Posts

Masalah Lambat Mengira: SAYA TAK TAHU CONGAK, CIKGU.

HARI ini Cikgu terpanggil untuk berbicara tentang subjek Matematik. Hasil dari pemerhatian kepada 3 orang Murid Tahun 6 yang telah Cikgu ajarkan Matematik dalam minggu ini, Cikgu dapati jelas kelemahan yang utama murid-murid ini gagal untuk mendapat markah yang baik dalam kertas Peperiksaan Matematik adalah kerana lambat mengira atau TIDAK TAHU CONGAK.

Congak ialah satu kaedah pengiraan yang hanya menggunakan otak manusia, tanpa bantuan kalkulator, komputer, atau pen dan kertas. Kita sering mendengar orang berkata, “I just did it in my head,” apabila menceritakan bagaimana proses pengiraan dilakukan. Inilah yang disebut pengiraan mental atau Congak.

Secara praktikalnya, congak bukan sahaja membantu apabila tiada alat pengiraan, tetapi ia juga membantu dalam keadaan pengiraan cepat mesti dilakukan. Apabila sesuatu kaedah dibuat dengan lebih pantas dari kaedah konvensional (seperti yang diajar di sekolah), ia dipanggil kaedah pendek. Walaupun tujuan utamanya ialah untuk mempercepatkan pengiraan, Congak juga dipraktikkan dan ditambah dengan helah-helah untuk menunjukkan kemahiran pengiraan pantas.

Terdapat banyak teknik berbeza untuk melakukan congak, kebanyakannya adalah khusus untuk jenis-jenis masalahnya.

 

MENGAPA MASIH TIDAK TAHU CONGAK?

  1. TIDAK SUKA MENGIRA MENGGUNA OTAK

Sesetengah Murid yang cikgu perhatikan tidak mahu mengira dengan otak… Mereka lebih suka menggunakan jari atau kalkulator… Fungsi Otak disimpan untuk membuat perkara yang lain yang tidak mendatangkan faedah. Tak percaya cuba tanya anak anda 25 – 7 berapa ? Anda akan mula melihat jari-jari bergerak mengira nombor yang dalam beberapa saat Anda dah dapat jawapannya 18..

  1. TIDAK DIBIASAKAN MENCONGAK

Kebanyakan guru tidak mahu anak murid membuat silap semasa menjawab soalan… Ada salah seorang murid yang cikgu ajar memberitahu cikgunya mengajar mengira menggunakan garis-garis kecil untuk menambah dan menolak…

Perkara ini memberi ruang pada anak murid ini tidak menggunakan kemampuannya mengira atau berlatih mengira menggunakan otak.. Langkah mengira menggunakan garis-garis kecil lebih mudah baginya berbanding perlu membuat pengiraan mental atau CONGAK.

  1. TIDAK SERONOK MENGIRA

Zaman Cikgu kecil dahulu bila dapat jawab soalan congak guru dengan cepat adalah satu kebanggaan.. Tapi zaman sekarang perkara itu sudah tidak dibanggakan oleh murid-murid lagi… Mereka lebih berbangga mempunyai Folowwer Instagram yang lebih ramai..

Ibu bapa pula tak ambil kisah dengan perkembangan ini menyebabkan kelemahan ini semakin ketara apabila meningkat usia.. Maka lahirlah generasi yang tidak seronok mengira…

  1. MALAS MENGIRA

Ini penyakit yang paling sukar nak ubati. Ada murid yang cikgu dapati nak mengira pon dia malas.. Kalau boleh dia nak jawapan tu datang sendiri je.. tak perlu mengira..

Keadaan ini menyebabkan masalah lemah Matematik ini tetap tidak dapat diselesaikan walaupon telah memasuki Sek Menengah.. Sebagai murid anda perlu menghadapi masalah ini, anda perlu berubah menjadi yang lebih baik dan selaku Ibu bapa galakan anda amat diperlukan untuk membangkitkan RAJIN MENGIRA dalam diri anak anda.

 

BAGAIMANA UNTUK MENCONGAK?

Contoh seperti gambar di atas, untuk memudahkan anak – anak mencongak 2 nombor, boleh menggunakan kaedah seperti ini.

Manakala untuk mencongak dari segi masa pulak, anak – anak boleh menggunakan teknik diatas bagi memudahkan mereka untuk mencongak dalam mengira masa.

MENGAPA ANAK PERLU CONGAK?

  • Untuk meransang OTAK anak cekap mengira.
  • Kaedah congak antara kaedah terbaik melatih otak dan kecerdasan anak-anak.
  • Masih ramai murid tahap dua (Tahun 4-6) membuka jari untuk mengira 6+8, 18+5 ( hasil tambah yang nilainya lebih dari 10). Terpaksa membuka jari bermaksud mereka kena kira satu-satu. Lambat!
  • Matematik itu berkait rapat dengan ketepatan dan ketangkasan (cepat). Tepat dan cepat!
  • Ramai murid gagal menjawab semua soalan dalam peperiksaan BUKAN KERANA mereka tak dapat jawab, tetapi kerana MEREKA LAMBAT MENGIRA.
  • Jadi, biasakan diri soal anak soalan mudah setiap hari.
  • Tidak perlu suruh mereka tulis dan kira dalam buku pun, cukup hanya dengan mereka jawab spontan sahaja.

Credit : Fb – Personal Home Tuition Cikgu Shahrul | Blog – azimatmate.blogspot.com

Berhenti Home Tuition Kerana Tuisyen Sekolah! Lihat Kenapa Puan Ini Dapatkan Kembali Home Tuition Untuk Anaknya Dan Dapat Keputusan Cemerlang.

‘”Anak saya dapat 4A dalam percubaan UPSR!”

Selamat sejahtera Tuan dan Puan, hari ini kami ingin menceritakan kisah seorang ibu yang bernama Puan Wana yang mengambil perkhidmatan home tuition untuk anaknya.

Puan Wana merupakan seorang suri rumah  manakala suaminya berkerja sehingga waktu petang.

Sebelum ini Puan Wana telah mengambil perkhidmatan home tuition juga di CMN Academy, tetapi Puan Wana telah berhenti mengambil home tuition kerana beliau dapat tahu bahawa di sekolah anaknya mempunyai tuition tambahan selepas waktu sekolah.

Setelah berhenti Home Tuition, Puan Wana berkata bahawa prestasi anaknya di sekolah makin lama makin menurun dan keputusannya tidak meningkat, sehinggakan anaknya mendapat 1A 2B 1C 1D dalam exam yang lalu. Selepas itu, Puan Wana telah menghubungi pihak CMN Academy kembali untuk mengambil semula perkhidmatan home tuition untuk anaknya.

Home Tuition vs Tuisyen Sekolah

Oleh itu, anak Puan Wana berkata bahawa perbezaan antara home tuition dengan tuition di sekolah amat berbeza kerana di sekolah susah untuk berkomunikasi dengan guru kerana guru perlu melayan pelajar yang lain, berbeza dengan home tuition mudah untuk berkongsi pendapat dan bertanya soalan dengan mudah bersama tutor kerana ianya ‘face to face’ bersama tutor. Puan Wana pun bersetuju dengan anaknya kerana ianya lebih mudah untuk belajar dan ulang kaji bersama selain di sekolah sahaja.

Baca lagi: 5 Tip Belajar Di Rumah Dengan Efektif

Akhir Sekali, selepas Puan Wana mengambil perkhidmatan home tuition dengan pihak CMN Academy, beliau memberitahu kami bahawa prestasi anaknya meningkat dan dapat mencapai keputusan yang amat cemerlang dalam Peperiksaan Percubaan UPSR! Puan Wana berkata bahawa anaknya mendapat 4A 1B dalam exam percubaan UPSR.

Puan Wana juga memberi sedikit kata-kata, beliau berkata sekiranya ibu bapa yang berkemampuan disarankan mengambil perkhidmatan home tuition untuk anak-anak mereka kerana lebih mudah untuk faham dan mudah untuk berkomunikasi bersama Tutor.

Sekiranya tidak dapat mengambil semua subjekt tidak mengapa, Puan Wana juga hanya mengambil subjek anaknya yang lemah sahaja.

 

Kami Di CMN Academy ingin mengucapkan terima kasih kepada Puan Wana kerana menggunakan perkhidmatan home tuition kami dan memberikan feedback yang amat baik dan positive kepada kami dan masyarakat yang lain.

Untuk info lanjut mengenai Home Tuition untuk anak anda, boleh tekan button di bawah

Mudahnya Untuk Berjaya Dalam Akademik

MUDAHNYA UNTUK BERJAYA DALAM UPSR!!
 
Selalu tak berlaku macam ni pada anak Tuan Puan ?
•Dah ulangkaji banyak kali tapi lupa jugak
•Susah betul nak fokus bila cikgu mengajar dalam kelas
•Mudah mengantuk dan lemau
 
So macam mana nak cemerlang bila EXAM nanti?!
 
NAK GAGAL ATAU NAK LULUS NI??
 
Best tak bila dapat macam ni….
1) Mudah ingat apa yang diulang kaji
2) Boleh fokus dalam kelas
3) Bertenaga & Cergas sentiasa
4) Petah bercakap
5) Cekap metematik
6) Rajin belajar
Baru la syok nak berjaya
 
INGIN BELAJAR DENGAN LEBIH MUDAH, FOKUS, FLEKSIBEL DI RUMAH?
 
Adakah anda ingin memperelokkan keputusan yang cemerlang dalam UPSR,PT3 & SPM?
 
Kami ingin membantu anda dengan menyediakan pakej belajar dirumah..
 
Anda akan dapat belajar dengan lebih MUDAH & FOKUS.
 
Anda juga boleh menetapkan masa dan ia adalah FLEKSIBEL.!
 
BERMINAT??
————–
>>>Ikuti langkah ini:
.
Sms/Whatsapp ‘Home Tuiton Mentoring’ ke +601115775761 (wahidah) segera!!!
.
.
Doakan agar kita semua akan mendapat keberkatan daripada pembelajaran, Amin.. :)

Apakah Pembelajaran Yang Mampu Membantu Pelajar UPSR Belajar Dengan Mudah & Seronok?!

Pembelajaran Pada Abad Ke – 21 hari ini kurang ditekan kan kepada para  ibu bapa mahupun segelintir Tutor tidak mengetahui mengenai pembelajaran tersebut.

Beberapa tahun lepas bermulanya Pembelajaran Abad Ke 21 di setiap sekolah rendah mahupun sekolah menegah di seluruh Malaysia.

Perbezaan pembelajaran tersebut terbukti memberi kesan kepada sekolah, ibu bapa dan juga guru-guru di sekolah.

Hal ini, kerana  dengan Pembelajaran Abad Ke 21 ini, pelajar akan lebih berkeyakinan dalam pembelajaran, menambahkan kemahiran sosial serta komunikasi dan pelbagai kemahiran lain.

Di samping itu, pembelajaran melalui ‘Online Learning’  yang telah mula diamalkan di Malaysia termasuk di CMN Academy sendiri, telah menerima pandangan yang positif kerana pembelajaran online juga telah mula digunakan oleh sesetengah pendidik.

Kami juga telah melakukan survey dengan para ibu bapa untuk bertanya mengenai Tuisyen, STEM, Pembelajaran Abad Ke 21 dan Pembelajaran Online dan ia telah menarik perhatian ibu bapa tentang pembelajaran online tersebut yang masik kurang diaplikasi di Malaysia.

Seterusnya, CMN Academy telah mengeluarkan beberapa modul di bawah rangkaian jenama ‘Funtastic’ yang telah mendapat pengiktirafan daripada National STEM Movement yang terdiri daripada guru & ahli pendidikan serta memenangi beberapa Anugerah Inovasi di UIA & UKM.

Kandungan modul tersebut amat menarik dan boleh menjadi tarikan minat anak-anak mahupun pelajar, untuk belajar melalui visual yang menarik dan pelbagai aktiviti yang mudah.

Modul Funtastic ini dapat memberikan impak yang tinggi kepada pelajar UPSR dan juga kepada guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Modul Funtastic mengamalkan konsep belajar dengan seronok kerana kebanyakan pelajar minat dengan  Aktiviti dan Visual yang menarik.

Selain itu, kami telah menyertai pameran di International Conference Of ProSet Education 2018  di Unisel dan Modul Funtastic tersebut mendapat feedback yang baik dan positif daripada perserta persidangan tersebut yang terdiri daripada pensyarah, guru serta Pegawai JPN & PPD.

Selain itu, kami sempat menemuramah seorang guru Sains dari Kuala Selangor yang telah mendapatkan Modul Funtastic Sains & Matematik.

Beliau menyatakan bahawa Modul Funtastic tersebut dapat memberi kesan yang positif dalam Pembelajaran Sains

Jom ikuti perkongsian guru ini:-

Untuk maklumat lanjut mengenai Modul Funtastic, boleh whatsapp ke 011-32742922 (Cik Puan Zalikha) atau klik FUNTASTIC .

6A Percubaan UPSR. Tahniah Adik Aishah!

6A PERCUBAAN UPSR!! WOW & TAHNIAH ADIK AISHAH!

Anak kepada Puan Feldatun ini bertukar sekolah semasa tahun 6 dan adik ini amat aktif dengan aktiviti sekolah… tapi boleh dapat 6A dalam Percubaan UPSR baru-baru ini dari peperiksaan pertengahan tahun dapat 3A.

Apa rahsianya??

Adik Aishah belajar di rumah secara personal bersama tutor CMN Academy.

Puan Feldatun ada kongsikan sebab kenapa beliau ambil home tuition ekskusif ini untuk Aishah:

1- Supaya disiplin masa untuk study lebih terjaga.
2- Lebih fokus & tutor dapat beri tumpuan sepenuhnya kepada Aishah.
3- Bantu ibu bapa yang tak sempat atau tak dapat ajar anak.

Jom dengarkan lagi apa kata Puan Feldatun & Adik Aishah berkenaan home tuition bersama Cikgu Syida, home tutor CMN Education Group.

Untuk konsultasi PERCUMA dan perkhidmatan HOME TUITION, boleh whatsapp 011-15775761

 

#CMNAcademy
#feedback
#hometuition
#6AUPSR
#ImpactResults