Apa Itu STEM dan Bagaimana STEM Dapat Bantu Pelajar Lebih Cemerlang Dalam Pelajaran Terutamanya Dalam Subjek Sains & Matematik.

Apa itu STEM?

STEM sudah bermula di Malaysia beberapa tahun lalu di Malaysia dan maksud di sebalik perkataan STEM ialah Science Technology Engineering Mathematics (STEM).

Terdapat beberapa konsep pembelajaran STEM iaitu lebih rasa minat dan seronok kerana STEM ini memudahkan cara pembelajaran untuk membantu pelajar untuk lebih memahami konsep serta aplikasi dalam subjek seperti Sains dan Matematik.

Selain itu, dengan menggunakan konsep ‘real life’ atau Super Hero dalam aktiviti pembelajaran dapat membantu pelajar lebih mudah memahami topik pembelajaran yang biasa dipelajari di sekolah.

Ini kerana kebanyakan pelajar atau kanak-kanak amat menyukai belajar menggunakan visual video dan ‘project-based learning’.

Kami juga kongsikan salah satu dari aktiviti  daripada Topik Sains Tingkatan 1 dalam video di bawah.

Aktiviti tersebut menujukan perbezaan 3 gelas yang berisikan air dan telur, ini juga salah satu konsep dalam STEM yang bernama ‘Inquiry Based Learning’ , dengan cara ini pelajar akan bertanya soalan untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Mengapakah ada telur yang tenggelam, ada yang timbul dan ada pula yang berada di tengah-tengah air? :)

Di samping itu, ramai pelajar kurang berminat untuk mengambil Aliran Sains Tulen semasa Tingkatan 4 & 5 iaitu statistik menujukkan penurunan iaitu hanya 17-19% sahaja yang mengambil aliran Sains berbanding target Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu sebanyak 60%.

Ini adalah kerana bagi mereka subjek tersebut agak susah untuk mereka faham serta kaitkan dalam kehidupan dan keputusan Sains dan Matematik mereka yang kurang memberansangkan semasa PT3

Hal ini akan memberi perubahan kepada negara kerana kekurangan pelajar yang mempelajari subjek sains tulen di sekolah mahupun di universiti akan memberi kesan kepada industri dan teknologi di Malaysia pada masa hadapan.

Disebabkan itu Pembelajaran STEM sangat penting untuk meningkatkan kembali minat pelajar terhadap subjek ini dan seterusnya menjadi ‘innovator’ pada masa hadapan.

Salah satu pedagogi STEM mementingkan elemen 4C dalam Pembelajaran Abad Ke-21 iaitu ‘Collaboration’ ‘Creativity’ ‘Communication’ dan ‘Critical Thinking’ yang penting untuk kemahiran mereka di alam kerjaya kelak .

Video ini yang menerangkan serba sedikit tentang STEM di Malaysia serta contoh aktiviti ringkas yang boleh dilakukan bersama pelajar atau anak-anak.

 

Untuk lebih jelas lagi, boleh follow facebook CMN Academy serta Youtube Academy  untuk pelbagai perkongsian tentang STEM dan pelbagai teknik kreatif dan inovatif dalam pembelajaran.

Spread the love