Posts

[Sains UPSR] Apa Yang Pelajar Perlu Ingat Dalam Tajuk Asid & Alkali?

Sains UPSR: Apa Yang Pelajar Perlu Ingat Dalam Tajuk ASID DAN ALKALI

Di bulan puasa ini, pelajar selalu hilang Fokus.. Semalam semasa Cikgu berbincang soalan-soalan Sains Pertengahan Tahun, ada pelajar yang tidak dapat membezakan ASID DAN ALKALI…

 

Maka dengan itu, Cikgu nak kongsikan Nota PENTING yang perlu dingati oleh murid-murid dalam tajuk ASID DAN ALKALI berserta latihan.. Semoga guru-guru serta pelajar-pelajar dapat menggunakannya tips-tips ini dalam peperiksaan UPSR nanti…

πŸ’‰. Mendefinisi Secara Operasi Sifat Kimia Bahan

☒ Bahan ASID adalah bahan yang dapat menukarkan warna kertas litmus BIRU kepada MERAH

☒ Bahan ALKALI adalah bahan yang dapat menukarkan warna kertas litmus MERAH kepada BIRU

☒ Bahan NEUTRAL adalah bahan yang TIDAK dapat menukarkan warna kertas litmus

πŸ’‰.. 2 Kaedah Menguji Sifat Bahan

βš› Menguji dengan Kertas Litmus

βš› Menguji dengan Merasa bahan Makanan

πŸ’‰. Rasa Makanan Mengikut Sifat Bahan

a. ASID

πŸ’‹ Rasa MASAM

🚏Contoh Makanan : Lemon, Nenas, Oren, Tomato

b. ALKALI

πŸ’‹ Rasa PAHIT

🚏Contoh Makanan : Terung, Peria, Badam, Serbuk Penaik

c. NEUTRAL

πŸ’‹ Rasa MANIS, MASIN dan TAWAR

🚏Contoh Makanan : Gula, Garam, Madu, minyak masak

πŸ’‰ Formula DISAMBALKALI

disa MB alkali
………⇆

⚠ MERAH ➝ BIRU = ALKALI

⚠ BIRU ➝ MERAH = ASID

⚠ TIADA PERUBAHAN = NEUTRAL

Soalan-soalan yang sering ditanya dalam kertas 1 atau Kertas 2 SAINS biasanya menguji kemahiran murid untuk MENGINGATI rasa makanan mengikut sifat bahan dan dapat mengenalpasti perubahan warna kertas litmus