Seringkali kita mendapati bahawa terdapat segelintir orang lebih suka untuk mendengar muzik ketika belajar. Ramai yang menganggap bahawa ia mampu untuk meningkatkan daya fokus sesesorang dengan lebih mantap. Terdapat juga desas-desus mengatakan bahawa belajar sambil mendengar muzik dapat meningkatkan skill otak dimana ia membenarkan otak kita untuk melakukan apa-apa tugasan dari yang mudah hinggalah yang paling sukar dengan lebih efektif.

Berikut adalah 3 faktor utama yang menyebabkan kesan muzik terhadap proses pembelajaran:

  • PERSONALITI DIRI

Kajian mendapati bahawa seseorang yang memiliki ciri-ciri introverts mudah untuk terlebih eksited atau aktif apabila mendengar muzik ketika belajar manakala orang extrovert pula susah untuk eksited atau sukar untuk aktif. Maksudnya disini adalah pelajar yang jenis pendiam, lebih memilih untuk mendengar muzik ketika belajar kerana muzik mampu memberi perasaan teruja atau membuatkan dia berasa eksited ketika dalam proses pembelajaran berbanding extrovert yang agak sukar untuk aktif jikalau mendengar muzik.

  • JENIS – JENIS PROSES PEMBELAJARAN

Apabila seseorang melakukan proses membaca sambil mendengar muzik, tahap fokusnya akan berkurang dek kerana otak memproses banyak benda dalam 1 masa, iaitu mentafsir setiap perkataan yang didengar dan juga yang dibaca menyebabkan terjadinya 2 kesan, samada tiada kesan langsung atau yang lagi teruk, prestasinya boleh menurun. Akan tetapi, jika seseorang itu mendengar muzik sambil membuat subjek yang berkaitan kira-kira, ia boleh membuahkan hasil yang lebih negatif dek kerana otak cepat letih kerana proses mengira ini lagi memakan banyak tenaga berbanding proses membaca.

 

  • JENIS – JENIS MUZIK

Jenis muzik memainkan peranan sangat penting dalam menjadi medium dalam topik ini. Kajian mendapati bahawa seseorang yang seringkali mengubah-ubah lagu yang dimainkan akan lebih kerap hilang fokus dalam proses pembelajaran. Muzik-muzik yang lebih kearah instrument juga digalakkan lagi dari muzik yang lebih kepada vokal kerana mendengar muzik yang banyak vokal bermaksud memberi tugasana lebih kepada otak.

 

Demikianlah kesan-kesan mendengar muzik ketika belajar. Anda dinasihati supaya:

  • Mendengar muzik yang lebih kurang vokal
  • Muzik instrumental adalah muzik yang terbaik ketika belajar
  • Jangan sering mengubah-ngubah dari satu lagu ke lagu yang lain.

Akhir kata, mainkanlah muzik hanya pada saat tahap fokus anda mulai menurun yang bertindak sebagai ‘boost’ bagi menghilangkan rasa boring ketika belajar. Harus diingatkan bahawa setiap orang mempunyai pemandangan dan daya fokus yang berbeza di tempat yang berbeza, jadi kita sendiri yang harus memilih mengikut keselesaan kita.

Spread the love