Posts

Kelebihan Tuisyen Di Rumah Atau Home Tuition

Home tuition. Ia bukan perkara baharu, malah konsep ini sudah lama popular dan diterima dengan baik sekali oleh ibubapa terutama sekali di luar negara. Di Malaysia, konsep home tuition sudah mula diterima apabila impak positif serta kelebihannya sudah mula diperkatakan oleh ramai ibubapa.

Konsep home tuition ini mudah, iaitu cikgu tuisyen atau tutor akan datang ke rumah untuk mengajar anak-anak. Memang sangat berbeza dengan konsep tuisyen berbayar sebelum ini di mana ibubapa perlu menghantar anak-anak ke kelas atau pusat tuisyen.


Kelebihan #1 – Home Tuition Jimat Kos

Ia menjimatkan kos dari segi kos pengangkutan. Jika dulu ibubapa perlu hantar anak-anak ke kelas serta ke pusat tuisyen, dengan adanya tuisyen di rumah ini, guru atau tutor tuisyen yang akan datang ke rumah.

Ia nampak lebih ketara jimat apabila pusat tuisyen itu berada agak jauh dari kediaman. Kos makan-minum anak-anak semasa di tuisyen pun boleh dielakkan. Kan ke jimat kos tu?

Dan boleh juga buat tuisyen untuk kesemua anak dalam rumah di waktu yang sama.

Bayangkan, kalau setiap anak itu ada kelas tuisyen yang berbeza, lepas tu berlainan tempat kelas tuisyen pula.. banyak kos tu kena keluarkan. Jika buat pengiraan jangka panjang, memang akan dapat jimatkan banyak kos.

Kelebihan #2 – Lebih Selamat, Anak-Anak Depan Mata Tuisyen Di Rumah

Mungkin ada ibubapa yang berkeperluan untuk hantar anak-anak seawal umur 7-8 tahun ke kelas tuisyen untuk kukuhkan matapelajaran tertentu yang belajar di sekolah. Aspek keselamatan pastilah paling utama untuk anak-anak seumur ini.

Home tuition lebih selamat kerana anak-anak boleh dipantau dan dilihat sepanjang masa di hadapan ibubapa, berbeza dengan di kelas atau pusat tuisyen yang ada waktu rehat atau waktu antara hantar-ambil anak di kelas tuisyen.

Kelebihan #3 – Guru Atau Tutor Lebih Dipercayai

Tuisyen di rumah ini lebih bersifat personal di mana ibubapa secara tidak langsung akan mengenali tenaga pengajar lebih dekat. Maka kepercayaan antara ibubapa anak akan wujud menjadikan guru atau tutor tuisyen lebih dipercayai.

Dengan adanya kepercayaan ini, akan mewujudkan suasana pembelajaran lebih baik, dan sebenarnya akan meningkatkan lagi tahap penerimaan anak-anak dalam kelas tuisyen di rumah.

Kelebihan #4 – Bantuan Belajar Secara Individu

Salah satu konsep tuisyen di rumah ialah pembelajaran atau pengajaran secara bantuan individu atau one-to-one. Seorang guru atau tutor tuisyen subjek tertentu boleh berikan komitmen untuk hanya seorang atau dua pelajar sahaja dengan lebih baik.

Pengajaran atau pembelajaran secara one-on-one dalam home tuition memang banyak kelebihan dan kebaikannya. Malah, ia sangat disarankan untuk anak-anak atau pelajar yang merupakan slow-learner. Mereka mempunyai keupayaan untuk belajar dan faham yang sedikit lambat.

Dengan adanya bantuan belajar secara individu ini, mereka akan dapat catch-up selain pengukuhan pemahaman terhadap subjek-subjek tertentu jadi lebih baik.

Perhatian penuh boleh diberikan oleh cikgu atau tutor yang mengajar.

Kelebihan #5 – Ikut Keperluan Dan Kehendak Individu

Bila seisi belajar atau ulangkaji itu dibuat secara individu, maka keperluan dan kehendak individu itu juga dapat dikenalpasti lebih baik. Ini bukan sahaja membantu tenaga pengajar tuisyen di rumah untuk berikan servis terbaik tetapi juga memberikan kelebihan untuk anak atau pelajar itu belajar dengan lebih baik serta lebih seronok.

Kadangkala ada kaedah belajar di sekolah tidak berapa dapat diterima oleh anak-anak ini sehingga menyebabkan mereka susah dan terasa sukar untuk faham. Mereka akan jadi fed-up dan cepat kecewa, kurang semangat yang akhirnya merugikan mereka.

Adanya home tuition, guru atau tutor boleh gunakan banyak teknik pengajaran lebih khusus, lebih menarik yang akan membantu pemahaman anak atau pelajar.

Kelebihan #6 – Waktu Tuisyen Lebih Fleksibel

Jika hantar anak ke kelas tuisyen, ibubapa perlu patuhi waktu kelas bermula. Berbeza dengan konsep home tuition ini yang waktu pembelajaran itu lebih fleksibel dan ditentukan oleh ibubapa mahupun pelajar. Ia akan nampak lebih mesra waktu senggang ibubapa dengan anak, dan dengan cara ini juga boleh mengelakkan anak cepat merasa bosan.

Kelebihan #7 – Belajar Ikut Keperluan/Kekurangan

Ada anak atau pelajar yang boleh mendapat keputusan peperiksaan serta pemahaman yang baik dalam subjek tertentu, tetapi kurang baik dalam subjek yang lain. Tuisyen di rumah tidak memerlukan silabus yang tetap, malah boleh berubah ikut keperluan dan kekurangan pada pelajar.

Guru atau tutor tuisyen boleh tumpukan kepada kelemahan pada pelajar tersebut. Jadi pelajar juga boleh belajar ikut keperluan dan perbaiki kelemahan pada subjek lain.

Kelebihan #8 – Tuisyen Di Rumah Lebih Selesa

Keselesaan adalah perkara penting kalau mahukan anak belajar dengan lebih baik. Tahap keselesaan pula tak sama. Ada anak atau pelajar yang suka belajar dalam suasana senyap sunyi, ada pula suka membuat ulangkaji dan menelaah pelajaran dengan kehadiran muzik lembut, dan ada pula lebih seronok untuk belajar jika ada teman.

Keselesaan seperti ini boleh diwujudkan dengan home tuition kerana ia melibatkan seorang dua anak atau pelajar. Berbeza dengan berada di kelas tuisyen yang telah ditetapkan peraturan tertentu selain perlu memenuhi keselesaan secara am untuk semua pelajar.

Kelebihan #9 – Boleh Tukar Tenaga Pengajar/Tutor Tuisyen

Ada beberapa syarikat yang sediakan servis menyediakan guru atau tutor tuisyen di mana ibubapa dan pelajar boleh pilih dan tukar jika didapati kurang sesuai. Anda tak boleh buat perkara ni di sekolah sesuka hati.

Sepertimana di sekolah, anak-anak ada guru kesukaan atau kegemaran mereka sendiri. Jadi, teknik sebegitu cuba dipraktikkan dalam kelas tuisyen di rumah. Pastinya jika anak mendapat perhatian daripada guru tuisyen yang mereka suka, prestasi dalam subjek pelajaran tertentu mesti akan nampak perubahan.


Jadi bagaimana?

Kami harap, anda dah pun tahu beberapa kelebihan dan juga kebaikan yang ada pada tuisyen di rumah atau home tuition ini.

Ia telah menjadi pilihan ramai ibubapa yang mempunyai masa yang terhad, dan sangat sibuk dengan kerjaya; tetapi pada masa yang sama mahukan pendidikan dan pelajaran anak mereka mendapat perhatian terbaik.

Tahap perkembangan pendidikan anak-anak sewajarnya dipandang serius ibubapa.

Adanya home tuition ini, ibubapa akan lebih terdorong untuk sama-sama dengan guru dan tutor tuisyen memastikan anak atau pelajar berjaya memperbaiki kelemahan yang ada terutama bagi subjek-subjek yang perlukan pemahaman yang lebih.

Kita berusaha, apapun semua usaha ini takkan dapat berjaya andai kita tak memastikan bahawa tindakan kita adalah kerana Allah S.W.T. Ilmu itu milik Allah, maka doakan agar usaha untuk pertingkatkan ilmu mendapat redha Allah.

[Tuisyen Online] Pelajar India Belajar Bahasa Arab?

Pelajar India belajar Tuisyen Bahasa Arab Secara Online?

Seorang pelajar india yang berusia 8 tahun yang tinggal di Pualau Pinang,  mempelajari Bahasa Arab? kerana di sekolah dia megambil ujian Bahasa Arab, Kenapa?

ibunya berkata bahawa anaknya minat dengan bahasa arab, dan ibunya tidak kisah sekiranya anaknya ingin mengambil subjek Bahasa Arab. Semasa di sekolah dia berkata agak susah untuk memahami Bahasa Arab tersebut kerana pelajar lain telah belajar basic Bahasa Arab semasa tahun 1.

Ibunya berkata ingin mengambil tuition, tetapi agak susah untuk mencari pusat tuition yang mengajar Bahasa Arab. Selain itu, ibunya ingin tuition di rumah dan kami mempunyai tutor yang berpengalaman di Selangor yang sangup untuk mengajar online untuk anaknya

Di sebab kan itulah dia mengambil online tuition untuk belajar basic Bahasa Arab bersama tutor yang berpegalaman dengan Bahasa Arab. Untuk kelas yang pertama tutor tersebut mengajar ayat ayat ringkas kepadanya kerana untuk lebih mudah faham.

Selepas beberapa kelas pelajar tersebut dapat bercakap Bahasa Arab sedikit demi sedikit dan mengalami peningkatan dalam pembelajaran.

Dengan kelas tuition online pelajar itu dapat belajar dengan tutor yang berpegalaman walau di mana pun mereka berada :)

 

Di sini kami menunjukan pembelajaran online tuisyen bersama dengan tutor Bahasa Arab :-

Untuk info lanjut boleh Whatsapp 011-32742922 atau terus layari https://cmnacademy.com/inginkan-tip-p…

Facebook: https://www.facebook.com/cmnacademyho…

Intagram: https://www.instagram.com/cmnacademy/

Seronoknya Join Program “Tutor Gathering”

Assalamualaikum dan salam sejahterah tuan dan puan. kami pihak CMN mengucapkan tahniah kepada para tutor kerana memilih menghadiri program “tutor gathering 2019” meskipon datang dari tempat jauh semata mata untuk ramah mesra bersama team CMN terutama bertemu dengan Coach Mohd Noor Mohd Tahir untuk memperbaiki diri dan memberi mafaat kepada semua.

3S ini sangat penting untuk kita menjalin hubungan sesama dan jadikan budaya semua

1. salam, mengucap salam apabila bertemu seseorang

2. senyum, ketika berjumpa seseorang , kita haruslah bersenyum dan senyum juga sebahagian pahala sedekah dan juga senyum ini dapat otot muka dapat menjadikan kita awet muda. jadi banyakkan bersenyum

3. sapa, sapa apabila sudah mengenal

Coach Mohd Noor Mohd Tahir telah menerangkan perkongsian apa persamaan “CMN” dengan “The Avengers”. point yang paling penting ialah ‘The Avengers’ bersatu padu untuk mengalah musuh atau bekerjasama untuk menyelamatkan dunia. sama seperti ‘CMN’ merupakan satu sistem di luar sekolah yang bekerjasama dengan pihak sekolah secara langsung atau tidak langsung kerana kami CMN memberi perkhidmatan hometuition.

Betapa pentingnya sikap kerjasama antara team terutama CMN dan para Tutor untuk mengendalikan atau peran yang di ambil untuk menjadi guru tuition dan kita sendiri adalah sebagai pelengkap disebabkan di sekolah kadang kadang guru tidak fokus semua pelajar, jadi kita seperti cadangan atau membantu murid yang kurang faham di sekolah dan kadang – kadang ibubapa sibuk dan susah untuk ajar anak anak, jadi ibubapa akan memerlukan hometuition untuk mengajar anaknya.

Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana menjayakan program “tutor gathering” dengan lancar dan kerjasama pihak tutor. kami harap tahun hadapan program ini akan lebih menyeronokkan dan meriah lagi dan juga harus menggekalkan hubungan Ukhwah kita bersama serta dapat merealisasikan misi dan visi kita sebagai perkhidmatan hometuition yang menjadi peneraju “hometuition mentoring” Malaysia.

“yakin sebelum berjaya”

#tutorgathering

#cmnacademy

#cmneducationgroup

#tutorprofessionalmalaysia

untuk menyaksikan lebih lanjut untuk lebih mendalam lagi pencerahan

 

 

Ingin Jadi Tutor Terbaik Bersama Kami?

Kami nak cerita pasal cikgu tuisyen Naqib :)

Cikgu Syaliza namanya..

Cikgu Syaliza ni specialize dlm subjek Math dan Sains.

Pendek kata, Math & Sains memang ‘makanan’ die

Sebelum sertai team tutor CMN, beliau pernah mengajar di pelbagai jenis sekolah antaranya sek men cina, sek men keb dan MRSM.

syaliza-beyond-home-tuition-johor-bahru

Pengalaman bertahun mengajar di sekolah benyak membantu beliau utk membimbing pelajar dari pelbagai kategori dan latar belakang.

Kini beliau lebih senang bergelar professional home tutor kerana waktu mengajar yg lebih fleksibel, disamping boleh membimbing pelajar dengan lebih santai dan berfokus di rumah.

Plus, dengan hanya mengajar 2 jam sehari, beliau mampu menjana pendapatan 4 angka sebulan bersama kami

Teringin nak jadi home tutor macam Cikgu Syaliza juga?

Jemput daftar di bahagian Pendaftaran Tutor.