Program Transformasi Sekolah 2025 ( TS25)
Tahukah anda?
Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) merupakan sebahagian daripada usaha Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti.
Justeru itu, sekolah yang terlibat perlu mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan, kepimpinan dan pedagogi dalam pembelajaran dan pengajaran (pdp) seiring dengan Pelan Pembangunan pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Objektif Program Transformasi Sekolah 2025 ialah :
1. Mengaplikasi konsep dan AMALAN PdPC TERBAIK.
2. MEMBANGUNKAN KEPAKARAN DALAMAN melalui latihan yang komprehensif dan berstruktur kepada pembimbing pedagogi serta pembimbing kepimpinan.
3. Membangunkan PERSEKITARAN PEMBELAJARAN YANG BERKESAN dengan mengutamakan kemenjadian murid
Matlamat Program Transformasi Sekolah 2025 ialah :
1. Memantapkan kepimpinan sekolah.
2. Memaksimumkan potensi guru dan murid menerusi peningkatan kualiti pembelajaran dan pengajaran.
3. Mengukuhkan pelibatan ibubapa, komuniti dan pihak berkepentingan demi kejayaan murid.