Mengukuhkan Fakta Sains Tahun 5: Soalan UPSR Sains Kertas 2

 

 

Minggu yang amat sibuk bagi guru-guru tahun 6… Tidak terkecuali juga Cikgu…

Alhamdulillah Cikgu diberi peluang untuk menyampaikan sesuatu pada minggu ini. Baki sebulan yang masih tinggal perlu digunakan sebaik mungkin oleh Calon-calon UPSR dan guru-guru untuk memperbaiki keputusan Peperiksaan bagi setiap subjek.

Untuk subjek Sains Minggu ini ingin cikgu Kongsikan tajuk-tajuk tahun 5 yang perlu diberi perhatian oleh Calon UPSR 2019..

 

Berikut adalah tajuk-tajuk Sains Tahun 5 yang telah disoal dalam kertas 2 dari tahun 2016 hingga 2018 :-

 

 

Boleh dikatakan setiap tahun sebanyak 3 soalan Sains Kertas 2 adalah dari Sukatan Pelajaran Sains Tahun 5…

Jadi ada beberapa tajuk yang menjadi perhatian bagi guru-guru Sains dan banyak diuji dalam Soalan Percubaan beberapa Negeri…

Untuk Mengukuhkan Fakta Sains Tahun 5:

Soalan UPSR Sains Kertas 2 (SIRI SATU) ini Cikgu ingin berkongsi 2 tajuk penting yang perlu anak-anak Calon-Calon UPSR 2019 ambil peduli dan mengingati Fakta-Fakta yang terkandung dalam tajuk tersebut…

~~

1. PROSES HIDUP TUMBUHAN

✎ Ciri khas tumbuhan untuk melindungi diri.

✎ Tumbuhan perlu melindungi diri daripada sebarang ancaman.

✎ Ancaman-ancaman kepada tumbuhan kebiasaannya dilakukan oleh:

✎ Manusia/ Haiwan.

✎ Cuaca

 

Ciri khas tumbuhan untuk melindungi diri dari haiwan/manusia

 

Ciri khas tumbuhan untuk melindungi diri dari cuaca

 

 

2. PENCARAN BIJI BENIH

✎ Pencaran ialah cara untuk membawa biji benih jauh daripada induknya.

✎ Cara pencaran dikenali sebagai agen pencaran biji benih.

✎ Biji benih dan buah boleh dipencarkan melalui:

a) air
b) angin
c) haiwan
d) mekanisme letupan

 

Ciri – Ciri Biji Benih atau Buah

✎ Angin – Ringan, kecil, mempunyai struktur seperti sayap dan bulu halus.

✎ Haiwan – Berisi, berwarna terang, biji yang keras, boleh dimakan, mempunyai bau harum dan mempunyai cangkuk.

✎ Air – Mempunyai ruang udara, kulit yang berlilin dan bersabut.

✎ Mekanisme letupan – Kulit kering dan merekah apabila masak.

 

Kepentingan Pencaran Bijih Benih

 

 

3. SUMBER DAN BENTUK TENAGA

✎ Tenaga ialah kebolehan untuk membuat kerja.

✎ Hidupan memerlukan tenaga untuk menjalani proses hidup dan menjalani aktiviti seharian.

✎ Benda bukan hidup memerlukan tenaga untuk berfungsi dan menjadikannya boleh digunakan.

✎ Matahari ialah sumber tenaga utama.

 

Jenis-Jenis bentuk TENAGA dan Penerangannya

• Tenaga Keupayaan – tersimpan dalam objek mengikut kedudukan dan keadaan

• Tenaga Haba – SUHU panas

• Tenaga Bunyi – objek yang bergetar

• Tenaga Kinetik – objek yang bergerak

• Tenaga Elektrik – pengaliran cas elektrik

• Tenaga Suria – matahari dan diserap menggunakan panel suria atau sel suria

• Tenaga Cahaya – memancarkan cahaya

• Tenaga Nuklear – berasal daripada bahan nuklear seperti uranium

• Tenaga Kimia – tenaga yang tersimpan dalam makanan, bahan api fosil, biojisim, bateri

 

 

Contoh Perubahan Bentuk Tenaga

 

Definisi Sumber Tenaga BOLEH dibaharui

Tenaga yang boleh dijana daripada sumber yang sentiasa ada secara berterusan. Sumber tenaga yang boleh diganti selepas habis digunakan.

✎ Contoh Sumber Tenaga boleh dibaharui
• Matahari, Biojisim, Ombak, Angin, Air, Makanan

Definisi Sumber Yang TIDAK BOLEH dibaharui
Tenaga yang tidak boleh dijana atau diganti setelah habis digunakan.

✎ Contoh sumber tenaga tidak boleh dibaharui
• Gas Asli, Arang Batu, Bateri, Petroleum, Nuklear

 

Cara – Cara Penjimatan Tenaga

• Menutup peralatan elektrik apabila tidak digunakan
• Hanya gunakan mesih basuh apabila penuh
• Menggunakan peralatan elektrik yang jimat elektrik
• Menggunakan pengangkutan awam
• Mengamalkan kongsi kereta ke tempat kerja
• Mengamalkan kitar semula dan guna semula

 

~~~
Semoga dengan perkongsian Cikgu tentang Mengukuhkan Fakta Sains Tahun 5: Soalan UPSR Sains Kertas 2 (SIRI SATU) ini dapat membantu Calon-calon UPSR menjawab soalan-soalan Sains Kertas 2 dari tajuk Tahun 5 dengan mudah dan tepat…

Segala kekurangan cikgu dalam menyediakan perkongsian ini cikgu mohon maaf.. Cikgu halal dan izinkan bagi mereka yang berminat berkongsi ilmu ini dengan sesiapa saja.. Insya Allah

Spread the love