentang best practises bagi Seminar SSAEM 2016 di Seoul dan peserta program angkasa guru antrabangsa bersama NASA di US Space and Rocket Center, Amerika Syarikat.

September 2018, beliau dinobatkan sebagai Malaysia Best Science Teacher oleh SEAMEO bagi Anugerah Ki Hajar Dewantara Award 2018 di Bali, Indonesia.

Tahun ini beliau mencipta sejarah sebagai guru Malaysia pertama yang terpilih bagi mengikuti kursus guru antarabangsa di CERN, Pusat Nuklear Eropah di Geneva, Switzerland.

Dalam STPM2019 nanti, beliau akan membawakan Topik yang istimewa iaitu “Cikgu Dari Masa Depan.”

Beliau akan berkongsi bagaimana inspirasi dan teknik untuk menjadi pendidik yang memberi manfaat kepada ramai orang dan mencapai kejayaan dalam bidang pendidikan.

Bukan senang ingin mendapatkan ilmu bersama orang hebat ini yang sering berkongsi di seluruh Malaysia dan luar negara.

Info mengenai Simposium Tutor Profesional Malaysia boleh layari web STPM 😃

p/s: Jemput Tag rakan anda dan share untuk memberi manfaat kepada kita semua 😃

#CikguDariMasaDepan
#FromLegendToLegacy

Program Pembangunan Guru STEM Selangor

Program Pembangunan Guru STEM Selangor aniuran Science Bridge Academy dengan kerjasama SUK Selangor, Pusat STEM Selangor, JPN Selangor dan PPD telah dijalankan di UKM Bangi.

Beberapa Pengisian telah disusun seperti:

  • Design Thinking
  • Problem-based Learning
  • Project-based Learning
  • Apps for Learning

dan banyak lagi.

Bersambung 2 sesi lagi….

 

Apakah Itu Pembelajaran Berasaskan Projek?

Apakah Pembelajaran Berasaskan Projek?

 

Pembelajaran berasaskan projek adalah kaedah mengajar di mana pelajar memperoleh dan menggunakan kemahiran dengan mengerjakan projek lama di mana mereka menyelesaikan pertanyaan mendalam ke topik atau persoalan tertentu.

Sama seperti semua kaedah pengajaran, ia tidak berdiri sendiri. Ia boleh ditambah kepada pengajaran yang sudah anda lakukan di dalam bilik darjah anda.

PBL membolehkan lebih banyak aplikasi dunia realiti dan pemahaman yang mendalam mengenai konsep-konsep dalam subjek yang perlu difahami pelajar anda.

Elemen PBL Komponen berikut diperlukan untuk projek yang dianggap sebagai pembelajaran berasaskan Projek:

Kandungan Penting – Pada terasnya, projek ini memberi tumpuan kepada mengajar pelajar tentang pengetahuan dan kemahiran penting, yang diperoleh daripada piawaian dan konsep utama di tengah-tengah subjek akademik.

Kompetensi Abad 21 – Pelajar membina kecekapan yang berharga untuk dunia hari ini, seperti penyelesaian masalah, pemikiran kritis, kerjasama, komunikasi, dan kreativiti / inovasi, yang secara jelas diajar dan dinilai.

In-Depth Inquiry – Pelajar terlibat dalam proses yang panjang, menuntut soalan, menggunakan sumber dan membuat jawapan.

Soalan Memandu – Kerja projek difokuskan oleh persoalan terbuka bahawa pelajar memahami dan mencari yang menarik, yang menangkap tugas mereka atau membingkai penerokaan mereka.

Perlu Tahu – Pelajar melihat keperluan untuk memperoleh pengetahuan, memahami konsep, dan menggunakan kemahiran untuk menjawab Soalan Memandu dan membuat produk projek, bermula dengan Acara Kemasukan yang menghasilkan minat dan rasa ingin tahu.

 

Suara dan Pilihan – Pelajar dibenarkan membuat beberapa pilihan mengenai produk yang akan dicipta, bagaimana mereka bekerja, dan bagaimana mereka menggunakan masa mereka, berpandukan guru dan bergantung pada tahap usia dan pengalaman PBL.

 

Kritikan dan Semakan – Projek ini merangkumi proses bagi pelajar untuk memberi dan menerima maklum balas mengenai kualiti kerja mereka, membawa mereka untuk membuat semakan atau menjalankan penyelidikan lanjut.

Penonton Umum – Pelajar membentangkan kerja mereka kepada orang lain, di luar rakan sekelas dan guru mereka. Mengapa Pembelajaran Berasaskan Projek? Pembelajaran berasaskan projek sangat baik untuk kelas kerana banyak sebab.

Semua jenis teknologi boleh dimasukkan ke dalam PBL! Anda boleh memasukkan pelbagai bidang subjek ke dalam satu PBL.