Teknik Visual Untuk Memahami Topik Pecahan Dalam Matematik

Semoga perkongsian ringkas ini memberikan manfaat kepada mereka yang baru nak belajar pecahan.

 

Soalan ini umumnya mudah.

Tetapi penambahan pecahan adalah tidak semudah seperti menambah 2 + 3 = 5.

Dan itu sebab nya, kesilapan umum yang sering dilakukan adalah dengan menambah penyembut dan pengangka secara terus, dimana 
1+1 = 2 dan
2+3 = 5 maka

1/2 + 1/3 = 2/5.

Ini adalah kesalahan umum yang sering dilakukan.

 

 

 

Dan apabila tiba diperingkat ini, masalah yang timbul adalah;

1. Mengapa pecahan 1/2 didarabkan dengan 3
2. Mengapa pula pecahan 1/3 didarabkan dengan 2?
3. Mengapa penyebut perlu sama?

Untuk memberikan pemahan secara visual, penggunaan rajah ringkas adalah amat menarik untuk merungkai misteri ini.

 

Dimulakan dengan melukis dua rajah Segiempat tepat.

 

 

Pastikan kedua dua rajah TIDAK dibahagikan secara mengufuk ataupun secara mencancang.

Kalau 1/2 diwakili dengan melukiskan garisan mencancang, maka pecahan 1/3 harus dilukis dengan garisan mengufuk. Kemudian lorekkan kawasan yang mewakili pecahan tersebut.

 

Gabungkan kedua kedua rajah ini.

 

Sumber: Tutor Rajinder

Spread the love