Peperiksaan Tiada Lagi? Kemanakah Halatuju Pelajar-Pelajar Selepas Ini?

Kebelakangan ini heboh tentang berita bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia di bawah Menteri Pendidikan Malaysia, Dr Maszlee Malik telah menyatakan isu yang berkaitan tiada peperiksaan untuk Tahun 1 hingga Tahun 3.

Isu ini amatlah mengejutkan kebanyakan masyarakat di luar sana dan ada di kalangan ibubapa, guru, dan masyarakat yang kurang bersetuju dengan ketetapan baru ini.

Malah ramai juga yang turut bersetuju kerana sistem peperiksaan juga tidak dilaksanakan di peringkat rendah seperti di luar negara dan di katakan ada di kalangan pelajar yang mengalami tekanan dalam pembelajaran.

Bagi menggantikan sistem peperiksaan di peringkat Tahap 1, KPM telah melaksanakan sistem PBD iaitu Pentaksiran Bilik Darjah yang dimana guru mentaksir pelajar tersebut berdasarkan ciri-ciri tertentu dan lebih spesifik.

Untuk mengetahui lebih lanjut, boleh tonton video ini oleh Founder CMN Education Group iaitu Coach Mohd Noor yang pernah tinggal di UK dan berpeluang menghantar anak ke sekolah di sana.

Jemput share :)

    

Spread the love
0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

3 + eight =