Siapakah ‘Cikgu Dari Masa Depan’ Ini?

[MEMPERKENALKAN] SPEAKER SIMPOSIUM TUTOR PROFESIONAL MALAYSIA 2019!

Seperti yang dijanjikan sebelum ini, kami ingin memperkenalkan Speaker #STPM2019 yang pertama.

Beliau ini bukan calang-calang kerana nama beliau sering disebut-sebut di KPM dan dikalangan Guru-guru Malaysia.

Sebab apa tu? 😉

Beliau adalah salah satu cikgu terpilih yang sudah merantau ke banyak negara seperti Indonesia, Korea, USA dan Switzerland demi untuk membawa nama Malaysia dalam bidang pendidikan ke seantero dunia!

Selain itu beliau juga banyak menerima anugerah atas sumbangan dalam bidang pendidikan. Terbaik 👍👍

Jom kenali beliau dengan lebih dekat😃

Biodata Cikgu Norhailmi

Anak jati Perlis ini mendapat pendidikan di Universiti Sains Malaysia, sebelum menimba pengalaman sebagai guru di SMK Luar Bandar No.1 Sibu Sarawak selama 8 tahun.

Kini berkhidmat di SMK Jerlun Kedah sebagai Guru Cemerlang Sains, beliau aktif berkongsi amalan terbaik bilik darjah menerusi blognya, www [dot]cikguhailmi[dot]com dan lebih 200 siri ceramah dan bengkel di seluruh negara bagi meningkatkan kualiti pengajaran guru.

Antara pencapaian beliau adalah:

1. Agent for National Transformation 2014 oleh SKMM
2. Ikon Guru STEM Kebangsaan 2017
3. Naib Johan Guru Adiwira PAK21 anjuran PADU
4. Guru Adiwira Kebangsaan 2019

Beliau aktif dengan penyertaan antarabangsa, termasuk pertukaran guru Malaysia ke Korea pada tahun 2015 di Daegu Girls Commercial High School, fasilitator bagi Bengkel STELR STEM Bandung, Indonesia, pembentang best practises bagi Seminar SSAEM 2016 di Seoul dan peserta program angkasa guru antrabangsa bersama NASA di US Space and Rocket Center, Amerika Syarikat.

September 2018, beliau dinobatkan sebagai Malaysia Best Science Teacher oleh SEAMEO bagi Anugerah Ki Hajar Dewantara Award 2018 di Bali, Indonesia.

Tahun ini beliau mencipta sejarah sebagai guru Malaysia pertama yang terpilih bagi mengikuti kursus guru antarabangsa di CERN, Pusat Nuklear Eropah di Geneva, Switzerland.

Dalam STPM2019 nanti, beliau akan membawakan Topik yang istimewa iaitu “Cikgu Dari Masa Depan.”

Beliau akan berkongsi bagaimana inspirasi dan teknik untuk menjadi pendidik yang memberi manfaat kepada ramai orang dan mencapai kejayaan dalam bidang pendidikan.

Bukan senang ingin mendapatkan ilmu bersama orang hebat ini yang sering berkongsi di seluruh Malaysia dan luar negara.

Info mengenai Simposium Tutor Profesional Malaysia boleh layari web STPM 😃

p/s: Jemput Tag rakan anda dan share untuk memberi manfaat kepada kita semua 😃

#CikguDariMasaDepan
#FromLegendToLegacy

Spread the love