Sains UPSR Kertas 2 Tahun 2016,2017 dan 2018

Jangan lupa buat soalan past year yaaa

Sebelum nak menghadapi peperiksaan mesti kita biasa mendengar ayat di atas kan?

Masa ibarat pedang! Jika kita tidak menggunakan untuk memotong, ia akan memotong kita (Dalam peperangan) (Pepatah Arab)

Keputusan yang cemerlang mestilah seiring dengan usaha yang padu..

BETUL KE BETUL ?

Dibawah ini adalah senarai tajuk-tajuk sains yang telah disoal dalam Kertas 2 SAINS UPSR bagi tahun 2016, 2017 dan 2018 dari tajuk-tajuk yang telah kami senaraikan murid-murid boleh melihat kekerapan tajuk berdasarkan tahun-tahun pembelajaran sebagai panduan untuk mengulangkaji tajuk-tajuk yang masih belum disoal sejak tahun 2016 hingga 2018..

Semoga perkongsian ini boleh dijadikan rujukan awal kepada Guru-guru dan murid-murid melihat tajuk-tajuk yang bakal disoal dalam kertas 2 untuk tahun 2019.

 

2016

Soalan 1 : Ciri-ciri Haiwan Melindungi Diri (Tahun 5)

Soalan 2 : Pengukuran Masa (Tahun 4)

Soalan 3 : Gerhana Matahari (Tahun 6)

Soalan 4 : Mesin Ringkas ( Tahun 6)

Soalan 5 : Faktor Pengaratan ( Tahun 4)

Soalan 6 : Jenis Tanah ( Tahun 3)

Soalan 7 : Keadaan Jirim ( Tahun 5)

Soalan 8 : Kelajuan ( Tahun 6)

 

2017

Soalan 1 : Pengawetan Makanan (Tahun 6)

Soalan 2 : Fasa-Fasa Bulan (Tahun 5)

Soalan 3 : Daya Geseran (Tahun 6)

Soalan 4 : Asid Dan Alkali ( Tahun 5)

Soalan 5 : Sistem Suria ( Tahun 4)

Soalan 6 : Siratan Makanan ( Tahun 5)

Soalan 7 : Perkembangan Teknologi ( Tahun 4) / Kelajuan (Tahun 6)

Soalan 8 : Pengelasan Ciri-ciri Tumbuhan ( Tahun 3)

 

2018

Soalan 1 : Gigi Manusia (Tahun 3)

Soalan 2 : Pengurusan Bahan Buangan (Tahun 6)

Soalan 3 : Kekuatan Dan Kestabilan (Tahun 5 )

Soalan 4 : Kadar Penafasan ( Tahun 4 )

Soalan 5 : Pembiasan dan Pantulan Cahaya ( Tahun 5)

Soalan 6 : Saiz Relatif Bumi, Bulan dan Matahari ( Tahun 4)

Soalan 7 : Persaingan dan Simbiosis ( Tahun 6)

Soalan 8 : Putaran Bumi Dan Arah Bayang-Bayang ( Tahun 5)

Semoga perkongsian ini dapat membantu murid mengingat dan Menjawab soalan Peperiksaan Percubaan UPSR tidak lama lagi.

Ingin dapatkan Ebook Soalan Peperiksaan secara PERCUMA?

Download di Ebook koleksi Soalan Peperiksaan UPSR 

Spread the love