Fun Learning At Home & Promosi 2.2 Online Tuition
“Dimulakan dengan 2 minggu, disudahi dengan berminggu-minggu…”
Dalam keadaan sekarang, pembelajaran bersama guru sekolah telah ditukar sesi kebiasaan di sekolah ke sesi Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PdPr).
Dan ini dah masuk minggu pertama bulan Februari 2021, apa khabar pembelajaran anak-anak anda?
Selain daripada perkara yang diluar kawalan, ada beberapa inisiatif yang kita boleh beri kepada anak-anak, untuk bantu mereka belajar di rumah dengan lebih seronok.
Anak-anak sekarang dah 24 jam di rumah. Ada yang mengadu bosan belajar di rumah.
Adakah cara pembelajaran yang kurang menarik, membuatkan anak-anak ni kurang semangat nak belajar di rumah? Bagaimana kita sebagai ibubapa nak mainkan peranan supaya anak belajar dengan seronok di rumah?
Kami ingin kongsikan kepada anda, ibubapa di luar sana bagaimana anda boleh bantu anak-anak belajar dengan lebih seronok di rumah.
Pertama, anda boleh wujudkan suasana lain dari rumah, contohnya anda buat suasana seperti di dalam kelas di sekolah.
Kedua, anda boleh bercerita kepada anak-anak cerita yang berkaitan dengan pembelajaran mereka. Kita sebagai orang dewasa pun sukakan cerita, apatah lagi kanak-kanak. Setuju?
Yang akhir sekali, jika anda tak dapat meluangkan masa atau tak tahu bagaimana nak bantu anak dalam pembelajaran (mengajar subjek), anda boleh ambil inisiatif dengan mendapatkan bantuan pihak luar seperti kelas tuisyen online samada secara berkumpulan atau 1 to 1.
Sempena bulan Februari,
kami lancarkan Promosi 2.2
yang bertemakan Fun Learning At Home!
Kami ingin berikan anda
1 sesi kelas Special Funtastic Class pilihan anda
secara PERCUMA!
Klik button di bawah untuk dapatkan promosi ini atau info lanjut.
Jemput follow Facebook Page CMN Academy untuk dapatkan lebih banyak perkongsian dan join live slot ‘Parenting Fun Talk’ setiap Selasa, jam 9 malam.