“THANKS FOR NOT GIVING UP ON US!” / “TERIMA KASIH KERANA TIDAK BERPUTUS ASA PADA KAMI”
Betapa gembiranya kami apabila melihat senyuman salah seorang klien kami daripada Pakistan, Madam Ayesha yang senyum sampai ke telinga dengan servis home tuition kami. Beliau amat berpuas hati dengan servis kami dari semua aspek terutamanya dari layanan kami, tutor kami yang memberikan sepenuh tenaga dan usaha untuk mengajar anak beliau, Ameena dan juga Ad, untuk subjek Mengaji Al – Quran.
Tutor kami,Cikgu Halwa , telah banyak mengajar benda baru yang Ameena dan Ad tidak tahu sebelum ini. Ameena dan Ad menggunakan Bahasa Inggeris sebagai cara komunikasi dan sukar untuk memahami Bahasa Melayu. Hal ini menyebabkan Madam Ayesha sukar untuk mencari tutor yang fasih bercakap Bahasa Inggeris untuk mengajar anak beliau. Terima kasih kepada Cikgu Halwa, Madam Ayesha boleh menarik nafas lega kerana telah menjumpai tutor yang sesuai dengan kualiti mengajar yang amat bagus untuk anak beliau.
Cikgu Halwa berjaya menjalankan tanggungjawab beliau dengan cemerlang sekali. Setiap hari, Cikgu Halwa akan menghubungi Madam Ayesha untuk pergi ke rumah beliau dan mengajara Al – Quran berserta Tajwid untuk Ameena dan Ad. Selepas habis kelas, Cikgu Halwa akan mengkonklusikan pengajarannya hari ini kepada Madam Ayesha. Madam Ayesha amat menyukai Cikgu Halwa dek kerana kelembutan dalam mengajar anak beliau dan juga teknik mengajar yang digunakan oleh Cikgu Halwa.
Im really really happy with her. Shes teaching very nice and very politely. Thats why i want her.
Madam Ayesha mahu anak – anaknya untuk lebih mengetahui tentang Al – Quran dan juga Bahasa Arab. Beliau amat menitikberatkan hal ini kerana ia adalah sebagai panduan garis hidup umat Islam. Beliau sendiri mahu yang terbaik buat anak – anak beliau. Oleh itu, beliau sering mencari tutor yang boleh mengajar anak beliau. Beliau amat menitikberatkan tutor yang memang betul – betul berkualiti yang mampu mengajar anak beliau.
Terima kasih kepada Madam Ayesha kerana mempercayai servis home tuition kami. Sebelum ini, beliau banyak membuat penyelidikan tentang home tuition di Malaysia selama 2 Tahun! Akan tetapi, amatlah sedikit tutor yang boleh mengajar Al – Quran dalam Bahasa Inggeris kerana Bahasa Inggeris merupakan bahasa pengantar bagi Madam Ayesha dan sekeluarga.
Sebagai tanda penghargaan, kami memberikan SECARA PERCUMA Buku Tajwid Infografik kepada Ameena dan Ad agar mereka lebih berminat untuk mempelajari Bahasa Arab dan juga Al – Quran. Buku tersebut mengandungi pelbagai teknik yang mudah untuk lebih mahir mengenai Tajwid dan juga teknik untuk membaca Al – Quran dengan lebih lancar.