Tutor Ini Berkongsi Tentang Teknik ‘Jubin Algebra’ Yang Memudahkan Pelajar

Perkongsian oleh Tutor Raj tentang Teknik Jubin Algebra dalam Topik Matematik Tingkatan 2 yang mudah dan menarik..

Topik 2: Pemfaktoran Dan Pecahan Algebra.

2.1 Kembangan

2.1.1 Kembangan Dua Ungkapan Algebra.

Penggunaan Jubin Algebra amat membantu apabila kita ingin dedahkan konsep kembangan Ungkapan Algebra.

Kesilapan umum dilakukan apabila ungkapan ini melibatkan nombor nombor negative. Yer… nombor Negatif ini boleh dikatakan sebagai musuh utama yg sering buatkan pelajar kantoi atau Rimas dan gundah gelana.

a(b+c)
= ab + ac soalan begini biasa nya tiada masalah

a(b -c) yang ini pun biasa nya tiada
= ab – ac masalah.

-a(b+c)
= -ab + ac 
ini kesilapan umum yg sering dilakukan.
Jawapannya adalah;

= -ab – ac 

-a(b-c)
= -ab – ac 
sekali lagi kesilapan seperti ini meme femes dikalangan pelajar.
Jawapan sebenarnya adalah;

= -ab + ac 

Berjaga jaga lah kalau Ungkapan yang kita nak kembangkan tu ader banyak bebeno “negative” … hmmm nak terbabas tu amat tinggi kebarangkaliannya. Contoh nya soalan berikut;

-a( -b – c )
= -ab – ac 
= ab – ac 
= -ab + ac 
Meme Salah ler semuanya ini. Jawapan nyer sebenor nyer gini;

= ab + ac.

Persoalannya, kenapa kesilapan yang melibatkan nombor atau ungkapan Algebra melibatkan Negatif sering berlakunya ‘silly mistakes’ yang amat tinggi?

Sedangkan kan di Tingkatan 1, Bab 1: Nombor Nisbah, telah didedahkan kepada Integer positif Dan Negatif.

Kesilapan ini boleh dilihat sampai ke diperingkat Menengah Atas.

Jadi berhati hati lah di Jalan Raya Matematik bila nampak nombor negatif…

Sir Rajinder Singh akan berkongsi tentang Teknik Jubin Algebra (Algebra Tiles) ini secara Fb Live di Facebook: Tutor Profesional Malaysia pada 8 Februari 2019 pada 11 am.

p/s: Jemput share untuk manfaat bersama 😃

Sumber: TutoRaj

Spread the love
  • 318
    Shares