3 Kaedah Mudah Ibu Bapa Bantu Anak Belajar Di Rumah

Jangan biarkan anak anda belajar sendirian di rumah.

“Kami nak bantu anak belajar di rumah, tapi tak tahu macam mana…”

Ibu bapa merupakan tonggak penting bagi anak-anak ketika di rumah. Jadi, jom kami kongsikan 3 Kaedah MUDAH Ibu Bapa BANTU Anak Belajar di Rumah. 

 

Kaedah pertama ialah ketahui perkembangan pembelajaran anak. Ambil tahu bahagian atau subjek apa yang merupakan masalah terbesar bagi anak anda. Anda boleh bertanya secara santai tentang kemajuan pelajaran mereka. Jika anak anda masih malu untuk bercerita dengan anda, ibu bapa boleh bertanya terus dengan guru yang mengajar anak mereka. Dengan ini, anda boleh mengetahui prestasi pembelajaran anak anda berada di tahap yang mana. 

 

Selain itu, ibu bapa perlu mendorong anak supaya lebih suka untuk belajar. Dengan perhatian ibu bapa untuk membantu anak menyiapkan kerja sekolah juga dapat membangkitkan semangat anak-anak. Sekiranya ibu bapa tidak mampu untuk membantu anak-anak dalam pelajaran, ibu bapa boleh mengambil langkah lain dengan memberikan tuisyen kepada anak-anak. Dengan bantuan guru dan tutor yang pakar dalam bidang masing-masing, ini dapat memberikan kefahaman kepada anak-anak sekaligus dapat menambahkan minat mereka untuk belajar. 

 

 

Kaedah terakhir ialah jangan lupa untuk sentiasa memberikan pujian kepada anak-anak anda. Tidak semua anak dilahirkan genius tetapi kepandaian boleh diasah dan dibentuk. Sentiasa lah memberikan semangat dan kata-kata positif setiap hari sebelum mereka ke sekolah atau ketika mereka sedang mengulang kaji pelajaran. Puji anak dengan cara realistik. Berikan pujian pada anak yang menekankan sisi positif atau kelakuan positif yang menjadi kekuatan anak. Pujian secara realistik, contohnya, ”Wah, gambar langit yang Boboi lukis sangat cantik dan indah. Kombinasi warnanya sangat bagus!”. Tambahan pula, anak yang diberi pujian akan belajar untuk selalu melakukan hal yang lebih baik lagi di dalam setiap perbuatan mereka.

 

 

 

 

Spread the love