TERBARU: Modul Sains & Matematik Untuk Pelajar dan Pendidik Malaysia

Pernah dengar tentang STEM?

STEM ialah Pembelajaran yang telah dimulakan di negara maju seperti UK, US & Jepun.

Ia adalah teknik mendidik pelajar dengan menggabungkan empat disiplin iaitu – SAINS, TEKNOLOGI, KEJURUTERAAN DAN MATEMATIK.

Tahukah anda lagi bahawa…

+ Sistem pendidikan di seluruh dunia, terutamanya di negara maju sedang menuju ke arah pembelajaran abad-21… iaitu menekankan tentang STEM.

+ Menurut Kementerian Pendidikan, Malaysia memerlukan 270,000 pelajar SPM yang mengambil STEM setiap tahun berbanding 90,000 sekarang.

+ Kementerian Pendidikan menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 telah mula melaksanakan pelbagai strategi pengukuhan bagi subjek STEM dalam usaha melahirkan lebih ramai pakar dalam bidang ini.

+ Di Amerika Syarikat, 80% pekerjaan adalah berkaitan dengan bidang STEM. Dijangkakan, kebanyakan kerjaya pada masa akan datang adalah berkaitan dengan STEM.

STEM, PAK-21, Pembelajaran Abad Ke-21, CMN Academy

Physics Project-based Learning

Apa yang pentingnya STEM ni?

STEM membina dan mengajar kreativiti, penyelesaian masalah, kemahiran hidup, kebijaksanaan, kepintaran, kesabaran, rasa ingin tahu. STEM adalah apa yang membentuk masa depan kerana dunia kita berkembang dan perubahan.

Anda tahu… dengan mengaplikasikan STEM dalam pembelajaran harian anak-anak, boleh melahirkan seorang yang KREATIF, INOVATIF & DINAMIK yang kritis dalam apa jua bidang.

Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) STEM yang berfokuskan murid dapat menghasilkan pengalaman pembelajaran yang bermakna dan menyeronokkan. PdPc yang menarik dapat meningkatkan minat dan kecenderungan murid dalam STEM.

Pelaksanaan PdPc STEM yang mengintegrasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam mata pelajaran secara mendalam melalui pendekatan inkuiri, pembelajaran berasaskan projek dan pembelajaran berasaskan masalah dalam konteks dunia sebenar.

Pelajar yang mengikuti Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) STEM mempunyai kemahiran berfikir aras tinggi, inovatif, berhemah tinggi, berdikari, celik teknologi, mampu mereka cipta, boleh menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.

Program Inovasi Pendidikan ini dilaksanakan untuk meningkatkan kreativiti serta kemahiran penyampaian PdPc Guru Sains dan Matematik agar lebih berkesan menerusi pendekatan santai dan interaktif dalam konsep pembelajaran sekali gus meningkatkan minat murid terhadap subjek Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Pembelajaran berasaskan projek merupakan antara ciri utama bagi mata pelajaran berasaskan STEM.

Projek yang dilaksanakan adalah pengaplikasian kepada kehidupan harian dalam penyelesaian masalah dan merupakan integerasi daripada pemahaman prinsip Sains, Matematik, Teknologi dan Kejuruteraan bagi melahirkan murid yang kreatif dan inovatif.

Bagi kurikulum mata pelajaran Sains dan Matematik pula unsur aplikasi harian dan teknologi dalam kandungan, pentaksiran dan pendekatan penting untuk dimuatkan dalam KSSM dan KSSR.

Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang disarankan adalah melalui inkuiri, penyelesaian masalah dan kerja projek bagi menarik minat murid serta pembelajaran yang menyeronokkan dan bermakna.

Pelajar didedahkan dengan perkara/isu konteksual dalam kehidupan harian, alam sekitar dan masyarakat tempatan mahu pun global. Dengan demikian murid dapat mencari maklumat dan menggunakan design thinking dan computational thinking dalam menyelesaikan masalah atau mereka cipta sesuatu produk yang berkaitan dengan tugasan yang diberikan oleh guru.

Ini merupakan Bengkel “Beyond Expectation Teachers” untuk Guru-guru Sains & Matematik anjuran PPD Rompin.

Kami dijemput untuk berkongsi dengan para pendidik Sains dan Matematik  berkaitan Pembelajaran Abad Ke-21, Problem Solving, STEM, Project Based Learning dan lain-lain.

Boleh tonton Video ini untuk mengetahui apa yang dikongsikan dalam Bengkel ‘Beyond Expectation Teachers’ di PPD Rompin 😃

“Majulah Kreativiti dan Inovasi dalam Pendidikan”😃

 

Spread the love
  • 371
    Shares