Bagaimana Skor Sejarah SPM Dengan Belajar Lebih Seronok?

Sejarah?! Seronoknya…

Ramai pelajar masih kurang ‘excited’ bila dengar kena belajar subjek Sejarah.

Sampai ada yang nak dapat Lulus pun susah sangat.

 

Ada beberapa faktor kenapa pelajar masih tak dapat skor Sejarah.

#1 Info dalam ayat yang panjang berjela

#2 Bahan belajar yang tak menarik

#3 Tak tahu cara buat nota mudah

#4 Hanya baca buku teks saja

 

Apa yang perlu pelajar lakukan untuk lebih bersemangat ‘study’ Sejarah?

 

Belajar awal. Baru mula nak belajar ‘last minute’ akan buatkan anda kalut sampai tak tahu nak belajar topik mana dulu, juga boleh buatkan anda ‘blur’ terlupa apa yang anda dah belajar. Jadi jangan tunggu esok nak ‘exam’ baru nak ‘study’. Mulakan sekarang!

Cuba cari bahan belajar (buku) yang lebih menarik & ringkas. Bahan belajar berwarna warni & bergambar boleh menaikkan ‘mood’ untuk belajar.

Pelajar juga boleh cuba membuat nota berbentuk peta minda yang dapat menampakkan terus ‘key point’ dalam topik. Ini dapat memudahkan & mempercepat proses ulangkaji dan dapat tunjukkan pelajar telah faham.

Apa kata cuba cara lain masa belajar? Contohnya melihat video yang ‘kena’ dengan topik atau pop kuiz bersama rakan. Lebih menarik kan!

 

 

PELAJAR SPM, seronok tak kalau ada satu modul Sejarah SPM yang lebih menarik, berwarna, ringkas, dan paling BEST boleh akses dari mana saja?

 

Sejarah Is Simple

Modul Sejarah yang telah bantu ramai pelajar lebih seronok belajar Sejarah.

KLIK DI SINI untuk info lanjut.

 

Tip Membina Ayat Untuk Pelajar

Setiap hari, kebanyakan dari kita berkomunikasi dengan orang lain menggunakan bahasa Kebangsaan iaitu Bahasa Melayu.

Betul ke ayat yang kita gunakan ketika kita bercakap dan sama ke dengan apa yang perlu kita tulis bila di sekolah atau dalam peperiksaan?

 

Haaa.. anda tahu tak macam mana nak bina ayat yang sebetulnya? Tak tahu? Atau masih lemah dalam membina ayat…?

Ini tip untuk bina ayat yang baik, bagus dan sempurna khas untuk pelajar!

 

Apa yang perlu dilakukan:

1- Bina ayat gramatis (ayat yang ikut susunan tatabahasa dan struktur yang betul) dan tersusun menggunakan bahan rangsangan yang diberikan.

2- Setiap ayat perlu ada subjek dan predikat.

3- Setiap ayat yang dibina harus menerangkan apa-apa yang terkandung dalam bahan rangsangan. Seperti contoh, satu gambar untuk satu ayat.

4- Gunakan tanda baca/wacana yang betul.

5- Pastikan ejaan yang tepat.

 

Ada pelajar yang masih ‘careless’ dan melakukan kesilapan kecil seperti tersilap ejaan atau tertinggal tanda wacana. Bagi mengurangkan kesilapan kecil yang ada kalanya tak sengaja, boleh baca kembali ayat yang ditulis. Semak semula hasil tulisan untuk lebih ketepatan.

Jom kita belajar dan pratikkan sama-sama!

 

Semoga bermanfaat untuk semua.

 

NAMA BUAH-BUAHAN DALAM BAHASA ARAB

Jom Kenali Nama Buah-Buahan Dalam Bahasa Arab !

 

Anda semua suka makan buah?

Apa buah yang paling anda suka?

 

Haa… apa kata sambil makan buah sambil hafal dan ingat nama-nama buah dalam bahasa Arab.

Jom kita mulakan!

 

Delima – رُمَّان

 

 

 

Anggur – عِنَبٌ

 

 

 

Epal – تُفَّاحٌ

 

 

Oren – بُرْتُقَالٌ

 

 

Kiwi – كِيْوِي

 

 

Betik – بَابَاياَ

 

 

Pisang – مَوْزٌ

 

 

Strawberi – فَرَاوَلَةٌ

 

 

Rambutan – أَبُوْ شَعْرٍ/رَمْبُوْتَنْ

 

 

Tembikai – بِطِّيْخٌ

 

 

Semoga bermanfaat…

 

Nak belajar Bahasa Arab atau anak perlu bantuan belajar pelbagai subjek di rumah?

KLIK DI SINI untuk kami bantu