Posts

Jom Buat Makanan Sambil Belajar Matematik!

UKURAN & SUKATAN PART 1

Siapa kat sini sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan ni, selalu sangat masuk dapur ? 🙋

Haa, yang kerap buka tutup peti sejuk lagilah….

Kalau peti sejuk tu boleh bersuara, pasti dah menjerit dah dia..
“Nak cari makanan apa lagi ???” 😆

Ok, gurau-gurau je ya cuti2 ni 😉

So apa kata kita ubah tabiat kita yang suka cari makanan dengan kita buat sendiri makanan..

Best ke best ? 😁😁

Jadi, apa kaitan topik ini dengan nak buat makanan sendiri ni, Chegu Nurul ?

Sebelum masuk kelas Chegu Nurul, apa kata kita fikir sejenak..😁

“Jika kita diberikan 6 bungkus tepung dengan setiap bungkusnya berjisim 0.59kg. Kemudian tepung itu dicampurkan dan dituangkan secara sama banyak ke dalam 4 buah bekas untuk buat 4 biji kek…

Adik-adik rasa, berapa gram tepung yang digunakan untuk nak buat satu kek je ?”

Nak tahu apa strategi yang kita boleh gunakan untuk selesaikan soalan berbentuk penyelesaian masalah ini ?

Jom bersama Chegu Nurul di Kelas Eksklusif Online Funtastic Matematik UPSR

Pastikan adik-adik ready dengan soalan2 yang bakal dibongkarkan nanti ya 😉

Jumpa nanti!😉

Nak join??

 

Whatapp ‘Nama_ECFuntasticMathUPSR’ ke 011-13172015

 


#ExclusiveOnlineTuition
#FuntasticMatematikUPSR2020
#CMNAcademy

Apakah Aplikasi Topik ‘Janjang’ Add Maths Dalam Kehidupan?

Kelas Online Funtastic Add Maths PERCUMA Bersama Tutor Raj

Cuba bayangkan sekiranya pada tahun hadapan, 2021, setiap Hari anda diberikan wang saguhati.

Ada dua pakej yang boleh dipilih.

Pakej manakah yang akan menjadi Idaman Kalbu? Kenapa? Mengapa?

Pakej pertama

1 hb Jan diberikan RM1

2 hb Jan diberikan RM2

3 hb Jan diberikan RM3

4 hb Jan diberikan RM4

5 hb Jan dibetikan RM5

Dan seterusnya hingga 31 Dec 2021.

Pakej kedua

1hb Jan diberikan RM0.01

2hb Jan diberikan RM0.02

3hb Jan diberikan RM0.04

4hb Jan diberikan RM0.08

5hb Jan diberikan RM0.16

6hb Jan diberikan RM0.32

7hb Jan diberikan RM0.64

Dan seterusnya hingga 31 Dec 2021

Pakej manakah yang akan menjadi pilihan anda?

Berapakah duit yang akan diberikan pada 31 Dec 2020 untuk Pakej pertama dan pakej kedua?

Berapah jumlah wang yang terkumpul diakhir tahun 2021?

Topik Janjang (Progression) ini boleh kita gunakan untuk memilih Pakej yang menguntungkan.

 

Kelas online ini sesuai untuk siapa?

Sesuai untuk pelajar DLP Dan juga yang bukan DLP.

Bahasa yang akan digunakan, BM & English.

Siapa yang boleh ikuti kelas online ini?

Pelajar Tingkatan 4 & 5.

Topik ini dipelajari oleh 

• Pelajar Tingkatan 5

online tuition matematik tambahan

Sesi ini merupakan sesi PERCUMA.

Pelajar SPM2020 adalah amat digalakkan untuk sertai kelas ini.

Aplikasi Zoom akan digunakan. Dan kelas ini terhad kepada 100 pelajar sahaja.

Link URL untuk kelas Zoom ini akan diberikan 10minit sebelum kelas Bermula.

Link kelas seterusnya akan diberikan didalam group telegram berikut;

https://tinyurl.com/funtasticaddmathsgroup

 

Apa kata pelajar-pelajar yang sudah join Online Tuition Funtastic Add Maths?

Jemput share 😃

 

 

Bagaimana STEM Dapat Bantu Pelajar Lebih Cemerlang?

Apa itu STEM (Science Technology Engineering Maths) & kenapa penting untuk kita tahu?

Dan bagaimana STEM dapat bantu pelajar lebih cemerlang dalam pelajaran terutamanya dalam subjek Sains & Matematik.

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025 (PPPM 2013 – 2025) PPPM 2013 – 2025 telah meletakkan pendidikan STEM sebagai satu agenda yang penting dalam transformasi pendidikan bagi menyediakan generasi muda untuk menghadapi cabaran abad ke-21.

Pendidikan STEM dalam PPPM dilaksanakan dalam 3 fasa;

• Gelombang 1 (2013 – 2015): pengukuhan kualiti pendidikan STEM dimulakan melalui peneguhan kurikulum, pengujian dan latihan guru, dan penggunaan model pembelajaran pelbagai mod

• Gelombang 2 (2016 – 2020): kempen dan kerjasama dengan badanbadan berkaitan dilaksanakan untuk menarik minat dan kesedaran masyarakat dalam STEM

• Gelombang 3 (2021 – 2025): STEM akan dianjak ke arah kecemerlangan melalui peningkatan keluasan operasi.

Jika anda seorang ibu bapa/ pelajar / guru atau tutor, ini adalah sesi yang penting untuk anda.

Kami berkongsi tentang STEM & kelebihan aplikasinya dalam pendidikan & pembelajaran abad ke 21.

Bersama Coach Mohd Noor yang merupakan CEO CMN Education Group, dan Pengasas Modul Funtastic. Beliau juga merupakan STEM Partner dalam National STEM Movement & Cikgu Isa (Guru Matematik & Trainer CMN Global Consultant).

Untuk pengetahuan anda, Modul Game Funtastic Boolean Battle kami telah memenangi hadiah ‘Silver Award’ di The First National STEM Seminar di Universiti Malaya dan telah dibentangkan di hadapan ahli akademik, guru, pensyarah universiti & industri.

Jemput tambah ilmu tentang STEM dan bagaimana ia dapat meningkatkan kecemerlangan pelajar dalam akademik dan kerjaya :)