TIP FOKUS KETIKA BELAJAR
Mencari & Mendapatkan FOKUS semasa melakukan sesuatu terutamanya semasa belajar amat penting agar hasil yang kita inginkan tercapai. Namun, bukan mudah untuk kita dapatkan FOKUS. Bagi pelajar, tentulah masalah fokus adalah masalah yang kerap dilalui di dalam kelas. Ramai pelajar hanya dapat fokus ketika belajar hanya untuk beberapa minit atau setengah jam di awal pembelajaran sahaja. Selebihnya akan teralih kepada perkara-perkara lain di sekeliling mereka. Setuju bukan?
Itu baru di sekolah. Belum lagi di rumah. Jika di dalam kelas pun sukar hendak fokus ketika guru sedang mengajar, apatah lagi jika belajar berseorangan di rumah atau secara berkumpulan bersama rakan. Masa mungkin banyak terbuang dengan berbual kosong, leka melayan media sosial seperti instagram dan tiktok, selain menonton video di Youtube.
Tidak fokus ketika belajar boleh menjadi punca kegagalan mendapat keputusan peperiksaan yang baik. Untuk mengatasi ‘mimpi ngeri’ ini, alangkah bagusnya kita muhasabah diri dan dapatkan jalan penyelesaian untuk fokus ketika belajar sebelum terlambat.
Bagaimana caranya untuk kembalikan FOKUS semasa belajar?
TIP FOKUS KETIKA BELAJAR – HOME TUITION MALAYSIA
- Cari teman belajar yang sesuai:
Pilih rakan yang lebih bijak daripada anda. Atau pilih rakan yang rajin & bersungguh nak belajar. Lebih banyak yang rakan dan anda tahu serta kongsikan bersama, lebih banyak ilmu akan perolehi. Jangan pilih rakan yang lebih suka berborak daripada mengadap buku ketika belajar.
- Lengkapkan bahan-bahan belajar:
Pastikan semua alatan seperti pen, pembaris, kalkulator dan sebagainya telah disediakan sebelum memulakan sesi belajar. Jika tidak sedia awal, boleh mendatangkan masalah hilang fokus ketika belajar sebab baru nak cari barang yang perlu.
- Cari makanan sampingan yang berkhasiat:
Anda boleh belajar sambil makan atau minum sesuatu. Ini akan membantu anda untuk belajar dengan tenang dan seterusnya boleh fokus dengan mudah, juga boleh elakkan mengantuk bagi sesetengah orang. Jenis makanan dan minuman yang anda pilih biarlah sesuatu yang berkhasiat seperti kekacang dengan susu atau jus buah.
- Cari tempat belajar yang selesa:
Pastikan tempat belajar anda sentiasa bersih, kemas dan selesa. Jika tiada kerusi, belajar di atas lantai dengan berlapikkan tikar pun sudah memadai. Asalkan persekitaran anda bebas dengan televisyen, komputer atau apa jua jenis gajet yang boleh mengganggu fokus belajar nanti.
- Pastikan ada waktu rehat:
Anda tidak boleh belajar sepanjang masa atau dalam satu waktu yang panjang tanpa berehat langsung. Ini boleh menyebabkan berlakunya stress dan seterusnya menghilangkan keseronokkan untuk belajar.
Pembelajaran juga jadi kurang berkesan kerana letih dan bosan. Jangan terlampau tekun belajar tanpa memikirkan dari segi lain iaitu kesihatan diri.
Namun, jangan pula mengambil masa lama untuk berehat sehingga hilang semangat untuk belajar. Biasanya ambil rehat dalam 5 minit di tengah 1 jam atau 2 jam kita belajar.
- Postur tubuh ketika belajar:
Duduk dengan selesa ketika belajar. Jangan baring, menongkat dagu dengan lengan atau melentokkan kepala di atas meja kerana semua ini akan menyebabkan anda mengantuk dan tertidur, juga boleh sakit badan dan lenguh.
- Minum air dengan secukupnya:
Neuron dan bahagian otak akan beroperasi dengan aktif ketika proses pembelajaran berlaku. Apabila otak hilang air dan oksigen, seseorang itu akan mudah berasa mengantuk dan letih, seterusnya hilang fokus. Boleh juga sediakan air bersama ketika belajar.
- Jangan kurang tidur:
Jika tubuh tidak dapat rehat yang secukupnya, anda akan mudah letih dan mengantuk ketika belajar. Dapatkan tidur yang cukup dan berkualiti.
- Beri kata-kata positif kepada diri sendiri:
Sentiasa pujuk diri supaya tidak malas dan sentiasa mahu belajar. Ingatkan diri bahawa kejayaan dalam hidup bukan sesuatu yang mudah untuk diperolehi. Setiap hasil perkara yang kita inginkan perlu dilakukan dengan usaha diri sendiri. Apabila ada semangat dalam diri, anda akan mudah fokus ketika belajar.
Semoga bermanfaat dan selamat belajar!
Bagi ibu bapa yang berminat untuk tutor ke rumah bagi bantu dan teman anak anda belajar,
Maklumat lanjut berkaitan Home Tuition & Online Tuition