Taklimat KPM : Tiada Lagi Peperiksaan & Pelaksanaan Pentaksiran Tahap 1
Kami ingin berkongsi berkaitan taklimat dari Kementerian Pendidikan Malaysia, bahawa mulai tahun 2019, bentuk pentaksiran bagi murid Tahap Satu (Tahun Satu, Dua dan Tiga) di semua sekolah rendah akan bertumpu kepada perkembangan pelajaran murid atau berorientasikan pembelajaran dan bukan lagi berorientasikan peperiksaan.
YBhg Datuk Dr Amin Senin, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia mengumumkan peperiksaan bagi murid Tahap Satu akan dimansuhkan bermula tahun depan dan akan digantikan dengan sistem pentaksiran yang lebih objektif.
Berikut merupakan pelaksanaan pentaksiran bagi Tahap 1 bermula pada tahun 2019.
Kesimpulannya, pembelajaran tahap 1 adalah tertumpu kepada murid, rasa seronok untuk belajar, pelajaran bermakna, membina kemahiran – kemahiran seperti kemahiran komunikasi, kemahiran berpikiran kreatif, dan sahsiah murid serta ada penerapan nilai kasih sayang dalam diri dan juga penumpuan pembelajaran tahap 1 ini adalah kepada kemahiran membaca, menulis, dan mengira.
Namun ibu bapa perlu sentiasa monitor perkembangan pembelajaran anak-anak agar mereka tidak ketinggalan apabila memasuki ke tahap yang lebih tinggi selepas itu.
“Yakin Sebelum Berjaya”
p/s: jemput tonton Kisah Benar berkaitan pengasingan kelas