Bagaimana STEM Dapat Bantu Pelajar Lebih Cemerlang?

Apa itu STEM (Science Technology Engineering Maths) & kenapa penting untuk kita tahu?

Dan bagaimana STEM dapat bantu pelajar lebih cemerlang dalam pelajaran terutamanya dalam subjek Sains & Matematik.

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025 (PPPM 2013 – 2025) PPPM 2013 – 2025 telah meletakkan pendidikan STEM sebagai satu agenda yang penting dalam transformasi pendidikan bagi menyediakan generasi muda untuk menghadapi cabaran abad ke-21.

Pendidikan STEM dalam PPPM dilaksanakan dalam 3 fasa;

• Gelombang 1 (2013 – 2015): pengukuhan kualiti pendidikan STEM dimulakan melalui peneguhan kurikulum, pengujian dan latihan guru, dan penggunaan model pembelajaran pelbagai mod

• Gelombang 2 (2016 – 2020): kempen dan kerjasama dengan badanbadan berkaitan dilaksanakan untuk menarik minat dan kesedaran masyarakat dalam STEM

• Gelombang 3 (2021 – 2025): STEM akan dianjak ke arah kecemerlangan melalui peningkatan keluasan operasi.

Jika anda seorang ibu bapa/ pelajar / guru atau tutor, ini adalah sesi yang penting untuk anda.

Kami berkongsi tentang STEM & kelebihan aplikasinya dalam pendidikan & pembelajaran abad ke 21.

Bersama Coach Mohd Noor yang merupakan CEO CMN Education Group, dan Pengasas Modul Funtastic. Beliau juga merupakan STEM Partner dalam National STEM Movement & Cikgu Isa (Guru Matematik & Trainer CMN Global Consultant).

Untuk pengetahuan anda, Modul Game Funtastic Boolean Battle kami telah memenangi hadiah ‘Silver Award’ di The First National STEM Seminar di Universiti Malaya dan telah dibentangkan di hadapan ahli akademik, guru, pensyarah universiti & industri.

Jemput tambah ilmu tentang STEM dan bagaimana ia dapat meningkatkan kecemerlangan pelajar dalam akademik dan kerjaya :)

Spread the love
0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

twelve + eighteen =