Posts

“THANKS FOR NOT GIVING UP ON US!” / “TERIMA KASIH KERANA TIDAK BERPUTUS ASA PADA KAMI”

Betapa gembiranya kami apabila melihat senyuman salah seorang klien kami daripada Pakistan, Madam Ayesha yang senyum sampai ke telinga dengan servis home tuition kami. Beliau amat berpuas hati dengan servis kami dari semua aspek terutamanya dari layanan kami, tutor kami yang memberikan sepenuh tenaga dan usaha untuk  mengajar anak beliau, Ameena dan juga Ad, untuk subjek Mengaji Al – Quran.

Tutor kami,Cikgu Halwa , telah banyak mengajar benda baru yang Ameena dan Ad tidak tahu sebelum ini. Ameena dan Ad menggunakan Bahasa Inggeris sebagai cara komunikasi dan sukar untuk memahami Bahasa Melayu. Hal ini menyebabkan Madam Ayesha sukar untuk mencari tutor yang fasih bercakap Bahasa Inggeris untuk mengajar anak beliau. Terima kasih kepada Cikgu Halwa, Madam Ayesha boleh menarik nafas lega kerana telah menjumpai tutor yang sesuai dengan kualiti mengajar yang amat bagus untuk anak beliau.

Cikgu Halwa berjaya menjalankan tanggungjawab beliau dengan cemerlang sekali. Setiap hari, Cikgu Halwa akan menghubungi Madam Ayesha untuk pergi ke rumah beliau dan mengajara Al – Quran berserta Tajwid untuk Ameena dan Ad. Selepas habis kelas, Cikgu Halwa akan mengkonklusikan pengajarannya hari ini kepada Madam Ayesha. Madam Ayesha amat menyukai Cikgu Halwa dek kerana kelembutan dalam mengajar anak beliau dan juga teknik mengajar yang digunakan oleh Cikgu Halwa.

 

Im really really happy with her. Shes teaching very nice and very politely. Thats why i want her.

Madam Ayesha mahu anak – anaknya untuk lebih mengetahui tentang Al – Quran dan juga Bahasa Arab. Beliau amat menitikberatkan hal ini kerana ia adalah sebagai panduan garis hidup umat Islam. Beliau sendiri mahu yang terbaik buat anak – anak beliau. Oleh itu, beliau sering mencari tutor yang boleh mengajar anak beliau. Beliau amat menitikberatkan tutor yang memang betul – betul berkualiti yang mampu mengajar anak beliau.

Terima kasih kepada Madam Ayesha kerana mempercayai servis home tuition kami. Sebelum ini, beliau banyak membuat penyelidikan tentang home tuition di Malaysia selama 2 Tahun! Akan tetapi, amatlah sedikit tutor yang boleh mengajar Al – Quran dalam Bahasa Inggeris kerana Bahasa Inggeris merupakan bahasa pengantar bagi Madam Ayesha dan sekeluarga.

Sebagai tanda penghargaan, kami memberikan SECARA PERCUMA Buku Tajwid Infografik kepada Ameena dan Ad agar mereka lebih berminat untuk mempelajari Bahasa Arab dan juga Al – Quran. Buku tersebut mengandungi pelbagai teknik yang mudah untuk lebih mahir mengenai Tajwid dan juga teknik untuk membaca Al – Quran dengan lebih lancar.

 

Kelebihan Tuisyen Di Rumah Atau Home Tuition

Home tuition. Ia bukan perkara baharu, malah konsep ini sudah lama popular dan diterima dengan baik sekali oleh ibubapa terutama sekali di luar negara. Di Malaysia, konsep home tuition sudah mula diterima apabila impak positif serta kelebihannya sudah mula diperkatakan oleh ramai ibubapa.

Konsep home tuition ini mudah, iaitu cikgu tuisyen atau tutor akan datang ke rumah untuk mengajar anak-anak. Memang sangat berbeza dengan konsep tuisyen berbayar sebelum ini di mana ibubapa perlu menghantar anak-anak ke kelas atau pusat tuisyen.


Kelebihan #1 – Home Tuition Jimat Kos

Ia menjimatkan kos dari segi kos pengangkutan. Jika dulu ibubapa perlu hantar anak-anak ke kelas serta ke pusat tuisyen, dengan adanya tuisyen di rumah ini, guru atau tutor tuisyen yang akan datang ke rumah.

Ia nampak lebih ketara jimat apabila pusat tuisyen itu berada agak jauh dari kediaman. Kos makan-minum anak-anak semasa di tuisyen pun boleh dielakkan. Kan ke jimat kos tu?

Dan boleh juga buat tuisyen untuk kesemua anak dalam rumah di waktu yang sama.

Bayangkan, kalau setiap anak itu ada kelas tuisyen yang berbeza, lepas tu berlainan tempat kelas tuisyen pula.. banyak kos tu kena keluarkan. Jika buat pengiraan jangka panjang, memang akan dapat jimatkan banyak kos.

Kelebihan #2 – Lebih Selamat, Anak-Anak Depan Mata Tuisyen Di Rumah

Mungkin ada ibubapa yang berkeperluan untuk hantar anak-anak seawal umur 7-8 tahun ke kelas tuisyen untuk kukuhkan matapelajaran tertentu yang belajar di sekolah. Aspek keselamatan pastilah paling utama untuk anak-anak seumur ini.

Home tuition lebih selamat kerana anak-anak boleh dipantau dan dilihat sepanjang masa di hadapan ibubapa, berbeza dengan di kelas atau pusat tuisyen yang ada waktu rehat atau waktu antara hantar-ambil anak di kelas tuisyen.

Kelebihan #3 – Guru Atau Tutor Lebih Dipercayai

Tuisyen di rumah ini lebih bersifat personal di mana ibubapa secara tidak langsung akan mengenali tenaga pengajar lebih dekat. Maka kepercayaan antara ibubapa anak akan wujud menjadikan guru atau tutor tuisyen lebih dipercayai.

Dengan adanya kepercayaan ini, akan mewujudkan suasana pembelajaran lebih baik, dan sebenarnya akan meningkatkan lagi tahap penerimaan anak-anak dalam kelas tuisyen di rumah.

Kelebihan #4 – Bantuan Belajar Secara Individu

Salah satu konsep tuisyen di rumah ialah pembelajaran atau pengajaran secara bantuan individu atau one-to-one. Seorang guru atau tutor tuisyen subjek tertentu boleh berikan komitmen untuk hanya seorang atau dua pelajar sahaja dengan lebih baik.

Pengajaran atau pembelajaran secara one-on-one dalam home tuition memang banyak kelebihan dan kebaikannya. Malah, ia sangat disarankan untuk anak-anak atau pelajar yang merupakan slow-learner. Mereka mempunyai keupayaan untuk belajar dan faham yang sedikit lambat.

Dengan adanya bantuan belajar secara individu ini, mereka akan dapat catch-up selain pengukuhan pemahaman terhadap subjek-subjek tertentu jadi lebih baik.

Perhatian penuh boleh diberikan oleh cikgu atau tutor yang mengajar.

Kelebihan #5 – Ikut Keperluan Dan Kehendak Individu

Bila seisi belajar atau ulangkaji itu dibuat secara individu, maka keperluan dan kehendak individu itu juga dapat dikenalpasti lebih baik. Ini bukan sahaja membantu tenaga pengajar tuisyen di rumah untuk berikan servis terbaik tetapi juga memberikan kelebihan untuk anak atau pelajar itu belajar dengan lebih baik serta lebih seronok.

Kadangkala ada kaedah belajar di sekolah tidak berapa dapat diterima oleh anak-anak ini sehingga menyebabkan mereka susah dan terasa sukar untuk faham. Mereka akan jadi fed-up dan cepat kecewa, kurang semangat yang akhirnya merugikan mereka.

Adanya home tuition, guru atau tutor boleh gunakan banyak teknik pengajaran lebih khusus, lebih menarik yang akan membantu pemahaman anak atau pelajar.

Kelebihan #6 – Waktu Tuisyen Lebih Fleksibel

Jika hantar anak ke kelas tuisyen, ibubapa perlu patuhi waktu kelas bermula. Berbeza dengan konsep home tuition ini yang waktu pembelajaran itu lebih fleksibel dan ditentukan oleh ibubapa mahupun pelajar. Ia akan nampak lebih mesra waktu senggang ibubapa dengan anak, dan dengan cara ini juga boleh mengelakkan anak cepat merasa bosan.

Kelebihan #7 – Belajar Ikut Keperluan/Kekurangan

Ada anak atau pelajar yang boleh mendapat keputusan peperiksaan serta pemahaman yang baik dalam subjek tertentu, tetapi kurang baik dalam subjek yang lain. Tuisyen di rumah tidak memerlukan silabus yang tetap, malah boleh berubah ikut keperluan dan kekurangan pada pelajar.

Guru atau tutor tuisyen boleh tumpukan kepada kelemahan pada pelajar tersebut. Jadi pelajar juga boleh belajar ikut keperluan dan perbaiki kelemahan pada subjek lain.

Kelebihan #8 – Tuisyen Di Rumah Lebih Selesa

Keselesaan adalah perkara penting kalau mahukan anak belajar dengan lebih baik. Tahap keselesaan pula tak sama. Ada anak atau pelajar yang suka belajar dalam suasana senyap sunyi, ada pula suka membuat ulangkaji dan menelaah pelajaran dengan kehadiran muzik lembut, dan ada pula lebih seronok untuk belajar jika ada teman.

Keselesaan seperti ini boleh diwujudkan dengan home tuition kerana ia melibatkan seorang dua anak atau pelajar. Berbeza dengan berada di kelas tuisyen yang telah ditetapkan peraturan tertentu selain perlu memenuhi keselesaan secara am untuk semua pelajar.

Kelebihan #9 – Boleh Tukar Tenaga Pengajar/Tutor Tuisyen

Ada beberapa syarikat yang sediakan servis menyediakan guru atau tutor tuisyen di mana ibubapa dan pelajar boleh pilih dan tukar jika didapati kurang sesuai. Anda tak boleh buat perkara ni di sekolah sesuka hati.

Sepertimana di sekolah, anak-anak ada guru kesukaan atau kegemaran mereka sendiri. Jadi, teknik sebegitu cuba dipraktikkan dalam kelas tuisyen di rumah. Pastinya jika anak mendapat perhatian daripada guru tuisyen yang mereka suka, prestasi dalam subjek pelajaran tertentu mesti akan nampak perubahan.


Jadi bagaimana?

Kami harap, anda dah pun tahu beberapa kelebihan dan juga kebaikan yang ada pada tuisyen di rumah atau home tuition ini.

Ia telah menjadi pilihan ramai ibubapa yang mempunyai masa yang terhad, dan sangat sibuk dengan kerjaya; tetapi pada masa yang sama mahukan pendidikan dan pelajaran anak mereka mendapat perhatian terbaik.

Tahap perkembangan pendidikan anak-anak sewajarnya dipandang serius ibubapa.

Adanya home tuition ini, ibubapa akan lebih terdorong untuk sama-sama dengan guru dan tutor tuisyen memastikan anak atau pelajar berjaya memperbaiki kelemahan yang ada terutama bagi subjek-subjek yang perlukan pemahaman yang lebih.

Kita berusaha, apapun semua usaha ini takkan dapat berjaya andai kita tak memastikan bahawa tindakan kita adalah kerana Allah S.W.T. Ilmu itu milik Allah, maka doakan agar usaha untuk pertingkatkan ilmu mendapat redha Allah.

“Anak Saya Pemalu, Disebabkan Itu Saya Ambil Home Tuition.”

“Anak Saya Pemalu, Disebabkan Itu Saya Ambil Home Tuition.”

Puan Anis sebagai ibu kepada anaknya menceritakan bagaimana beliau mengatasi masalah yang dihadapi oleh anaknya. Puan Anis memberitahu bahawa beliau dapat tahu mengenai Home Tuition CMN di Facebook. Sebelum Home Tuition puan anis berkata yang anaknya pergi ke pusat tuisyen, anaknya berkata yang dia tidak dapat memberi tumpuan dengan baik dan susah untuk bertanyakan soalan kerana beliau agak pemalu.

 

Disebabkan itu Puan Anis megambil Home Tuition untuk anaknya supaya selesa dan lebih fokus. Menurut Puan anis, tutornya sangatlah baik dan bagus kerana menyediakan bahan-bahan untuk sesi pembelajaran dan teknik pembelajaran yang berbeza dari biasa.

Baca lagi: Apakah Pembelajaran Yang Mampu Membantu Pelajar UPSR Belajar Dengan Mudah & Seronok?!

 

Puan Anis memilih Home Tuition lebih kerana menurut beliau sekiranya ada kecemasan seperti anaknya sakit, boleh tukar tarikh dan tidak rumit. Selain itu, Puan anis juga menyukai kerana anaknya berasa selesa dan mudah untuk berkomunikasi dengan tutor. Dari sudut jangkaan untuk tutor, Puan Anis tidak memilih kerana menurut beliau, semua orang mempunyai kelebihan masing-masing.

Sekiranya student tidak minat dengan tutor  tersebut maka apa yang di ajar oleh tutor susah untuk pelajar ingat dan faham. Manakala sekiranya pelajar itu minat dan suka dengan tutor tersebut maka lebih mudahlah untuk faham.

Kami Di CMN Academy  ingin mengucapkan terima kasih kepada Puan Anis kerana menggunakan perkhidmatan home tuition kami dan memberikan feedback yang amat baik dan positive kepada kami dan masyarakat yang lain.

Di sini kami menunjukan vedio tayangan feedback oleh Puan Aini :-

 

Untuk info lanjut mengenai Home Tuition untuk anak anda, boleh tekan button di bawah

 

[Tuisyen Online] Pelajar India Belajar Bahasa Arab?

Pelajar India belajar Tuisyen Bahasa Arab Secara Online?

Seorang pelajar india yang berusia 8 tahun yang tinggal di Pualau Pinang,  mempelajari Bahasa Arab? kerana di sekolah dia megambil ujian Bahasa Arab, Kenapa?

ibunya berkata bahawa anaknya minat dengan bahasa arab, dan ibunya tidak kisah sekiranya anaknya ingin mengambil subjek Bahasa Arab. Semasa di sekolah dia berkata agak susah untuk memahami Bahasa Arab tersebut kerana pelajar lain telah belajar basic Bahasa Arab semasa tahun 1.

Ibunya berkata ingin mengambil tuition, tetapi agak susah untuk mencari pusat tuition yang mengajar Bahasa Arab. Selain itu, ibunya ingin tuition di rumah dan kami mempunyai tutor yang berpengalaman di Selangor yang sangup untuk mengajar online untuk anaknya

Di sebab kan itulah dia mengambil online tuition untuk belajar basic Bahasa Arab bersama tutor yang berpegalaman dengan Bahasa Arab. Untuk kelas yang pertama tutor tersebut mengajar ayat ayat ringkas kepadanya kerana untuk lebih mudah faham.

Selepas beberapa kelas pelajar tersebut dapat bercakap Bahasa Arab sedikit demi sedikit dan mengalami peningkatan dalam pembelajaran.

Dengan kelas tuition online pelajar itu dapat belajar dengan tutor yang berpegalaman walau di mana pun mereka berada :)

 

Di sini kami menunjukan pembelajaran online tuisyen bersama dengan tutor Bahasa Arab :-

Untuk info lanjut boleh Whatsapp 011-32742922 atau terus layari https://cmnacademy.com/inginkan-tip-p…

Facebook: https://www.facebook.com/cmnacademyho…

Intagram: https://www.instagram.com/cmnacademy/

5 Tip Terbukti Berkesan Untuk Persediaan Peperiksaan

5 TIP TERBUKTI BERKESAN UNTUK PERSEDIAAN PEPERIKSAAN.

Peperiksaan akhir, UPSR, PT3 & SPM bakal menjelma… adik2 sudah bersedia??

Kami ada tips khas untuk anda!

TIP 5B UNTUK CEMERLANG & SKOR STRAIGHT A 


📈 BERSEDIA LEBIH AWAL!

Sedia awal ini penting untuk kurangkan rasa risau & ‘blank’ secara tiba-tiba semasa exam. Persediaan dari segi ilmu yang mantap, fizikal yang sihat dan mental yang tenang amat membantu untuk lebih fokus dan kurang tertekan.

Dari segi ilmu, pemahaman asas amat penting untuk dikuasai disamping skil menjawab. Kesihatan fizikal perlu dijaga. Perlu bersenam, jaga pemakanan dan mungkin perlu pengambilan makanan tambahan atau vitamin untuk mengelakkan dari jatuh sakit.

Bila semua di atas dijaga, kesihatan mental biasanya akan berada pada tahap yang baik, dan menyebabkan pelajar tidak ‘kalut’ dan takut untuk hadapi peperiksaan.

📈 BUAT BANYAK LATIHAN

Latihan menjawab soalan perlu dilakukan secara kerap & berkala untuk mendapatkan ‘rentak’. ‘careless’ atau cuai, merupakan antara masalah besar pelajar apabila menjawab soalan. Jadi, dengan buat lebih banyak latihan, dapat kurangkan kecuaian. “PRACTICE MAKES PERFECT”!

Pastikan buat lebih latihan soalan subjek atau topik yang kurang dikuasai, soalan-soalan exam lepas dan check dengan skema jawapan supaya dapat ‘mesra’ dengan jenis soalan yang akan dihadapi.

Perlu diingat juga, set masa semasa membuat latih tubi terutamanya apabila membuat latihan menjawab soalan past year, supaya tidak kelam kabut dan dapat menjawab soalan dalam masa yang ditetapkan.

📈 BELI RUJUKAN SESUAI

Buku rujukan banyak dijual di pasaran. Pelbagai warna, saiz dan cara pendekatan berbeza antara satu buku dengan yang lain. Pilihlah buku yang sesuai, jangan beli semua. Jika banyak sangat buku rujukan, boleh membuatkan pelajar keliru & stress kerana perbezaan antara buku-buku itu.

Biasanya jika kita ada tutor atau guru yang mengajar secara personal, mereka boleh cadangkan atau bantu belikan rujukan atau buku aktiviti yang sesuai dengan tahap & jenis pelajar.

📈 BINA NOTA RINGKAS YANG MENARIK

Nota ringkas dapat bantu pelajar belajar & ulangkaji dengan lebih cepat & mudah. Penghasilan nota ringkas dalam bentuk dan warna yang lebih menarik dapat menaikkan mood pelajar untuk belajar & ‘tangkap’ lebih lagi.

Nota ringkas boleh dibuat dalam bentuk peta minda, lukisan/lakaran, poin, video atau apa sahaja yang boleh memberikan mood dan memudah cara untuk faham & ulang kaji.

📈 BELAJAR BERMENTOR DI RUMAH

Tak dinafikan belajar berguru secara personal dapat bantu ramai pelajar untuk lebih memahami sesuatu pelajaran dan membantu menyelesaikan banyak kekusutan. Personal bukan hanya bermaksud 1 to 1, tetapi group kecil juga.

Ada pelajar yang perlu belajar & dibimbing secara terus, dalam sesi 1 to 1 atau kumpulan kecil kerana ada perhatian spesifik yang perlu diberikan atau kerana malu bertanya soalan di kelas.

Nak jadi lebih baik, kena ada MENTOR ATAU GURU ATAU TUTOR yang boleh BANTU untuk beri TUNJUK AJAR di rumah, dan untuk GUIDE serta TEMAN BUAT AKTIVITI supaya tidak bosan.

=======
PT3, SPM & ‘FINAL EXAM’ DAH DEKAT! ANAK ANDA DAH SEDIA NAK BERIKAN YANG TERBAIK & SKOR A?

Bayangkan anak anda salam anda dan senyum sambil ucapkan terima kasih… dan dia melangkah dengan penuh yakin dan ceria untuk ke dewan peperiksaan.

Anda ada anak yang BERSEKOLAH tahun ini?
Nak skor A ATAU ADA IMPROVEMENT dalam EXAM?
Anak anda masih tak kuasai beberapa subjek?
Perlukan bantuan untuk ulangkaji & mantapkan asas dalam subjek tertentu?

Benarkan kami bantu anak anda untuk capai keputusan lebih baik & cemerlang!

BANTU ANAK ANDA BERSEDIA UNTUK CEMERLANG DALAM EXAM!

Kami bawakan KHAS buat anda…
.
TUISYEN INTENSIF PECUTAN EXAM 2019

di rumah anda.

Apa yang kami tawarkan istimewa untuk bantu anak anda?

 Aplikasi CARA PEMBELAJARAN MENARIK & SESUAI untuk setiap pelajar.

Tutor kami menerima LATIHAN BERKALA berkaitan PENDEKATAN pembelajaran yang MENARIK & asas Neuro-Linguistic Programming (NLP).
Kami percaya setiap pelajar mempunyai keistimewaan & tahap tersendiri, serta cara pembelajaran yang berbeza.

 FLEKSIBEL & SELESA
.
Persekitaran yang selesa di rumah sendiri, lebih santai, masa yang lebih fleksible

 Tutor BERPENGALAMAN, TERPILIH & TERLATIH

 Tumpuan kepada PEMBENTUKAN ASAS YANG MANTAP & latih tubi

 PENINGKATAN dalam pelajaran, pengetahuan & keputusan*

JIMAT masa, tenaga & petrol

 Pelbagai REBATE & BONUS menarik

 

SIAPA KAMI?

CMN Education Group berdiri teguh di bawah CMN Global Consultant Sdn. Bhd.

Kami membantu ibu bapa & anak2 untuk meneroka pembelajaran yang bermutu dan mengalami peningkatan dalam pembelajaran Akademik & Al-Quran, menerusi bimbingan secara personal; Home Tuition & Quranic Home Based di bawah beberapa label.

Kami juga sering melakukan pelbagai R&D untuk menghasilkan modul & teknik pembelajaran yang seiring dengan pembelajaran abad ke-21. Kami telah dianugerahkan Silver Award for Computational Thinking Games Design 2018 di The 1st National STEM Seminar 2018, dan Modul STEM Funtastic Sains & Matematik diberi pujian & pengiktirafan di dalam mesyuarat National STEM Movement, serta Silver Award dalam Teachers’ Innovation Carnival 2018 di UIA.

APA KATA IBU BAPA & PELAJAR KAMI?

Klik link ini untuk lihat testimoni & keterujaan mereka yang telah mendapatkan bantuan dari tutor kami.
https://tinyurl.com/cmna-feedback

Anda TERUJA nak daftar?

Sabar dulu… kami nak bagi sesuatu yang istimewa untuk anda.

Apa TAWARAN ISTIMEWA yang kami nak bagi?

Khas buat anda… tawaran terhad kepada 50 TERAWAL sahaja!

🎁 PERCUMA Pendaftaran bernilai minimum RM50

Dan…

🎁 BONUS Ebook Istimewa PERCUMA

Wahhh… Banyaknya PERCUMA!!

Nak!! Nak!!

Anda sudah tidak sabar lagi untuk dapatkan tuisyen di rumah yang terbaik & eksklusif untuk anak anda?

JOM BANTU MEREKA BELAJAR DENGAN LEBIH SERONOK & SKOR DALAM EXAM!

>> Whatsapp “INTENSIF” ke 011-32742922 sekarang! <<

“Success Tutoring From Your Home”

#ImpactResults

#intensif
#pt3
#spm
#finalexam