Tip Menjadi Pendidik Yang Disukai Pelajar

APPROACH BEYOND EXPECTATION

Seandainya kita imbau kembali saat-saat manis waktu belajar dahulu. Pastinya anda semua mengingati pendidik/guru/cikgu/pensyarah/tutor yang akan sentiasa berada di hati kita sampai bila-bila.

Namun, ada juga pendidik yang terus luput dari ingatan seseorang pelajar walaupun bukan itu kehendak mereka.

Contohnya;

Siapa Guru Bahasa Melayu kita Tahun 5?

Siapa yang mengajar kita Matematik Tingkatan 2?

Siapa yang mengajar kita Al-Quran hingga khatam?

Siapa pula yang mengajar kita subjek Geografi dan Kemahiran Hidup Tingkatan 3?

Siapa pensyarah-pensyarah yang mengajar semasa kita di semester 3 di kolej/universiti?

Ingatkah kita siapa guru disiplin semasa sekolah menengah?

Siapa pula yang pernah mengajar kita tuisyen?

Realitinya, tidak semua pendidik yang pernah mengajar kita, kita dapat ingat kesemuanya.

Jika ada pendidik yang kita masih ingat, Alhamdulillah pendidik tersebut berada dalam minda dan hati (dan doa) pelajarnya.

Dalam sesi perkongsian yang saya jalankan, hampir 95% akan mengatakan guru/pensyarah/pendidik yang sentiasa kekal dalam hati dan minda mereka adalah disebabkan:

1. Approach/pendekatan
Pendekatan yang digunakan seperti suka bercerita, teknik belajar yang mudah, Teknik Visual-Auditori-Kinestetik dan lain-lain

2. Ilmu

Tidak dinafikan mempunyai banyak ilmu amat penting bagi seorang pendidik. Apa yang lebih penting adalah teknik untuk menyampaikannya.

3. Karakter

Karakter seorang pendidik itu juga mudah diingati seperti seorang yang tegas, penyayang, garang, pernah mendenda pelajarnya.

Kebiasaanya, semua pendidik mempunyai banyak maklumat dan ilmu. Namun, tidak semua dapat menyampaikannya dengan baik.

Ini merupakan asas untuk menjadi Tutor ‘Beyond Expectation’ yang akan sentiasa berada dalam hati dan minda para pelajarnya.

Perubahan yang positif dan kejayaan walaupun sedikit akan menjadi obor pembakar semangat dan inspirasi kepada mereka untuk terus mendidik ‘di luar jangkaan.

 

 

Coach Mohd Noor

Founder CMN Academy

Spread the love