Takwim Persekolahan dan Tarikh Peperiksaan Penting UPSR, PT3, SPM 2019

Takwim ini bagi kegunaan ibu bapa, pelajar serta pendidik supaya dapat merancang pelbagai aktiviti yang ingin diadakan pada tahun 2019 dengan lebih awal supaya pelbagai persiapan dapat dilakukan dengan lebih baik.

Pendidik dan sekolah juga dapat memilih tarikh yang bersesuaian untuk merancang PdPc serta aktiviti yang berkaitan.

Takwim peperiksaan tahun 2019 juga telah dikeluarkan oleh pihak KPM melalui Bahagian Pengurusan Sekolah Harian BPSH.

Bagi tahun 2019, SPM ulangan akan bermula pada 4 Jun bagi ujian Lisan dan 18 Jun bagi Ujian Bertulis. Mereka yang berminat untuk menduduki SPMU ini boleh merujuk kepada PPD atau JPN masing masing.

Bagi tahun 2019, SPM ulangan akan bermula pada 4 Jun bagi ujian Lisan dan 18 Jun bagi Ujian Bertulis. Mereka yang berminat untuk menduduki SPMU ini boleh merujuk kepada PPD atau JPN masing-masing.

Bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah UPSR 2019,  bermula pada hari Khamis iaitu 19 September 2019 mungkin mengikut format tahun ini iaitu bermula dengan kertas Bahasa Cina dan Bahasa Tamil. Bagi SK bermula pada 23 September 2019 iaitu pada hari Isnin hingga khamis.

Bagi Pentaksiran Tingkatan 3, Pentaksiran Pendidikan Kesenian bermula pada 28 Januari 2019 hingga 12 Julai 2019. Ujian Lisan bermula pada 1 Ogos bagi bertutur dan mendengar bermula pada 19 Ogos. Ujian Bertulis bagi PT3 bermula pada 17 September 2019.

Pentaksiran Asas Vokasional bermula pada 30 September 2019, STAM Sijil Tinggi Agama Malaysia bermula pada 15 Oktober 2019. Sijil Pelajaran Malaysia pula SPM 2019 bermula pada 4 November 2019 hingga 4 Disember 2019. STPM pula bermula pada 8 Mei bagi semester 2 2019, 4 November bagi semester 3 2019 dn 18 November bagi semester 1 2020.

Berikut merupakan panduan dan tarikh peperiksaan 2019 awam bagi persekolahan di Malaysia.

Boleh klik di sini: Tarikh Peperiksaan 2019 

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebagai kementerian yang bertanggungjawab membuat perancangan Jadual Persekolahan telah pun mengeluarkan Takwim Persekolahan bagi sesi 2019. Takwim ini merupakan jadual persekolahan berserta cuti sekolah yang telah disusun mengikut kesesuaian bagi tahun 2019.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebagai kementerian yang bertanggungjawab membuat perancangan Jadual Persekolahan telah pun mengeluarkan Takwim Persekolahan bagi sesi 2019. Takwim ini merupakan jadual persekolahan berserta cuti sekolah yang telah disusun mengikut kesesuaian bagi tahun 2019.

Istimewa untuk ibu bapa dan pelajar, dapatkan kertas percubaan peperiksaan secara percuma :

Download Kertas Percubaan UPSR

Download Kertas Percubaan PT3

Download Kertas Percubaan SPM

Mohon SHARE untuk manfaat bersama 😃

Info: Sumber Pendidikan & Pendidik2u.my

Spread the love
  • 327
    Shares