Aktiviti Menarik Sains Matematik (STEM) Yang Boleh Dilakukan Bersama Pelajar

Perkongsian dari Cikgu Norhayati sempena KOLOKIUM  STEM ZON PERAK

“Ways to Simplify STEM for Young Engineer”

Untuk kolokium STEM terakhir di Perak pada tahun ni, saya telah mengendalikan aktiviti berbentuk ‘engineering challenge’ unt 30 orang peserta yang terdiri daripada guru-guru STEM Sekolah Rendah sekitar negeri Perak.

Antara aktiviti yang telah dilakukan ialah;

1) Cups Stack Challenge

“Cup Stack Challenge” adalah aktiviti STEM berkumpulan yang menarik untuk mengasah kemahiran berfikir dan ianya berbentuk kerja berpasukan. Setiap kumpulan hanya dibekalkan dengan 6 biji cawan, gelang getah dan tali. Kemudian semua cawan perlu disepahkan dalam keadaan terbaring di atas meja. Mereka perlu berfikir cara yang paling efisien untuk menyusun 2 keadaan cawan tersebut pada keadaan yang paling stabil. Kumpulan yang dapat menyiapkan kedua-dua cabaran ini.dikira sebagai pemenang. Aktiviti ini boleh diadakan dalam bentuk pertandingan antara kumpulan untuk melihat binaan kumpulan yang manakah dapat disiapkan dalam masa yang singkat dan paling stabil dan setiap ahli perlu memenuhi syarat-syarat di bawah.

1)Setiap orang memegang salah satu tali yang diikat pada gelang getah dan mereka menggunakannya untuk mengambil cawan dan meletakkannya di atas satu sama lain (dengan menarik tali getah dan kemudian membawanya bersama-sama di atas cawan).

2)Ahli kumpulan tidak boleh menyentuh cawan dengan tangan atau bahagian lain badannya, walaupun sekiranya cawan jatuh atau di atas lantai.

3)Kumpulan yang dapat menyiapkan tugasan terawal dikira sebagai pemenang.

Refleksi daripada aktiviti ini, didapati peserta menggunakan pelbagai kaedah untuk menyusun cawan. Aktiviti nampak mudah namun sangat mencabar. Ahli kumpulan perlu patuh pada arahan dan perlu banyak bersabar untuk siapkan cabaran tersebut.

 

I

2) Air Honker

Projek Air Honker ini menggunakan prinsip bunyi di mana apabila Air Honker di tiup, ia menyebabkan molekul udara bergetar dan getaran ini akan menghasilkan bunyi.

Refleksi bagi aktiviti ini keseluruhannya menyeronokkan kerana ia menggunakan botol vitagen, straw besar, gelang getah dan belon yang dapat dimanfaatkan sebagai aktiviti STEM daripada   dibuang.

3) Drawbot/Brush Bot (buat robot guna berus cuci baju)

Projek ini merupakan penghasilan robot asas yang boleh bergerak akibat getaran apabila diletakkan pemberat atau penyambung ke atas motor. Fungsi pemberat dan penyambung (shaft) tersebut adalah untuk menjadikan ianya tidak stabil dan bergetar. Objek tidak akan bergetar dan bergerak sekiranya motor dalam keadaan yang stabil. Kaki robot yang terdiri daripada pen berwarna dapat menghasilkan corak pada kertas apabila motor dihidupkan. Untuk kolokium ini saya telah menambah aktiviti dengan menggunakan berus pencuci baju dan warna air. Untuk aktiviti kedua ini, peserta hanya diberi alatan dan perlu membina dan memasang alatan tanpa diberi arahan menggunakan konsep yang sama.

Refleksi daripada aktiviti ini ialah terdapat corak pergerakan robot yang berbeza bagi setiap kumpulan. Terdapat kumpulan yang robotnya yang berputar laju dan tidak bergerak dan mereka perlu mengubahsuai bentuk shaft dan keadaan shaft yang disambung pada motor DC tersebut. Pergerakan robot asas ini adalah hanya dalam bentuk putaran sahaja kerana dalam keadaan ini robot seperti tidak mempunyai otak. Robot perlu di programkan untuk diberikan arahan-arahan tertentu.

4) Cargo Plane Challenge

Bagi aktiviti ini, peserta di kehendaki membina kapal terbang kertas mengikut kreativiti masing-masing yang boleh membawa kargo dan mesti meluncur lebih dari sepuluh kaki (bukan hanya dapat tidak dilempar, tetapi sebenarnya meluncur). Kargo yang dibawa merupakan sejumlah duit syiling. Pemenang adalah peserta yang dapat menghasilkan kapal terbang luncur dengan muatan nilai duit syiling yang paling besar.

 

Sumber: Facebook Cikgu Norhayati 

Spread the love
  • 51
    Shares