Posts

Bagaimana nak bantu anak-anak dari bosan dan stress belajar ketika PdPR?

Waktu PdPR ni ibu bapa perlu memainkan peranan untuk memastikan anak-anak dapat belajar dengan baik, lancar dan tidak stress. Untuk itu, anda boleh cuba beberapa cara berikut di rumah:

 

Sentiasa berkomunikasi dengan anak-anak.

Apabila anda melihat emosi anak-anak berubah atau mereka menunjukkan rasa bosan semasa belajar, cuba buka ruang untuk berkomunikasi dengan mereka. Tanyakan tentang perasaannya, gurunya, rakan-rakannya, dan juga keadaan pembelajaran pada hari itu.

Salah satu langkah awal untuk menangani anak-anak dari stress adalah dengan membuat mereka luahkan apa yang mereka rasa. Jangan biarkan anak-anak pendam perasaan tidak senang dalam dirinya sahaja. Walaupun kita nampak mereka senyap tak bererti mereka tiada masalah.

Ketika anak anda mula berkongsi dan luahkan masalah yang dihadapinya,
jadilah pendengar yang baik. Cuba bagi penyelesaian dan tanyakan apa yang boleh anda bantu.

Bukan hanya berkait dengan pelajaran, ibu bapa juga perlu perbaiki komunikasi untuk perkara lain juga. Dengan komunikasi yang baik, anak-anak akan mempunyai kepercayaan yang tinggi terhadap ibu bapa mereka. Oleh itu, anak-anak tidak akan mudah mengalami tekanan.

 

Jadikan pembelajaran yang menyeronokkan dan lebih bermakna.

Gunakan masa yang ada untuk menemani anak anda semasa belajar. Salah satu cara yang menyeronokkan untuk anak-anak yang stress dengan pembelajaran adalah melakukan pembelajaran yang bermakna. Belajar sambil bermain atau melakukan aktiviti menarik yang lain mampu mengurangkan kebosanan ketika belajar.

Contohnya, mengajar bahasa Inggeris sambil bermain scrabble, belajar matematik sambil mengukur kek atau bahan memasak. Belajar sambil melakukan hobinya, supaya proses pembelajaran menjadi lebih sederhana dan menyeronokkan. Anak-anak juga akan merasakan bahawa apa yang mereka pelajari berguna untuk kehidupan seharian.

 

Sediakan kemudahan pembelajaran.

Jadilah pemudah cara pembelajaran anak-anak di rumah. Sediakan kemudahan asas pembelajaran yang lengkap di rumah, seperti sambungan internet yang stabil dan ruang belajar yang tenang dan kondusif. Sediakan makanan berkhasiat agar minda dan badan sihat dan kuat untuk proses pembelajaran.

Tanya anak tentang perkara yang dia perlukan semasa belajar di rumah. Mungkin dia perlu membeli buku-buku tertentu atau mungkin dia ingin mengambil kelas tuition dalam talian untuk lebih memahami pelajarannya.

 

Jangan terlalu memaksa.

Bagi anak-anak, pembelajaran secara atas talian bukan kebiasaan baru yang mudah dilakukan. Fokus kan pada keselesaan anak-anak semasa belajar dan kemampuannya untuk menyerap pelajaran dengan baik.

Elakkan memaksa anak-anak untuk menyesuaikan diri dengan cepat dan memaksa mereka menguasai banyak perkara sekaligus. Beri dia masa yang cukup untuk terima hal-hal yang diajarkan, sehingga dia boleh memahaminya dengan baik.

Jangan marah jika mereka dapat keputusan kurang baik dalam ujian. Bagi kata-kata semangat pada mereka. Gred itu hanyalah bonus, lihat pada usaha mereka semasa proses pembelajaran sebelumnya. Berikan penghargaan atas usahanya, supaya dia lebih bersemangat untuk belajar dan meningkatkan prestasi diri mereka.

 

Semoga bermanfaat !

Aktif Sukan Dan Tumpuan yang Sekejap pada Pelajaran

Dengan jarak umur yang tidak jauh , Antara tutor Muhammad yusof dirumah dengan Adik Adam Hakimie , Adik Seri , dan Adik Muhammad Adib membuatkan mereka sangat serasi dan selesa . Oleh kerana Minat yang mendalam dengan sukan ,Puan hidayarti dari Bukit Indah Johor Bahru tidak terlalu memberi penekanan dalam pembelajaran anak-anaknya , berkat usaha anak-anaknya yang tidak pernah putus diikuti dengan sokongan Muhammad Yusof sebagai Tutot dirumah mereka , Puan hidayarti melihat banyak improvement selepas mengambil Home Tuition .

 

Puan Hidayarti mengetahui berkenaan Home Tuition melalui Facebook pada tahun 2017 , Untuk 2 orang anaknya semasa anak sulungnya Form 2 dan anak perempuannya darjah 5 , selepas itu, diikuti dengan anaknya darjah 3 yang ingin menyertai kelas tuisyen dirumah bersama abang dan kakaknya .

 

Puan Hidayarti lebih berminat untuk tuisyen dirumah kerana ianya lebih menjimatkan masa dan boleh memantau anak-anak belajar atau tidak , apabila belajar dirumah anaknya boleh belajar dengan lebih santai dan tidak rushing untuk dihantar ke pusat tuisyen atau tuisyen berkumpulan .

 

Selamat maju Jaya untuk anak-anak Puan hidaryati dalam pembelajaran dan peperiksaan yang bakal ditempuhi pada masa hadapan .

 

 

 

 

 

 

 

[Funtastic Add Maths] Pengamiran Luas di Bawah Graf

Ingat tak lagi sesi perkongsian Subjek Matematik Tambahan bersama Sir Rajinder minggu lepas?

Sangat best & menarik kan?

Pastinya ia amat membantu pelajar yang ingin membaiki result Add Maths untuk lebih cemerlang.

Perasan tak, kaedah apa yang Sir Rajinder gunakan semasa proses pembelajaran yang anda sebagai pelajar boleh terapkan dalam proses pembelajaran di rumah atau di sekolah?

Ya, Sir Rajinder menggunaan pendekatan Pembelajaran Secara ‘Hands-On’, yang mana amat membantu pelajar lebih nampak dan mudah faham bagaimana sesuatu proses itu berlaku ‘step by step’, dan dapat kaitkan dengan ‘real life’ – apa yang berlaku/ada di sekeliling dengan menggunakan bahan mudah yang ada di sekeliling kita.

Jadi minggu ini kami bawakan semula Sir Rajinder untuk berkongsi berkenaan Topik Pengamiran Luas Dibawah Graf.

Bagaimana nak Belajar Pengamiran Dengan Lebih Menarik Dan Mudah Difahami?

Bagaimana kita nak Aplikasikan Cara Mencari Luas Di Bawah Graf?

Dengar pun dah susah,  Macam mana nak jawab ?

Betul tak?

Penyelesaian masalah adalah satu proses yang penting dan tidak boleh dipisahkan dalam

pembelajaran matematik di sekolah.

 

Sir Rajinder akan mengajarkan basic bagaimana hendak mencari luas secara Trapezium dan juga secara pengamiran.

 

Nak tahu bagaimana Sir Rajinder Membantu pelajar-pelajar untuk cemerlang Add Math?

 

Kami menjemput untuk menonton video Dibawah 😊

Jangan lupa Like, Follow & set See First Fb Page CMN Academy untuk ikuti perkongsian dari Sir Rajinder dan beberapa tutor lain setiap minggu & dapatkan pelbagai perkongsian ilmu setiap hari.

 

YAKIN SEBELUM BERJAYA

 

#SPM2019
#SPM2020
#MatematikTambahan
#AddMaths
#Pengamiran
#FuntasticAddMaths

Mengukuhkan Fakta Sains Tahun 3 : Soalan UPSR Sains Kertas 2

Pelbagai masalah timbul semasa menjawab soalan sains terutamanya semasa menjawab Soalan Sains Kertas 2.

Salah satu punca ialah murid lupa apa yang telah dipelajari semasa di Tahun 3.

Alasan yang sama, ” LUPALAH CIKGU, DAH LAMA TAK BELAJAR TAJUK NI”, berikut merupakan Nota dan Latihan Sains dalam Sains Kertas 2 .

Semoga bermanfaat kepada guru dan murid-murid..

Tajuk Sains Tahun ⓷

🐧 Haiwan 🐧
📢 Magnet 📢
🛀 Penyerapan 🛀

🐣 Haiwan 🐣

Ciri-ciri Haiwan Berdasarkan:-

🐑 Litupan Badan– Bersisik, Berbulu, Bulu Pelepah

🐐 Anggota Badan– Tanduk, Cangkerang, Paruh, Belalai,

🐼Tabiat Makan– Herbivor, Karnivor, Omnivor

🐣 Cara Membiak– Bertelur, Melahirkan Anak

🐸 Habitat– Di Darat, Di Air, Di Darat Dan Air

🐯 Kegigian Haiwan

Herbivor (Kacip, Geraham),

Karnivor (Taring),

Omnivor (Kacip, Taring, Geraham)

📍 Magnet 📍

Image result for magnet

 Bentuk Magnet: (BIAR YOU CUBIT BANYAK LAGI SAYANG) Magnet Bar, Magnet U, Magnet Cincin, Magnet Butang, Magnet Ladam, Magnet Silinder

 Kutub Magnet: Dua Kutub, Utara ☞ Selatan, Magnet Sama Kutub ☞ Menolak (USSU, SUUS), Magnet Tidak Sama Kutub ☞ Menarik (SUSU, USUS)

 Bahan Magnet: Bahan Diperbuat Dari Besi, Bahan Yang Dapat Ditarik Oleh Magnet

 Bahan Bukan Magnet: Bahan Tidak Boleh Ditarik Oleh Magnet, Diperbuat dari bahan selain besi.

 Kekuatan Magnet: Bergantung pada Saiz Magnet, Kuat pada Bahagian Kutubnya: Magnet Hilang Kekuatan ☞ Ketuk, Panas, Jatuh

 Kegunaan Magnet: Kompas, Tanda Nama, Peti Sejuk, Pembesar suara, Penutup Beg Tangan

 

💧 Penyerapan 💧

🌊 Serap Air – Bahan Yang Boleh Menyerap Air.
Contoh- Span Tuala, Tisu muka

 Kalis Air – Bahan Yang Tidak Boleh Menyerap Air.
Contoh- Plastik, Kaca, Payung

💦 Keupayaan Menyerap Air – Span ☞ Banyak,
Tisu ☞ Sedikit

 Kegunaan – Serap Air dan Kalis Air–

Image result for tisu lap muka

Tisu ☞ Menyerap Peluh Di Muka,

Related image
Payung ☞ Lindung Diri Dari Hujan

 

Semoga perkongsian ini dapat membantu murid mengingat dan Menjawab soalan Peperiksaan Percubaan UPSR tidak lama lagi.

Mengukuhkan Fakta Sains Tahun 4: Soalan UPSR Sains Kertas 2 (SIRI SATU)

Pada minggu ini, kami ingin mengupas tajuk-tajuk tahun 4 yang masih belum disoal dalam Kertas 2 Sains UPSR dari 2016 hingga 2018

berdasarkan analisa setiap tahun akan ada 2 soalan akan dibina dari tajuk tahun 4..

Pada tahun 2016 soalan Kertas 2 Sains diambil dari tajuk tahun 4 iaitu Pengukuran Masa ( Tahun 4) dan Faktor Pengaratan ( Tahun 4).

Pada tahun 2017 soalan dari tahun 4 pula adalah dari tajuk Sistem Suria dan Perkembangan Teknologi.

Pada tahun lepas pula, soalan dari tahun 4 adalah dari tajuk Kadar Penafasan ( Tahun 4 ) dan Saiz Relatif Bumi, Bulan dan Matahari ( Tahun 4)

Jadi tajuk mana yang masih belum disoal? Mula-mula kita senaraikan tajuk-tahun 4 dahulu.. Keseluruhannya Sains Tahun 4 ada 8 tajuk besar, Namun Tajuk Sistem Suria telah 2 kali disoal tetapi menggunakan tajuk Kecil yang berbeza dalam Sistem Suria…

Tajuk besar Yang Tidak Pernah Disoal Lagi dalam Kertas 2 Sains sehingga kini adalah
1. Proses Hidup Haiwan 
2. Proses Hidup Tumbuhan 
3. Sumber Bahan

Jadi dalam SIRI SATU ini cikgu akan bincangkan 2 tajuk penting yang sering Calon-calon UPSR Lupa adalah dari tajuk Tahun 4 iaitu Proses Hidup Haiwan Dan Proses Hidup Tumbuhan..

Image result for organ pernafasan haiwan

😻 PROSES HIDUP HAIWAN

🐈 Organ Pernafasan Haiwan ( P SIK)

P ► Peparu

S ► Spirakel

I ► Insang

K ► Kulit lembap

🐳 Haiwan yang bernafas dengan Peparu:
Kucing, Burung, Ular, Lembu, Buaya, Paus, Gajah

🐌 Haiwan yang bernafas dengan Kulit Lembap:
Lintah, Cacing Tanah, Siput gondang,

🐠 Haiwan yang bernafas dengan Insang:
Ikan, Ketam, Udang, Berudu, Pari

🐛 Haiwan yang bernafas dengan Spirakel:
Belalang, Lipas, Nyamuk, Beluncas, Semut

🐸Haiwan yang bernafas dengan Dua organ Peparu dan Kulit Lembap :
Katak, Salamander, Newt

~~~~

Image result for proses hidup tumbuhan

 

 

🌳 PROSES HIDUP TUMBUHAN

🌴 Gerak Balas Tumbuhan Terhadap Rangsangan (GAS C):-

G ► Graviti (Akar dan Pucuk)

A ► Air (Akar)

S ► Sentuhan (Daun)

C ► Cahaya matahari (Pucuk)

 

Image result for proses fotosintesis
🌱 Proses Fotosintesis

Proses tumbuhan membuat makanannya sendiri

🌻 Keperluan dan Hasil Fotosintesis (CAKK ► OK)

C ► Cahaya Matahari

A ► Air

K ► Karbon Dioksida

K ► Klorofil

O ► Oksigen

K ► Kanji

Info: Kalium Hidroksida menyerap Karbon Dioksida menyebabkan fotosintesis tidak berlaku..