Posts

Apa Itu STEM dan Bagaimana STEM Dapat Bantu Pelajar Lebih Cemerlang Dalam Pelajaran Terutamanya Dalam Subjek Sains & Matematik.

Apa itu STEM?

STEM sudah bermula di Malaysia beberapa tahun lalu di Malaysia dan maksud di sebalik perkataan STEM ialah Science Technology Engineering Mathematics (STEM).

Terdapat beberapa konsep pembelajaran STEM iaitu lebih rasa minat dan seronok kerana STEM ini memudahkan cara pembelajaran untuk membantu pelajar untuk lebih memahami konsep serta aplikasi dalam subjek seperti Sains dan Matematik.

Selain itu, dengan menggunakan konsep ‘real life’ atau Super Hero dalam aktiviti pembelajaran dapat membantu pelajar lebih mudah memahami topik pembelajaran yang biasa dipelajari di sekolah.

Ini kerana kebanyakan pelajar atau kanak-kanak amat menyukai belajar menggunakan visual video dan ‘project-based learning’.

Kami juga kongsikan salah satu dari aktiviti  daripada Topik Sains Tingkatan 1 dalam video di bawah.

Aktiviti tersebut menujukan perbezaan 3 gelas yang berisikan air dan telur, ini juga salah satu konsep dalam STEM yang bernama ‘Inquiry Based Learning’ , dengan cara ini pelajar akan bertanya soalan untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Mengapakah ada telur yang tenggelam, ada yang timbul dan ada pula yang berada di tengah-tengah air? :)

Di samping itu, ramai pelajar kurang berminat untuk mengambil Aliran Sains Tulen semasa Tingkatan 4 & 5 iaitu statistik menujukkan penurunan iaitu hanya 17-19% sahaja yang mengambil aliran Sains berbanding target Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu sebanyak 60%.

Ini adalah kerana bagi mereka subjek tersebut agak susah untuk mereka faham serta kaitkan dalam kehidupan dan keputusan Sains dan Matematik mereka yang kurang memberansangkan semasa PT3

Hal ini akan memberi perubahan kepada negara kerana kekurangan pelajar yang mempelajari subjek sains tulen di sekolah mahupun di universiti akan memberi kesan kepada industri dan teknologi di Malaysia pada masa hadapan.

Disebabkan itu Pembelajaran STEM sangat penting untuk meningkatkan kembali minat pelajar terhadap subjek ini dan seterusnya menjadi ‘innovator’ pada masa hadapan.

Salah satu pedagogi STEM mementingkan elemen 4C dalam Pembelajaran Abad Ke-21 iaitu ‘Collaboration’ ‘Creativity’ ‘Communication’ dan ‘Critical Thinking’ yang penting untuk kemahiran mereka di alam kerjaya kelak .

Video ini yang menerangkan serba sedikit tentang STEM di Malaysia serta contoh aktiviti ringkas yang boleh dilakukan bersama pelajar atau anak-anak.

 

Untuk lebih jelas lagi, boleh follow facebook CMN Academy serta Youtube Academy  untuk pelbagai perkongsian tentang STEM dan pelbagai teknik kreatif dan inovatif dalam pembelajaran.

Ingin Dapatkan Modul Multimedia Dalam PdPc STEM Abad 21 secara Percuma??

Pembelajaran Abad Ke-21 dan STEM (Science Technology Engineering Maths) & KBAT
 
Para pendidik sering tertanya-tanya apakah sebenarnya yang dikatakan Pembelajaran Abad ke-21?
 
Sebenarnya Pembelajaran Abad Ke-21 bukanlah sesuatu yang baru.
Seorang pendidik atau tutor yang berfikiran jauh dan sudah menempuh alam persekolahan dan pekerjaan pasti pernah bertanya kepada diri sendiri…
 
1.Apakah kita masih ingat kebanyakan daripada apa yang telah dipelajari dalam setiap subjek di sekolah, kolej atau universiti?
 
2. Apakah yang dipelajari itu relevan dengan bidang kerjaya dan realiti kehidupan kini?
 
Disebabkan itu Pembelajaran Abad Ke-21 akan menjadi relevan apabila seseorang pendidik itu berusaha untuk menjawab 2 soalan itu tadi.
 
Jadi apa kaitan STEM dengan Pembelajaran Abad Ke-21?

stem-malaysia-kbat

 
Kementerian Pendidikan menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 telah mula melaksanakan pelbagai strategi pengukuhan bagi mata pelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dalam usaha melahirkan lebih ramai pakar dalam bidang itu untuk kepentingan negara.
Dari segi pelaksanaan di sekolah memang masih terdapat kekurangan kerana para guru juga terbeban dengan pelbagai tugasan serta perubahan kurikulum yang agak mendadak.
Namun, ia sedang dipertingkatkan dari masa ke semasa. Untuk jangka masa panjang ia bagus untuk menyediakan seseorang pelajar menghadapi realiti dan kerjaya masa hadapan.
Screen Shot 2017-02-06 at 6.19.55 PM
 
Di samping itu, kebanyakan kerjaya pada masa akan datang adalah berkaitan dengan STEM ini. Di Amerika Syarikat, 80% pekerjaan adalah berkaitan dengan bidang STEM ini.
stem-jobs
Ini contoh Projek STEM di negara maju seperti UK yang dianjurkan oleh kerajaan, universiti dan industri di UK.
projek STEM UK Malaysia pembelajaran pendidikan
 
Jadi para pelajar perlu dilengkapkan dengan asas STEM supaya bersedia dengan apa cabaran dan realiti kerjaya masa hadapan.
 
Dikatakan di Malaysia, pelajar perempuan lebih ramai di kolej dan universiti.
Lebih separuh kurang meminati bidang berkaitan STEM ini. Jadi ini adalah usaha untuk meningkatkan minat mereka dengan STEM.
Sekarang ada pula versi STEM yang baru iaitu STEM CS (Computer Science) iaitu pembelajaran berkaitan komputer dan programming. Boleh lah para pelajar ini bercita-cita menjadi seperti ‘Bill Gates & Steve Job’ versi Malaysia pula lepas ni :)
Selain itu STEAM (A for Art) pula STEM dengan elemen seni. Namun ia tidak jauh berbeza dengan konsep STEM yang turut mementingkan aspek seni dan design dalam projek yang dilakukan.
stem-education-in-malaysia
 
Dengan Formula 4C yang ditekankan dalam Pembelajaran Abad Ke-21 dan KBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi), para pendidik serta tutor perlu menerapkan 4C ini semasa proses pembelajaran.
 
– Communication
– Collaboration
– Creativity
– Critical Thinking
Kelebihan KBAT & STEM ini menyediakan kemahiran-kemahiran seperti Critical Thinking, Creative Thinking, Problem Solver, Teamwork, dan banyak lagi soft skills yang diperlukan dalam apa jua bidang pekerjaan.
pembelajaran-abad-ke-21-stem-cs-kbat
 

STEM DALAM KONTEKS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN STEM ialah akronim kepada Sains, Teknologi, Engineering (Kejuruteraan) dan Matematik. STEM dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) merangkumi pengetahuan, kemahiran dan nilai yang sedia ada dalam semua mata pelajaran STEM. STEM dalam konteks p&p merangkumi tiga aspek, iaitu:

1. Bidang pembelajaran

2. Pakej mata pelajaran

3. Pendekatan p&p.

 

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025 (PPPM 2013 – 2025) PPPM 2013 – 2025 telah meletakkan pendidikan STEM sebagai satu agenda yang penting dalam transformasi pendidikan bagi menyediakan generasi muda untuk menghadapi cabaran abad ke-21. Pendidikan STEM dalam PPPM dilaksanakan dalam 3 fasa;

• Gelombang 1 (2013 – 2015): pengukuhan kualiti pendidikan STEM dimulakan melalui peneguhan kurikulum, pengujian dan latihan guru, dan penggunaan model pembelajaran pelbagai mod

• Gelombang 2 (2016 – 2020): kempen dan kerjasama dengan badanbadan berkaitan dilaksanakan untuk menarik minat dan kesedaran masyarakat dalam STEM

• Gelombang 3 (2021 – 2025): STEM akan dianjak ke arah kecemerlangan melalui peningkatan keluasan operasi.

 

Menurut Protal Free Malaysia Today, Malaysia memerlukan 270, 000 Pelajar SPM yang mengambil STEM (Sciennce Technology Engineering Maths) setiap tahun berbanding 90 000 pelajar sekarang ini.

Dalam usaha memantapkan pendidikan STEM di sekolah rendah dan menengah rendah, mata pelajaran Rekabentuk dan Teknologi diperkenalkan.  Melalui mata pelajaran ini murid akan mempelajari  proses mereka bentuk  melalui penggunaan teknologi yang secara tidak langsung dapat membudayakan kreativiti dan inovasi dalam kalangan murid. Manakala di peringkat Menengah Atas pula,  beberapa mata pelajaran Elektif Ikhtisas yang berasaskan STEM iaitu Asas Kelestarian, Sains Sukan, Sains Rumah Tangga, Pertanian, Rekacipta, Prinsip Perakaunan, Sains Komputer  dan Grafik Komunikasi Teknikal ditawarkan. Di samping itu mata pelajaran berasaskan Kejuruteraan juga diperkenalkan di Sekolah Menengah Teknik.

Penawaran mata pelajaran elektif berasaskan STEM peringkat menengah atas adalah bertujuan untuk mendedahkan murid kepada haluan kerjaya dan seterusnya menanam bakat serta menarik minat kepada kursus berasaskan STEM di peringkat yang lebih tinggi.

Pembelajaran berasaskan projek merupakan ciri utama bagi mata pelajaran berasaskan STEM.  Projek yang dilaksanakan adalah pengaplikasian kepada kehidupan harian dalam penyelesaian masalah dan merupakan integerasi daripada pemahaman prinsip sains, matematik, teknologi dan kejuruteraan bagi melahirkan murid yang kreatif dan inovatif.


Tahukah anda lagi bahawa…

Sistem pendidikan di seluruh dunia, terutamanya di negara maju sedang menuju ke arah pembelajaran abad-21… iaitu menekankan tentang STEM.

Berminat untuk dapatkan ‘Modul Multimedia Dalam PdPc STEM Abad 21’ oleh Kementerian Pendidikan Malaysian ini secara PERCUMA supaya anda dapat laksanakan pembelajaran STEM bersama pelajar atau anak anda??

Isikan Nama & Email anda supaya kami dapat terus hantar Modul ini ke email anda.

 






Download Modul Multimedia PdPc STEM Abad 21 ini secara PERCUMA

Screen Shot 2018-10-13 at 6.38.22 AM.png

Selepas masukkan Nama & EMail, terus confirmkan link supapaya anda dapat menerima Modul yang menarik ini.

Semoga bermanfaat.

Jemput share untuk manfaat bersama.