Tip membina ayat yang baik, bagus dan sempurna

Setiap hari kita akan berkomunikasi dengan orang lain menggunakan bahasa Kebangsaan kita iaitu Bahasa Melayu. Jadi, seberapa fasihkah adik-adik ketika bercakap dan membina ayat dalam Bahasa Melayu? Haaa.. adik-adik tahu tak macam mana nak bina ayat yang sebetulnya? Tak tahu? Atau masih lemah dalam membina ayat…?

Okay! Jom kita belajar dengan cikgu Muna cara-cara untuk bina ayat yang baik, bagus dan sempurna. Menarik kan?

Antara tip yang dapat kita belajar daripada cikgu Muna untuk pelajar UPSR ialah;

  • Apa yang perlu dilakukan:

1- Bina ayat yang gramatis dan tersusun menggunakan bahan rangsangan yang diberikan.

2- Setiap ayat perlu ada subjek dan predikat.

3- Setiap ayat yang dibina harus menerangkan apa-apa yang terkandung dalam bahan rangsangan. Seperti contoh, satu gambar untuk satu ayat.

4- Gunakan tanda baca yang betul.

5- Pastikan ejaan yang tepat.

  • Jangan lakukan:

1- Dilarang membina dua ayat untuk satu gambar.

2- Tidak perlu gunakan penanda wacana.

3- Jangan bina ayat yang mengundang tanda tanya pembaca.

Itulah antara tip yang mantap dari cikgu Muna tentang cara-cara untuk membina ayat dengan lebih bagus dan tersusun. Jadi, jom kita belajar dan pratikkan sama-sama!

 

Spread the love