Ingin Dapatkan Modul Multimedia Dalam PdPc STEM Abad 21 secara Percuma??




STEM DALAM KONTEKS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN STEM ialah akronim kepada Sains, Teknologi, Engineering (Kejuruteraan) dan Matematik. STEM dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) merangkumi pengetahuan, kemahiran dan nilai yang sedia ada dalam semua mata pelajaran STEM. STEM dalam konteks p&p merangkumi tiga aspek, iaitu:
1. Bidang pembelajaran
2. Pakej mata pelajaran
3. Pendekatan p&p.
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025 (PPPM 2013 – 2025) PPPM 2013 – 2025 telah meletakkan pendidikan STEM sebagai satu agenda yang penting dalam transformasi pendidikan bagi menyediakan generasi muda untuk menghadapi cabaran abad ke-21. Pendidikan STEM dalam PPPM dilaksanakan dalam 3 fasa;
• Gelombang 1 (2013 – 2015): pengukuhan kualiti pendidikan STEM dimulakan melalui peneguhan kurikulum, pengujian dan latihan guru, dan penggunaan model pembelajaran pelbagai mod
• Gelombang 2 (2016 – 2020): kempen dan kerjasama dengan badanbadan berkaitan dilaksanakan untuk menarik minat dan kesedaran masyarakat dalam STEM
• Gelombang 3 (2021 – 2025): STEM akan dianjak ke arah kecemerlangan melalui peningkatan keluasan operasi.
Menurut Protal Free Malaysia Today, Malaysia memerlukan 270, 000 Pelajar SPM yang mengambil STEM (Sciennce Technology Engineering Maths) setiap tahun berbanding 90 000 pelajar sekarang ini.
Dalam usaha memantapkan pendidikan STEM di sekolah rendah dan menengah rendah, mata pelajaran Rekabentuk dan Teknologi diperkenalkan. Melalui mata pelajaran ini murid akan mempelajari proses mereka bentuk melalui penggunaan teknologi yang secara tidak langsung dapat membudayakan kreativiti dan inovasi dalam kalangan murid. Manakala di peringkat Menengah Atas pula, beberapa mata pelajaran Elektif Ikhtisas yang berasaskan STEM iaitu Asas Kelestarian, Sains Sukan, Sains Rumah Tangga, Pertanian, Rekacipta, Prinsip Perakaunan, Sains Komputer dan Grafik Komunikasi Teknikal ditawarkan. Di samping itu mata pelajaran berasaskan Kejuruteraan juga diperkenalkan di Sekolah Menengah Teknik.
Penawaran mata pelajaran elektif berasaskan STEM peringkat menengah atas adalah bertujuan untuk mendedahkan murid kepada haluan kerjaya dan seterusnya menanam bakat serta menarik minat kepada kursus berasaskan STEM di peringkat yang lebih tinggi.
Pembelajaran berasaskan projek merupakan ciri utama bagi mata pelajaran berasaskan STEM. Projek yang dilaksanakan adalah pengaplikasian kepada kehidupan harian dalam penyelesaian masalah dan merupakan integerasi daripada pemahaman prinsip sains, matematik, teknologi dan kejuruteraan bagi melahirkan murid yang kreatif dan inovatif.
Tahukah anda lagi bahawa…
Sistem pendidikan di seluruh dunia, terutamanya di negara maju sedang menuju ke arah pembelajaran abad-21… iaitu menekankan tentang STEM.
Berminat untuk dapatkan ‘Modul Multimedia Dalam PdPc STEM Abad 21’ oleh Kementerian Pendidikan Malaysian ini secara PERCUMA supaya anda dapat laksanakan pembelajaran STEM bersama pelajar atau anak anda??
Isikan Nama & Email anda supaya kami dapat terus hantar Modul ini ke email anda.
Selepas masukkan Nama & EMail, terus confirmkan link supapaya anda dapat menerima Modul yang menarik ini.
Semoga bermanfaat.
Jemput share untuk manfaat bersama.
Leave a Reply
Want to join the discussion?Feel free to contribute!