Tips Menghadapi Peperiksaan Percubaan UPSR 2019

Mungkin sebab kurang kesedaran mengenai kepentingan Percubaan UPSR yang bakal dijalankan tidak lama lagi menyebabkan calon-calon UPSR 2019 ini tidak langsung kelihatan BERSEDIA dan BERSEMANGAT untuk menduduki Peperiksaan PERCUBAAN UPSR.

Berikut kami kongsikan kepentingan Menduduki Peperiksaan Percubaan UPSR:-

1. KEPUTUSAN PERCUBAAN ADALAH PENTING.

Calon UPSR mungkin tidak tahu sekiranya berlaku sesuatu pada dirinya dan Calon ni tidak dapat menduduki Peperiksaan UPSR yang sebenar, Keputusan Percubaan UPSR adalah sumber Rujukan utama yang digunakan oleh pihak Sekolah Menengah untuk menentukan kelas mereka…

2. BATU PENGUKUR KEMAMPUAN.

Sebut saja Murid Calon UPSR akan ada soalan yang sering ditanya kepada mereka iaitu berapakah keputusan Percubaan mereka. Sebenarnya Calon-calon boleh menggunakan keputusan UPSR sebagai pengukur kekuatan dan kelemahan untuk berjaya lebih baik dalam Peperiksaan UPSR yang sebenar. Pastinya anda ingin mendapat keputusan yang lebih baik.

Jika keputusan Percubaan anda kurang Cemerlang, anda masih ada masa untuk membetulkan kesilapan dalam Percubaan.Jika anda mendapat Keputusan yang Cemerlang, anda boleh mengambilnya sebagai satu Cabaran untuk memastikan keputusan yang sama bakal anda perolehi dalam Peperiksaan UPSR yang sebenar.

3. LATIHAN PEPERIKSAAN SEBENAR.

“Trial” adalah satu latihan kepada Calon UPSR untuk menduduki Peperiksaan Awam buat pertama kali. Latihan ini akan mengajar anda dari segi mental dan fizikal untuk mengharungi Peperiksan yang sebenar…

Dalam latihan ini, soalan-soalan Percubaan biasanya sukar dan hampir menyerupai Soalan Sebenar. Anda boleh ambil kesilapan yang anda buat semasa menjawab soalan Percubaan ini sebagai PENGAJARAN yang dapat membantu anda mendapat Keputusan Yang lebih baik nanti…

4. MEMBINA SEMANGAT.

Keputusan ‘Percubaan’ ini akan memberi impak pada diri calon-calon UPSR itu sendiri. Anda boleh bayangkan betapa semangatnya bila mendapat Keputusan yang CEMERLANG dalam peperiksaan Percubaan UPSR. Semangat untuk memastikan kekal mendapat Keputusan CEMERLANG dalam peperiksaan UPSR yang sebenar…

Bagi Calon-calon yang mendapat Keputusan ‘Percubaan’ yang kurang CEMERLANG. Baki masa sebelum tarikh UPSR ini boleh digunakan sebaiknya untuk membaiki kelemahan anda serta Berusaha untuk mendapatkan keputusan yang CEMERLANG dengan bersungguh-sungguh..

 


Keputusan UPSR penting bagi mereka yang tahu menilai penat lelah belajar selama 6 Tahun di Sekolah Rendah. Jika anda masih berdegil menyatakan bukan keputusan UPSR itu yang diutamakan maka kami tidak mampu berkata apa-apa…

Berikut kami kongsikan beberapa tips yang kami rasakan perlu murid-murid ketahui untuk Menduduki Peperiksaan Percubaan UPSR 2019:-

✎ Pastikan jadual Peperiksan Percubaan untuk mata pelajaran yang akan anda ambil esok. Buat ulangkaji soalan-soalan yang lepas.

✎ Baca secara imbas semua panduan, tips dan rumusan penting untuk matapelajaran yang akan anda ambil esok.

✎ Tenangkan fikiran dan kuatkan semangat “SAYA BOLEH LAKUKAN!” Cuba bayangkan target anda untuk mata pelajaran tersebut.

✎ Sediakan segala peralatan untuk menulis (pensil 2B siap diraut tajam – 2 batang, pemadam – 2 butir, peraut pensil – 1 & pastikan tajam bagi mengelak pensil patah berulang kali, pembaris – 1 batang pendek dan sebatang lagi yang panjang, pen – 2 batang dan set geometri – jika perlu dan lain-lain. Letakkan ditempat yang senang diambil dan mudah diingati.

✎ Mohon ibu bapa guru-guru dan rakan-rakan doakan kejayaan anda.

✎ Tidur seawal pukul 9.00 malam bagi membenarkan otak memproses semua maklumat yang anda imbas sebentar tadi. Pastikan anda tidur secukupnya untuk memberi kesegaran pada hari esoknya.

✎ Bawa bekal air kosong. Air kosong sangat membantu kesegaran dan kecerdasan otak.

✎ Pastikan sampai awal ke sekolah. Usah berbincang sebelum masuk dewan Peperiksaan.

✎ Dengar arahan daripada guru betul-betul. Pastikan baca arahan pada kertas soalan.

✎ Ambil masa untuk imbas dahulu semua soalan-soalan yang keluar.

✎ Baca soalan sampai habis sebelum mula menjawab. Fahamkan arahan yang diberikan itu. Mungkin ada soalan yang wajib dijawab.

✎ Terus catatkan formula atau kata kunci penting agar tidak terlupa pada kertas kosong yang disediakan.

✎ Beri masa untuk semak setiap jawapan. Sediakan masa dalam lima minit terakhir untuk menyemak semula jawapan.

 


PANDUAN UNTUK TERUS CERGAS SEMASA MENGHADAPI PEPERIKSAAN

💣 Tarik nafas – Duduk secara tegak dan tarik nafas dalam-dalam supaya banyak oksigen dapat masuk ke tubuh untuk menghasilkan tenaga.

💣 Tidur yang cukup – Tidur sekurang-kurangnya 7 hingga 8 jam sehari.

💣 Pilih suasana yang selesa dan tenang- belajar di tempat yang mempunyai cahaya yang cukup dan berehat sebentar di luar untuk mendapat cahaya semula jadi.

Semoga dengan perkongsian kami ini dapat membuka mata Calon-calon UPSR terutamanya anak-anak murid kami tentang kepentingan Keputusan Percubaan UPSR. Semoga tips-tips menghadapi Percubaan UPSR dapat digunakan oleh Calon-calon UPSR 2019.

Spread the love