TERBARU- Bengkel Funtastic SPM Percuma Tajaan University of Cyberjaya (UOC)

Masih ada yang prihatin mengenai anak-anak pelajar SPM di saat kita dilanda Virus Covid-19. Inilah yang terdetik di dalam minda saya. Usahama yang diadakan oleh CMN Academy dan University of Cyberjaya (UOC) ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar SPM 2021 berkaitan persediaan menghadapi peperiksaan pada awal Januari 2021 kelak.

University of Cyberjaya adalah salah satu Institusi Pengajian Tinggi Swasta yang mendapat pengiktirafan ‘five (5) Star University’ di Malaysia.

Universiti ini terletak di Cyberjaya dan dilengkapi dengan kemudahan serba moden seperti ruang belajar yang kondusif, peralatan makmal yang lengkap dan ‘green friendly-campus’ yang pertama di malaysia.

University of Cyberjaya adalah salah satu Institusi Pengajian Tinggi Swasta yang mendapat pengiktirafan ‘five (5) Star University’ di Malaysia.

Universiti ini terletak di Cyberjaya dan dilengkapi dengan kemudahan serba moden seperti ruang belajar yang kondusif, peralatan makmal yang lengkap dan ‘green friendly-campus’ yang pertama di malaysia.

Suasana di dalam UOC

Fokus utama universiti ini adalah untuk melahirkan pelajar ‘Medic’ dan ‘Health Sciences’. Namun, terdapat juga kos lain seperti bidang IT, dan Akaun. UOC telah melantik CMN Academy sebagai Rakan Strategik Pendidikan baginya.

Jadi, usaha murni UOC untuk menawarkan Sekolah-Sekolah Harian, Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Sekolah-Sekolah Swasta bagi mendapatkan pembelajaran Funtastic KBAT SPM melalui CMN Academy yang bakal menghadapi SPM 2021.

Sesi Perbincangan bersama Tuan Rasyid, wakil dari University of Cyberjaya

 

Surat MOU Funtastic KBAT SPM 2021 antara CMN Academy & University of Cyberjaya.

 

KBAT STEM bukanlah sesuatu yang baru pada abad ke 2020. Gaya penyampaian Funtastic juga adalah berbeza. Jadi, CMN Academy juga turut serta ambil peluang bagi menyampaikan pembelajaran ini secara Funtastic Online.

Ianya bakal di terajui oleh Tutor-Tutor Profesional yang sememangnya telah lama bergiat dalam bidang pendidikan seiring dengan perubahan yang telah dilakukan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) terutamanya ketika kita dalam krisis dan PKP.

Banyak usaha yang telah dilakukan secara berterusan oleh CMN Academy sewaktu PKP antaranya Kelas Online Secara Percuma, Funtastic Online, Special Funtastic Class (SFC) dan banyak lagi.

Apa kelebihan Funtastic Online ni?

Ini adalah usaha yang diketengahkan untuk beri pendidikan secara berterusan agar tiada pelajar yang tercicir dalam pelajaran.

 

Seminar Funtastic Online Add Math bersama Tutor Raj

 

Seminar Funtastic Online Kimia Oleh Cikgu Ruzana

 

Seminar Best Online Akaun Oleh Cikgu Akin

 

Seminar Funtastic Online Bahasa Melayu  SPM Oleh Cikgu Muna

 

Seminar Funtastic Online Biology  SPM Oleh Cikgu Zanna

Seminar Funtastic Online English  SPM Oleh Teacher Seri

 

Antara Feedback Dari Pelajar dan Ibu Bapa  Pelajar Yang Mengikuti Kelas Funtastic Online

 

Kini, kelas Funtastic KBAT SPM pula diperkenalkan dengan pembelajaran yang menarik. Bengkel ini akan dijalankan sama ada secara offline atau online.

Jadi, CMN Academy amat mengalukan jemputan dari pihak sekolah untuk ke langkah yang seterusnya.

Untuk Guru atau sekolah yang berminat boleh klik link:

Bengkel Online SPM PERCUMA

 

 

Spread the love