Tips Cemerlang Dalam Matematik UPSR
Kalau matematik je kebanyakkan pelajar teringat ‘SUSAH LAH’ …
Adakah matematik ini susah sangat sampai dibenci oleh pelajar…
Bukan!!! kalau adik-adik faham cara dan kaedah yang betul untuk menjawab matematik boleh dapat ‘A’ dalam UPSR.
JOM kita tengok tips bagaimana skor ‘A’ dalam Matematik UPSR
Tingkatkan Kemahiran Mengira
Kebolehan mengira dengan baik adalah salah satu kebolehan yang amat perlu untuk skor A. Semua murid perlu menguasai fakta asas dan mengetahui cara pengiraan cepat supaya dapat menjawab dengan lebih baik.
Latih tubi Soalan-soalan UPSR Sebenar Tahun-tahun Sebelum
Menjawab soalan-soalan sebenar UPSR tahun-tahun sebelum banyak membantu murid menguasai kemahiran menjawab.
Latih Diri Menjawab dalam Tempoh 1 jam
Biasakan membuat latihan menjawab soalan lengkap dalam tempoh 1 jam iaitu masa sebenar menjawab dalam UPSR.
Jawab Soalan Mudah Terlebih Dahulu
Lihat soalan seimbas lalu untuk mengenal pasti soalan yang mudah dan boleh dijawab terlebih dahulu. Jangan menjawab mengikut urutan nombor kerana akan menyebabkan banyak masa terbuang sekiranya soalan tersebut susah.
Menjawab Mengikut Apa yang Ditanya
Buat pengiraan mengikut apa yang ditanya dalam soalan. Elakkan mengira sesuatu yang tidak perlu kerana boleh menyebabkan tidak cukup masa.
Gariskan Maklumat dan Kata Kunci
Di dalam setiap soalan terdapat maklumat dan kata kunci yang diberikan. Gariskan setiap maklumat yang penting dan kata kunci yang menentukan operasi terlibat.
Untuk dapatkan lebih banyak perkongsian tentang Matematik UPSR boleh join di: Exclusive Class Funtastic Matematik UPSR