Sistem Pengurusan kokurikulum
Kokurikulum merupakan suatu rancangan pendidikan yang membendung segala ilmu pengetahuan serta kemahiran, nilai, unsur – unsur dan budaya untuk pelajar. Kokurikulum suatu program pendidikan yang termasuk kokurikulum semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan, dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid sepenuhnyadari segi jasmani, rohani, intelektual, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan (Akta pendidikan).
Peranan kokurikulum
1. Perkembangan individu secara menyeluruh
2. Penerapan dan perkembangan nilai nilai murni
3. Penyebaran ilmu pengetahuan
4. Pembentukan masyarakat Malaysia yang bersatu padu
5. Melahirkan tenaga mahir
Aktiviti kokurikulum hendaklah di jalankan sepanjang tahun , namum pengisian aktiviti hendaklah menjurus ke arah memantapkan dan mengukuhkan kokurikulum. Pemantauan aktiviti hendaklah dilakukan untuk memastikan keberkesanan pengurusan sesuatu badan beruniform/kelab/ persatuan.