Tutor dan Media Sosial, Penting Ke?

 

 

 

Media sosial adalah satu medium yang sangat penting, sangat mudah dan sangat fleksibel pada zaman ini, terutamanya pada era pandemik yang kita alami sekarang. Rangkaian media sosial ini sangat besar hingga meliputi satu dunia. Malah sehingga satu tahap, bagi sesiapa yang tidak mempunyai akaun media sosial, mereka akan ketinggalan.

 

Kita sebagai seorang tutor perlu meng‘expose’kan diri kita kerana dari situlah kita akan dikenali dan orang ramai akan mengetahui servis apa yang kita lakukan. Jika kita tidak melakukan hal tersebut, berkemungkinan masyarakat di luar sana tidak kenal kita dan kita tidak mendapat ‘trust’ kepercayaan daripada bakal pelajar .

 

Remaja sekarang sudah banyak di media sosial, dan kita sebagai tutor perlu bertapak di sana bagi menarik perhatian bakal-bakal pelajar kita. Antara perkara yang kita  boleh ‘share’ sebagai permulaan ialah video kita sedang mengajar. Dari situ pelajar mengetahui apakah subjek yang kita kendalikan. Bagi tutor yang masih malu untuk memaparkan wajah anda di media sosial, inilah masanya untuk anda memecahkan tembok yang ada di dalam diri anda dan keluar dari zon selesa.

Antara sebab pentingnya media sosial:

1) Bina ‘trust’

 

2) Bina ‘networking’

 

3) Tingkatkan ‘personal branding’

 

Nak tahu banyak lagi tentang betapa pentingnya media sosial bagi tutor? Boleh lihat Di sini

 

Spread the love