Tips SKOR ‘A’ Matematik UPSR

Hai assalamualaikum semua, bagaimana peperiksaan UPSR setakat ini?

Senang ke susah?

Haaaa..

Jangan difikir lagi ya soalan yang sebelum ni, kosongkan minda dan terus fokus pada subjek akan datang.

Jom kita fokus pada subjek Matematik pula ya..

1. Operasi asas masih belum kuasai

Operasi asas ini merujuk kepada operasi tambah, tolak, darab dan bahagi. Operasi asas ini telah dipelajari sejak dari Tahun Satu lagi. Sepatutnya tidak ada lagi masalah dalam hal ini.

Jika kamu masih belum kuasai operasi asas ini, ia merupakan satu masalah yang sangat besar.

Bagi masalah ini, perbanyakan latih tubi soalan yang melibatkan operasi asas.

2. Belum hafal sifir

Sifir adalah nadi dalam Matematik.

Seawal tahun Dua lagi sifir ini telah diperkenalkan. Namun, masih ada murid tahun Enam yang tidak kuasai sifir ini dengan baik.

Jika masalah ini berlaku, adik-adik boleh usahakan cara lain dengan menggunakan kaedah kotak magik ataupun kotak sifir.

Contoh sifir mudah ingat :

3. Belum kuasai tajuk mudah

Bagi subjek Matematik tahun Enam, ada beberapa tajuk mudah yang wajib untuk awak kuasai. Ia boleh diumpamakan seperti markah percuma buat para calon.

Antara tajuk mudah ini adalah tajuk Koordinat, Nisbah dan Kebolehjadian.

Pastikan adik-adik semua sudah kuasai kesemua tajuk ini. Wajib untuk dapat markah penuh bagi soalan-soalan yang melibatkan tajuk-tajuk ini.

4. Belum kuasai 4P

Kemahiran 4P adalah kemahiran wajib dalam UPSR.

4P ini merujuk kepada pecahan, peratus, perpuluhan dan penukaran unit.

Jika awak semua masih belum kuasai kemahiran ini dengan baik, kamu semua perlu membuat latih tubi supaya lebih mahir.

Sangat rugi jika tidak menguasai topik-topik berikut kerana topik itu sangat mudah untuk mendapat markah.

 

Kami sertakan video ini berkenaan soalan-soalan Matematik UPSR bersama Cikgu Aisamuddin 😃

 

Jangan lupa buat latihan ya, InshaAllah kejayaan milik anda semua 😉

Terima kasih.

Sumber Rujukan : /mobile/tip/tip-belajar/tip-skor-a-matematik-upsr-mak-ayah-wajib-ambil-tahu-perkara-ini-1.927119

 

Spread the love