MENJADIKAN KELAS MENGAJI YANG BUKAN SEKADAR MENGAJI

Kelas mengaji adalah merupakan kelas yang begitu tinggi martabatnya disebabkan ketikamana kita membacanya kita sedang berinteraksi dengan buku manual yang terbaik di dunia yang mengatasi semua buku-buku yang ditulis oleh manusia selama ini.

Definisi buku yang kita bacakan ini ialah sebuah buku yang diturunkan bermula dalam bulan yang TERBAIK (bulan Ramadhan) pada orang yang TERBAIK (Nabi Muhammad SAW), melalui perantaraan malaikat yang TERBAIK (malaikat Jibril) dalam tempoh yang tidak sekejap (23 tahun) yang bukan sahaja berhasil menjadi panduan orang yang beriman bahkan ia merawat perilaku masyarakat yang rosak.

Selain itu juga, buku ini diturunkan dalam pelbagai emosi dan perasaan. Adakalanya umat Islam ditindas, adakalanya umat Islam diugut, adakalanya umat Islam disiksa, adakalanya umat Islam berjuang, sebagai berita gembira mahupun sebagai ancaman untuk peringatan hingga hari kiamat.

Justeru, amatlah begitu malang sekali sekiranya kelas mengaji ini dijadikan hanya sebagai kelas mengeja huruf, membaca tulisan Arab, berkenalan dengan guru mengaji dan mengalunkan bacaan dengan irama yang mengasyikkan.

Apa yang saya mahu kongsikan pada artikel kali ini ialah berkenaan tips bagaimana kita mahu berinteraksi dengan Al-Quran ketika dalam kelas mengaji. Mudah-mudahan para pembaca artikel ini dapat melihat Al-Quran selepas ini dari dimensi yang lebih baik, in sya allah …

Firman Allah swt dalam surah Yunus: ayat 57 yang bermaksud “wahai sekalian manusia, sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi NASIHAT PENGAJARAN dari Tuhan kamu, yang menjadi PENAWAR bagi penyakit dalaman yang ada di dalam dada kamu, dan juga menjadi HIDAYAH (petunjuk) serta membawa RAHMAT bagi orang yang beriman.”

Secara ringkasnya, apa yang saya mahu kongsikan pada kali ini ialah 4 cara Al-Quran berfungsi dalam kehidupan kita iaitu sebagai Nasihat, Penawar, Hidayah dan Rahmat. Harapan saya semoga selepas ini dalam setiap kelas mengaji, dapatlah kita usahakan supaya dapat mengetengahkan 4 elemen ini dalam pengajaran dan pembelajaran kita, in sya allah.

Unsur pertama ialah Al-Quran sebagai NASIHAT. Saudara-saudari sekalian, pernah tak kita mendapat nasihat dari sesiapa dalam hidup kita. Sebab apa ya kita mendapat nasihat? Ya, sudah pasti kita dinasihati supaya dapat menjadikan kita insan yang lebih baik.
Bayangkan suatu nasihat dan peringatan yang dinukilkan dan dijamin ‘valid’ digunakan dan dimanfaatkan sehingga hari kiamat. Kitab apa ni? Sejak lebih dari 1440 tahun nasihat tu wujud, nasihat kepada suami, isteri, ibu, ayah, anak, adik-beradik, guru, pemimpin, hartawan dan sebagainya.

Unsur yang kedua ialah Al-Quran sebagai PENAWAR. Perlu difahami di sini bahawa ini 4 elemen yang mengikut peringkat demi peringkat. Saudara-saudari sekalian, pernah ke kita mengalami dalam hidup ini tertekan (stress), ‘depress’, sedih, putus asa, cemburu lihat orang lain dan sebagainya?

Segala jawapan apa yang kita rasa itu ada jawapannya di dalam Al-Quran. Siapa lagi yang boleh merawat penyakit ini kalau bukan dari yang Maha Menyelesaikan? Tuhan tidak memberi ujian melainkan kita mampu dan supaya kita dinaikkan darjat disisinya.

Unsur yang ketiga ialah Al-Quran sebagai HIDAYAH (petunjuk). Saudara-saudari sekalian, bayangkan kita sedang memandu melalui jalan raya yang gelap tanpa lampu di sepanjang jalan. Pada waktu tersebut, apa yang kita perlukan? Ya, lampu jalan sebagai penyuluh kita menuju destinasi.

Begitu lah juga, Al-Quran itu berfungsi sebagai satu-satunya cahaya yang akan menerangi kita di kala berada dalam kegelapan (kesesatan). Al-Quran tidak pernah salah dalam perintah suruhannya, yang ada kepada kita ialah salah-faham.

Unsur yang terakhir ialah sebagai RAHMAT kepada orang yang beriman. Sesudah benar-benar kita menjadikan kitab ini sebagai nasihat dalam hidup, penawar kepada masalah, petunjuk dalam kesesatan, baru lah akan dapat kita merasai Rahmat dalam hidup kita.

Ini adalah fungsi yang tertinggi dari Al-Quran kepada kita. Sebagai contoh Ashabul Kahfi, sekumpulan pemuda yang melarikan diri ke gua demi menyelamatkan dari pemerintah yang zalim. Dan apa yang didoakan oleh mereka? Memohon Rahmat supaya mereka mendapat bimbingan.

Pelbagai lagi doa-doa yang wujud dalam Al-Quran yang difirmankan-Nya. Menunjukkan kepada kita jangan meremehkan ‘Kuasa Doa’ ini. Dan sebaik-baik doa adalah memohon Rahmat dari Yang Maha memberi Rahmat.

Justeru, jika keempat-empat elemen ini dapat diaplikasikan dalam kelas mengaji pasti in sya allah, masalah sosial semasa yang membimbangkan sekarang dapat diperbaiki dan dirawat dengan metod yang betul. Ia memenuhi elemen keperluan manusia iaitu NASIHAT (Intelektual), PENAWAR (Emosi), PETUNJUK (Fizikal) dan RAHMAT (Spiritual).

Semoga dengan sedikit perkongsian ini, dapatlah sedikit sebanyak menjentik pemikiran kita terhadap cara pandang kitab Al-Quran ini. Diharapkan ia bermanfaat dan dapat menjadikan kita ejen-ejen pembawa Al-Quran kepada masyarakat dengan lebih baik.

Sekian dari saya, semoga berjumpa di lain masa dengan topik yang berbeza berpandukan cara pandang menurut Al-Quran. Dan doa saya semoga kita semua beroleh Rahmat dari-Nya sepanjang hidup kita ini.. Ameen ya rabb..

 

Sheikh Sulaiman Bin Sheik Harun
Founder modul “Mudahnya Faham Al-Quran”
Manager CMN Academy Ampang

Mari Belajar Mengenai Pendidikan Islam Tahun 5

Assalamualaikum adik adik yang sedang menanti untuk belajar “pendidikan islam tahun 5”. Semoga bermanfaat untuk adik adik.

Apabila kita belajar mengenai Pendidikan Islam ini, topik yang wajib di sentuh dalam pendidikan ini ialah:

  1. Akidah,
  2. Ibadah,
  3. Sirah,
  4. Akhlak dan Adab

Subjek ini sangat menyeronokkan kerana mudah difahami oleh semua pelajar .

Mari belajar pendidikan islam untuk lebih memahami dan sila lihat video di bawah.

#manjaddawajadda
#pendidikanislamtahun5

Ciri ciri Guru Best Yang Menjadikan Pelajar Fokus.

Ciri ciri guru best yang menjadikan pelajar fokus.

  1. Perwatakan menarik.

Perwatakan adalah penting untuk memastikan pelajar tidak bosan dalam kelas.dengan elemen ini pelajar akan tertunggu tunggu keunikan akan guru bawa dan juga secara umumnya menyukai perkara yang baru dan juga guru haruslah sentiasa mencuba membawa situasi yang baru dalam sesi pengajaran

  1. Memberi reward sekiranya mendapat jawab soalan.

Dengan cara memberi ganjaran kepada murid merupakan kaedah yang sangat berkesan untuk melatih murid untuk lebih semangat lagi pergi ke sekolah. Dengan ini murid tidak lagi merasa bosan dan sentiasa untuk pergi ke sekolah dan tiada lagi ponteng kelas. Dan selalunya murid ponteng kelas disebabkan murid merasa bosan, yang hanya di pikiran pelajar ialah belajar benda yang sama dan sebab itulah pelajar ponteng. Dengan cara memberi ganjaran ini merupakan kaedah yang sangat sesuai dan berkesan.

  1. Membuat tugasan / aktiviti diluar kelas.

Ketika selalu belajar di dalam kelas akan membuat pelajar bosan. Untuk memastikan pelajar tidak bosan, guru harus mengambil tindakan iaitu membuat tugasan luar. Kebanyakkan pelajar bosan apabila terperap atau selalu berada dalam kelas. Jadi dengan cara membuat aktiviti luar kelas dapat memberi impak besar untuk pelajar lebih berminat untuk ke sekolah.

  1. Komunikasi dan mudah.

Komunikasi merupakan kaedah penting kerana tanpa kita komunikasi dengan pelajar, akan menjadi lebih susah untuk berinteraksi dengan pelajar. Apabila guru pandai atau mahir dalam berkomunikasi, pelajar akan lebih selesa dan murid lebih menyukai guru yang senang untuk bercakap dengan pelajar dan tidak berasa malu apabila mempunyai sebarang persoalan

  1. Menggunakan sesuatu bahan menarik.

Dengan alat – alat bantu pelajar ini sangat membantu, sesuai untuk meningkatkan pengaruh guru kerana memang sangat menarik untuk mendalami apa mereka belajar. Dengan erti kata lain, guru jangan bergantung kepada buku sahaja, tetapi juga guru harus menggunakan elemen tersendiri untuk mengajar pelajar.

Mari Belajar Mengenai Pendidikan Islam Tahun 4

Assalamualaikum adik adik yang sedang menanti untuk belajar “pendidikan islam tahun 4”. Semoga bermanfaat untuk adik adik.

Apabila kita belajar mengenai Pendidikan Islam ini, topik yang wajib di sentuh dalam pendidikan ini ialah:

  1. Akidah,
  2. Ibadah,
  3. Sirah,
  4. Akhlak dan Adab

Subjek ini sangat menyeronokkan kerana mudah difahami oleh semua pelajar .

Mari belajar pendidikan islam untuk lebih memahami dan sila lihat video di bawah.

#manjaddawajadda
#pendidikanislamtahun4

Sistem Pengurusan kokurikulum

Kokurikulum merupakan suatu rancangan pendidikan yang membendung segala ilmu pengetahuan serta kemahiran, nilai, unsur – unsur dan budaya untuk pelajar. Kokurikulum suatu program pendidikan yang termasuk kokurikulum semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan, dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid sepenuhnyadari segi jasmani, rohani, intelektual, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan (Akta pendidikan).

Peranan kokurikulum

1. Perkembangan individu secara menyeluruh

2. Penerapan dan perkembangan nilai nilai murni

3. Penyebaran ilmu pengetahuan

4. Pembentukan masyarakat Malaysia yang bersatu padu

5. Melahirkan tenaga mahir

Aktiviti kokurikulum hendaklah di jalankan sepanjang tahun , namum pengisian aktiviti hendaklah menjurus ke arah memantapkan dan mengukuhkan kokurikulum. Pemantauan aktiviti hendaklah dilakukan untuk memastikan keberkesanan pengurusan sesuatu badan beruniform/kelab/ persatuan.

Kelebihan Belajar Bersama Tutor Terlatih Di Rumah Anda.

Kelebihan belajar bersama tutor terlatih di rumah anda.

Membimbing anak kita. Apabila tutor di rumah, dapat kita awasi untuk memastikan anak kita sentiasa dapat di rujuk kembali. Tutor merupakan seseorang yang dapat membimbing kita selain ibu bapa. Apabila di rumah anak anda dapat bimbingan lebih berbanding di sekolah kerana jika di sekolah tutor dapat membimbing anak kita tetapi masa yang di perlukan hanya sementara kerana di sekolah terdapat pelajar yang begitu ramai.

Memberi nasihat dan motivasi. Tutor adalah seseorang yang pemberi nasihat untuk memastikan kita sentiasa berjuang untuk kejayaan anak anda. Dan juga pemberi motivasi apabila kita mengalami kesusahan samada dalam akademi atau agama. Yang penting memastikan kita sentiasa ada peningkatan.

Lebih mudah berkomunikasi. Komunikasi merupakan hal yang paling penting dalam hal untuk berinterksi antara anak dan tutor. Lebih mudah berkomunikasi berbanding dengan di sekolah kerana apabila di rumah hanya antara anak anda dan tutor. Jika apabila di sekolah akan ada kekurangan komunikasi kerana terdapat ramai pelajar.

Lebih mudah cepat mengetahui kelemahan anak anda. Yang ini point yang paling penting kerana lebih mudah cepat mengetahui kelemahan anak anda. Kerana tutor ini tugasnya untuk mengajar anak anda sesuai dengan target. Sebagai contoh apabila anak anda tidak mahir dalam subjek matematik .Jadi, ada tutor di rumah lebih baik untuk memastikan kejayaan anak anda.

Kebergantungan tutor di rumah. Tempat bergantung juga penting sebagaimana pelajar apabila mempunyai masalah dan dapat di selesaikan dengan segera. Tutor berada di rumah lebih menyenangkan berbanding guru di sekolah kerana tutor di rumah dapat memberi masa sepenuhnya untuk anak anda.

Kesimpulanya, tutor dan guru adalah kedua duanya penting tetapi ada kekurangan terutama guru. Guru disekolah harus fokus semua pelajar untuk mengajar berbanding tutor di rumah yang hanya fokus untuk anak anda yang hanya seseorang sahaja.

 

 

Pelan Induk Pembangunan profesionalisme keguruan (PIPPK) Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25)

Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) merupakan sebahagian daripada usaha Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti.

Justeru itu, sekolah yang terlibat perlu mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan, kepimpinan dan pedagogi dalam pembelajaran dan pengajaran (pdp) seiring dengan Pelan Pembangunan pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

 

 

“yakin sebelum berjaya”

#kementerianpendidikanmalaysia

#programtransformasisekolah2025

Sumber dari : Kementerian Pendidikan Malaysia

5 Jenis Jenis Makanan Yang Dapat Meningkatkan IQ Untuk Si Anak

Setiap makanan mempunyai kebaikan dan manfaat untuk tubuh badan kita, tetapi pernahkah terpikir bahwa ada makanan yang dapat meningkatkan iq atau otak kita. Menurut kajian Sains mengatakan otak memerlukan makanan yang memberi impact kepada otak.

 Contoh 5 makanan yang sudah mendapat kajian untuk meningkatkan IQ untuk si anak :

  1. Telur

Telur adalah makanan yang memiliki kandungan protein yang tinggi dan juga pada kuning telur boleh meningkatkan daya ingatan.

  • Mentega Kacang

Kacang memiliki kandungan vitamin E dan dapat melindungi sel saraf pada otak. Pada masa yang sama vitamin E juga memberi tenaga bagi otak.

  • Tomato

Tomato dapat mencerdaskan otak kerana ada zat yang di mana apa warna merah tomato tersebut.

  • Sayuran hijau

Sayuran hijau mempunyai zat besi dan nutrisi yang penting bagi otak dan dapat meningkatkan daya ingat serta kemampuan belajar.

  • Ikan Salmon

Ikan Salmon memiliki impak positif terhadap perkembangan otak kerana kandungan lemak omega 3 yang tinggi.

Ini adalah contoh makanan yang dapat meningkatkan atau memperkembangkan otak si anak. Semoga informasi ini dapat menjadikan sumber makanan untuk si anak dan juga jadikan dapat meningkatkan prestasi anak di sekolah

“yakin sebelum berjaya”

#cmnacademy

#cmneducationgroup

#polahidupsihat

#5jenismakanan

[TERBARU] Format PT3 Pentaksiran 2019

Format PT3 terbaru ini akan dimulakan pada tahun ini, 2019. Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengumumkan format terbaru untuk pelajar yang mengambil PT3 (Pentaksiran Tingkatkan 3) bagi matapelajaran Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) mulai tahun 2019.

Terdapat 20 mata pelajaran yang terlibat ialah:

Bahasa MelayuBahasa Inggeris
SejarahGeografi
Bahasa ArabBahasa Iban
Bahasa CinaBahasa Punjabi
Bahasa KadazandusunBahasa Tamil
SainsSeni Tari
Pendidikan IslamBahasa Semai
MatematikSeni Visual
Seni TeaterAsas Sains Komputer
Reka Bentuk dan TeknologiSeni Muzik

Format soalan / Instrumen PT3 2019

Semak butiran yang lebih lengkap dan lebih jelas bagi format soalan PT3 membabitkan semua subjek akademik dengan cara klik satu persatu gambar yang kami kongsikan mengenai pemarkahan bagi setiap mata pelajaran KSSM.

Setiap jadual menyatakan jenis instrumen, bilangan soalan, jumlah markah, wajaran, tempoh ujian, dan kaedah penskoran bagi setiap kertas.

1.Format PT3 Bahasa Melayu

2. Format PT3 Bahasa Inggeris

3. Format PT3 Geografi


4. Format PT3 Bahasa Arab

5. Format PT3 Sains

6. Format PT3 Matematik

7. Format PT3 Pendidikan Islam

8. Format PT3 Reka Bentuk

9. Format PT3 Sains Komputer

10. Format PT3 Sejarah

11. Format PT3 Pelbagai Bahasa

12. Format PT3 Seni Muzik

13. Format PT3 Seni Tari

14. Format PT3 Seni Visual

15. Format PT3 Seni Teater

Semoga matlumat ini dapat membantu pelajar PT3 untuk membuat persediaan lebih awal 😃

Pentaksiran Baru Bantu Guru Lahirkan Pelajar Cemerlang

Assalamualikum tuan dan puan

Seperti yang kita tahu bahwa tahun 1 2 dan 3 akan tertumpu kepada perkembangan pembelajaran serta tidak lagi peperiksaan. Tetapi ada pentaksiran alternatif merujuk kepada pelbagai aktiviti untuk menilai penguasaan dan mengesan perkembangan pembelajaran murid.

Menteri pendidikan DR maszlee Malik telah menyatakan ibu bapa perlu menggalakkan anak anak untuk gemar atau lebih minat membaca dan sentiasa aktif untuk meneroka ilmu kerana anak anak ini lebih suka berseronok dan rilek dan juga mekanisma pentaksiran bukan berasaskan peperiksaan sahaja tetapi juga merangkumi semua aspek seperti cara berdisplin, cara berpakaian, cara percakapan.

Mekanisme pentaksiran bukan berasaskan peperiksaan yang bermula pada sesi persekolahan 2019 dapat membantu guru lebih fokus dalam membentuk lebih ramai pelajar cemerlang dan tertumpu kepada perkembangan pelajar tahap 1 2 dam 3.

Ia dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran melalui aktiviti seperti perbincangan, persembahan, kerja projek, tugasan, amali, pemerhatian, portfolio, pameran dan kuiz.

Untuk itu,ibu bapa perlu menyokong anak anak untuk lebihkan beraktiviti terutama beriadah, bersenam dan jadikan itu seperti tabiat dan perkara itu membantu untuk memperkembangan anak anak dari segi mental dan emosi.

“yakin sebelum berjaya”

#cmnacademy

#kementerianpendidikanmalaysia

#cmneducationgroup

#pentaksiranpelajaran