Dua Bulan Lagi Nak Exam, Result Masih D. Apa yang Ibu Ini Lakukan?

Kisah ini bermula apabila Puan Fiza mendapatkan anak beliau, Zaquan mempunyai masalah dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris.

Keputusan yang kurang memberangsangkan menyebabkan ibu ini telah menghantar Zaquan ke dua pusat tuisyen.

Namun masih tiada perubahan dalam keputusan anaknya. Hatinya terdetik ketika ibu kepada kawan anaknya memaklumkan bahawa dia mengambil home tuition dan menyebabkan keputusan anaknya meningkat.

Dari situ, beliau cuba untuk mencari home tuition melalui Google dan CMN Academy adalah antara carian yang teratas.

Setelah beliau melakukan survey dan melihat feedback yang memberansangkan, Puan Fiza meluahkan perasaan berkenaan keadaan anaknya yang mempunyai keputusan yang kurang memberansangkan dan hanya tinggal 2 bulan sahaja untuk membuat persediaan peperiksaan UPSR.

Pihak kami cuba membantu dengan sedia upaya dan berkata tiada apa yang mustahil dan itu menaikkan semangat beliau.

Pada masa yang sama juga, Puan Fiza cuba untuk mencari home tuition yang lain, tetapi salah satu home tuition tersebut berpendapat agak sukar untuk membantu anaknya kerana hanya tinggal 2 bulan sahaja untuk membuat persiapan peperiksaan.

Selepas itu, pihak kami menemukan Puan Fiza dengan Cikgu Seriyana yang sesuai dengan permintaannya.

Kemudian Alhamdulillah anak beliau berpuas hati dengan home tuition selepas ditanya untuk memilih samaada pusat tuisyen atau home tuition kerana baginya jika berada di pusat tuisyen, guru tidak dapat tumpukan pada setiap seorang pelajar. Jadi dengan home tuition tutor dapat menumpukan sepenuhnya dengan adanya konsep one to one bersama dengan pelajar

Pada mulanya Cikgu Seriyana cuba untuk menarik minat dan cuba untuk matchkan apa yang pelajar perlukan, seperti bagaimana tahap pembelajaran pelajar dengan membuat latihan dan memberikan matlamat cara untuk score dalam peperiksaan.

Selepas dalam masa 2 bulan bersama home tuition, sudah nampak peningkatan dalam pembelajaraan serta Peperiksaan Percubaan UPSR dan berasa lebih yakin untuk menjawab dalam UPSR. Puan Fiza juga berasa lebih lega dengan peningkatan prestasi anaknya.

Kami amat menghargai usaha adik Zaquan dan Danish dan kami telah menganugerahkan ‘Special Mention’ kepada mereka.

Akhir kata, kita dapat lihat usaha seorang ibu untuk memberikan yang terbaik untuk anak-anak beliau. Selagi adanya usaha yang kuat, tiada yang mustahil untuk dicapai. Kami mengucapkan kejayaan untuk adik Zaquan dan Danish dalam peperiksaan.

Tahniah dan semoga mendapat 6A dalam UPSR!

 

 

 

Profile Cikgu Seriyana:

 

Untuk info lanjut berkenaan Home Tuition Mentoring boleh klik di

 

Spread the love