Kenapa Tidak Online Tuition? Cuba Dulu Baru Tahu

Melihat pada keadaan semasa negara dan arahan dari kerajaan, PKP akan dilanjutkan sehingga 14 April ini.

Dan pastinya ada kemungkinan akan dilanjutkan lagi jika perlu.

Anak-anak akan bercuti lebih lama & hanya duduk di rumah. Kita sebagai ibu bapa yang prihatin, pastinya nak anak kita belajar.

Cuma ada yang masih ragu-ragu untuk berikan anaknya tuisyen secara online.

 

“Anak saya ni susah la. Depan-depan ajar pun tak fokus, kalau online apatah lagi.”

“Saya tak rasa online tuition ni berkesan kat anak saya.”

Semua ni hanya mainan minda kita! Mungkin pahit untuk diterima, tetapi…

‘Mindset’ yang kita sendiri tanam dalam fikiran kita yang membuatkan kita terus menolak pembelajaran melaui online secara total tanpa mahu mencuba.

 

Cuba tanya ni…

Adakah anak anda menonton Youtube? Ramai anak-anak boleh tonton Youtube dan media sosial lain sampai 2-3jam, fokus… kadang-kadang sampai lupa makan. Kenapa kita tak ubah pemikiran yang mereka juga boleh fokus belajar secara online selama hanya 1-2 jam?

“Kita menarik apa yang kita fikirkan”

 

“Why not we try Online Tuition for our children?”

Kenapa tidak kita cuba dulu??

 

Ada 2 jenis Online Tuition yang boleh anda pilih mengikut kesesuaian anak & bajet anda.

 

1- Online 1 to 1 Tuition

 

 

Tuisyen ni untuk pelajar yang memang perlukan tumpuan sepenuhnya daripada tutor. Mudah bertanya soalan, sesuai untuk pelajar yang pemalu, pendiam dan lebih berkesan belajar seorang. Topik pembelajaran juga akan dikhaskan mengikut tahap atau kefahaman pelajar, serta teknik pendekatan disesuaikan mengikut jenis pelajar.

 

 

 

 

2- Online Group Tuition

 

 

Tuisyen ini pula untuk pelajar yang boleh fokus walaupun tumpuan tutor tidak diberikan sepenuhnya kepada seseorang pelajar. Biasanya perkongsian ini mengikut topik yang dipilih oleh tutor.

 

 

 

Anda boleh buat pilihan terbaik untuk anak anda. Online Tuition adalah salah satu solusi untuk bantu anak anda isi masa cuti & tidak ketinggalan dalam pelajaran.

Semoga perkongsian kami dapat bantu anda bagi membuat pilihan untuk anak tersayang.

 

                                          Tuisyen Online Percuma

 

Ingin tahu lebih lanjut berkenaan Online Tuition?

Spread the love