Masalah Lambat Mengira: SAYA TAK TAHU CONGAK, CIKGU.

HARI ini Cikgu terpanggil untuk berbicara tentang subjek Matematik. Hasil dari pemerhatian kepada 3 orang Murid Tahun 6 yang telah Cikgu ajarkan Matematik dalam minggu ini, Cikgu dapati jelas kelemahan yang utama murid-murid ini gagal untuk mendapat markah yang baik dalam kertas Peperiksaan Matematik adalah kerana lambat mengira atau TIDAK TAHU CONGAK.

Congak ialah satu kaedah pengiraan yang hanya menggunakan otak manusia, tanpa bantuan kalkulator, komputer, atau pen dan kertas. Kita sering mendengar orang berkata, “I just did it in my head,” apabila menceritakan bagaimana proses pengiraan dilakukan. Inilah yang disebut pengiraan mental atau Congak.

Secara praktikalnya, congak bukan sahaja membantu apabila tiada alat pengiraan, tetapi ia juga membantu dalam keadaan pengiraan cepat mesti dilakukan. Apabila sesuatu kaedah dibuat dengan lebih pantas dari kaedah konvensional (seperti yang diajar di sekolah), ia dipanggil kaedah pendek. Walaupun tujuan utamanya ialah untuk mempercepatkan pengiraan, Congak juga dipraktikkan dan ditambah dengan helah-helah untuk menunjukkan kemahiran pengiraan pantas.

Terdapat banyak teknik berbeza untuk melakukan congak, kebanyakannya adalah khusus untuk jenis-jenis masalahnya.

 

MENGAPA MASIH TIDAK TAHU CONGAK?

  1. TIDAK SUKA MENGIRA MENGGUNA OTAK

Sesetengah Murid yang cikgu perhatikan tidak mahu mengira dengan otak… Mereka lebih suka menggunakan jari atau kalkulator… Fungsi Otak disimpan untuk membuat perkara yang lain yang tidak mendatangkan faedah. Tak percaya cuba tanya anak anda 25 – 7 berapa ? Anda akan mula melihat jari-jari bergerak mengira nombor yang dalam beberapa saat Anda dah dapat jawapannya 18..

  1. TIDAK DIBIASAKAN MENCONGAK

Kebanyakan guru tidak mahu anak murid membuat silap semasa menjawab soalan… Ada salah seorang murid yang cikgu ajar memberitahu cikgunya mengajar mengira menggunakan garis-garis kecil untuk menambah dan menolak…

Perkara ini memberi ruang pada anak murid ini tidak menggunakan kemampuannya mengira atau berlatih mengira menggunakan otak.. Langkah mengira menggunakan garis-garis kecil lebih mudah baginya berbanding perlu membuat pengiraan mental atau CONGAK.

  1. TIDAK SERONOK MENGIRA

Zaman Cikgu kecil dahulu bila dapat jawab soalan congak guru dengan cepat adalah satu kebanggaan.. Tapi zaman sekarang perkara itu sudah tidak dibanggakan oleh murid-murid lagi… Mereka lebih berbangga mempunyai Folowwer Instagram yang lebih ramai..

Ibu bapa pula tak ambil kisah dengan perkembangan ini menyebabkan kelemahan ini semakin ketara apabila meningkat usia.. Maka lahirlah generasi yang tidak seronok mengira…

  1. MALAS MENGIRA

Ini penyakit yang paling sukar nak ubati. Ada murid yang cikgu dapati nak mengira pon dia malas.. Kalau boleh dia nak jawapan tu datang sendiri je.. tak perlu mengira..

Keadaan ini menyebabkan masalah lemah Matematik ini tetap tidak dapat diselesaikan walaupon telah memasuki Sek Menengah.. Sebagai murid anda perlu menghadapi masalah ini, anda perlu berubah menjadi yang lebih baik dan selaku Ibu bapa galakan anda amat diperlukan untuk membangkitkan RAJIN MENGIRA dalam diri anak anda.

 

BAGAIMANA UNTUK MENCONGAK?

Contoh seperti gambar di atas, untuk memudahkan anak – anak mencongak 2 nombor, boleh menggunakan kaedah seperti ini.

Manakala untuk mencongak dari segi masa pulak, anak – anak boleh menggunakan teknik diatas bagi memudahkan mereka untuk mencongak dalam mengira masa.

MENGAPA ANAK PERLU CONGAK?

  • Untuk meransang OTAK anak cekap mengira.
  • Kaedah congak antara kaedah terbaik melatih otak dan kecerdasan anak-anak.
  • Masih ramai murid tahap dua (Tahun 4-6) membuka jari untuk mengira 6+8, 18+5 ( hasil tambah yang nilainya lebih dari 10). Terpaksa membuka jari bermaksud mereka kena kira satu-satu. Lambat!
  • Matematik itu berkait rapat dengan ketepatan dan ketangkasan (cepat). Tepat dan cepat!
  • Ramai murid gagal menjawab semua soalan dalam peperiksaan BUKAN KERANA mereka tak dapat jawab, tetapi kerana MEREKA LAMBAT MENGIRA.
  • Jadi, biasakan diri soal anak soalan mudah setiap hari.
  • Tidak perlu suruh mereka tulis dan kira dalam buku pun, cukup hanya dengan mereka jawab spontan sahaja.

Credit : Fb – Personal Home Tuition Cikgu Shahrul | Blog – azimatmate.blogspot.com

Spread the love