Mengukuhkan Fakta Sains Tahun 4: Soalan UPSR Sains Kertas 2 (SIRI SATU)
Pada minggu ini, kami ingin mengupas tajuk-tajuk tahun 4 yang masih belum disoal dalam Kertas 2 Sains UPSR dari 2016 hingga 2018
berdasarkan analisa setiap tahun akan ada 2 soalan akan dibina dari tajuk tahun 4..
Pada tahun 2016 soalan Kertas 2 Sains diambil dari tajuk tahun 4 iaitu Pengukuran Masa ( Tahun 4) dan Faktor Pengaratan ( Tahun 4).
Pada tahun 2017 soalan dari tahun 4 pula adalah dari tajuk Sistem Suria dan Perkembangan Teknologi.
Pada tahun lepas pula, soalan dari tahun 4 adalah dari tajuk Kadar Penafasan ( Tahun 4 ) dan Saiz Relatif Bumi, Bulan dan Matahari ( Tahun 4)
Jadi tajuk mana yang masih belum disoal? Mula-mula kita senaraikan tajuk-tahun 4 dahulu.. Keseluruhannya Sains Tahun 4 ada 8 tajuk besar, Namun Tajuk Sistem Suria telah 2 kali disoal tetapi menggunakan tajuk Kecil yang berbeza dalam Sistem Suria…
Tajuk besar Yang Tidak Pernah Disoal Lagi dalam Kertas 2 Sains sehingga kini adalah
1. Proses Hidup Haiwan
2. Proses Hidup Tumbuhan
3. Sumber Bahan
Jadi dalam SIRI SATU ini cikgu akan bincangkan 2 tajuk penting yang sering Calon-calon UPSR Lupa adalah dari tajuk Tahun 4 iaitu Proses Hidup Haiwan Dan Proses Hidup Tumbuhan..
😻 PROSES HIDUP HAIWAN
🐈 Organ Pernafasan Haiwan ( P SIK)
P ► Peparu
S ► Spirakel
I ► Insang
K ► Kulit lembap
🐳 Haiwan yang bernafas dengan Peparu:
Kucing, Burung, Ular, Lembu, Buaya, Paus, Gajah
🐌 Haiwan yang bernafas dengan Kulit Lembap:
Lintah, Cacing Tanah, Siput gondang,
🐠 Haiwan yang bernafas dengan Insang:
Ikan, Ketam, Udang, Berudu, Pari
🐛 Haiwan yang bernafas dengan Spirakel:
Belalang, Lipas, Nyamuk, Beluncas, Semut
🐸Haiwan yang bernafas dengan Dua organ Peparu dan Kulit Lembap :
Katak, Salamander, Newt
~~~~
🌳 PROSES HIDUP TUMBUHAN
🌴 Gerak Balas Tumbuhan Terhadap Rangsangan (GAS C):-
G ► Graviti (Akar dan Pucuk)
A ► Air (Akar)
S ► Sentuhan (Daun)
C ► Cahaya matahari (Pucuk)
🌱 Proses Fotosintesis
Proses tumbuhan membuat makanannya sendiri
🌻 Keperluan dan Hasil Fotosintesis (CAKK ► OK)
C ► Cahaya Matahari
A ► Air
K ► Karbon Dioksida
K ► Klorofil
O ► Oksigen
K ► Kanji
Info: Kalium Hidroksida menyerap Karbon Dioksida menyebabkan fotosintesis tidak berlaku..