Posts

Kenali Cara Pembelajaran Anak Anda

Adakah anda perasan bahawa setiap anak-anak mempunyai berbeza cara pembelajaran dan cara mereka untuk memahami sesuatu perkara? Menurut kajian Howard Gardner dari Havard School of Education, setiap manusia mempunyai lebih dari 1 Multiple Intelligence yang berbeza setiap seorang. Kajian ini bertujuan untuk mengenali cara pembelajaran anak anda dengan lebih berkesan supaya dapat mendidik mereka mengikut minat dan potensi yang ada dalam diri mereka.

Kecerdasan ini dibahagikan kepada 9 jenis, iaitu,

 

1. Spatial

Kebolehan membuat gambaran secara visual. Aanak-anak yang mempunyai kecerdasan ini cenderung untuk berfikir secara visual dan perlu membina gambaran imej untuk mengekalkan maklumat. Mereka seronok melihat peta, carta, gambar, video dan filem.
Pembelajaran anak-anak ini harus lebih kepada imej visual yang bergerak dan bersuara.
Kemahiran mereka termasuk:
Menyelesaikan ‘puzzle’, memahami carta dan graf, mudah mencari arah, melakar, mengecat & mewarna, memanipulasikan imej, membina, memasang dan mereka bentuk objek.
Kerjaya/bidang yang mungkin diminati:
Pereka Cipta, Arkitek, Pereka Dalaman, Mekanik dan Jurutera.

2. Logical-reasoning

Kebolehan menggunakan sebab, logik dan nombor. Anak-anak yang mempunyai kecerdasan ini berfikir secara konseptual & corak numerikal serta membuat perkaitan antara maklumat-maklumat yang ada. Anak-anak ini sentiasa ingin tahu tentang keadaan persekitaran, banyak soalan dan suka melakukan eksperimen. Mereka akan sentiasa bertanyakan kenapa sesuatu itu terjadi dan mengharapkan jawapan yang dan difahami oleh mereka.
Kemahiran mereka termasuk :
Menyelesaikan masalah, memahami konsep abstrak dan mengaitkannya dengan konsep-konsep lain, melakukan eksperimen, suka menyoal, ingin tahu lebih mendalam tentang kejadian-kejadian semulajadi di persekitaran, boleh menyelesaikan pengiraan matematik yang kompleks.
Kerjaya yang boleh diceburi :
Saintis, Jurutera, Pengkaji, Akauntan, Ahli Matematik.

3. Bodily-Kinesthetic

Kebolehan mereka adalah mengawal pergerakan tubuh badan serta mengendalikan objek dengan baik. Anak-anak ini boleh menonjolkan sifat dan sikap diri mereka melalui pergerakan. Mereka mempunyai keseimbangan serta koordinasi mata-tangan yang baik. Mereka mampu mengingati dan memproses maklumat melalui interaksi dengan ruang di sekeliling. Untuk mengajar mereka, lebihkan kepada aktiviti luar seperti lawatan sambil belajar yang boleh menggunakan pergerakan tubuh badan mereka dengan aktif.
Kemahiran mereka termasuk :
Menari, bersukan, menggunakan bahasa isyarat, membuat kraf, berlakon, ‘miming’, menggunakan tangan untuk mencipta atau membina, menyatakan perasaan melalui tubuh badan.
Kemungkinan kerjaya :
Atlit, Guru Pendidikan Jasmani, Pelakon, Bomba, Artis

4. Musical

Kebolehan menghasilkan dan menghargai musik melalui bunyi, ritma & corak. Anak-anak ini segera akan memberi reaksi sama ada menghargai atau mengkritik apa yang mereka dengar. Kebanyakan mereka adalah sangat sensitif terhadap bunyi- bunyi persekitaran seperti loceng, cengkerik, titisan air. Anak-anak ini lebih senang untuk menghafal dan belajar melalui bunyi seperti lagu atau CD. Contohnya, mereka ini lebih senang dan cepat belajar membaca Al-Quran melalui suara. Untuk pembelajaran yang lain seperti buku teks mereka lebih senang untuk merekodkan suara mereka dan mendengar semula berkali-kali.
Kemahiran termasuklah :
Menyanyi, Bersiul, Bermain alat muzik, memahami struktur & ritama muzik.
Kemungkinan kerjaya :
Ahli Muzik, Penyanyi

5. Interpersonal

Kecerdasan interpersonal adalah keupayaan untuk memahami dan berinteraksi secara berkesan dengan orang lain. Anak-anak ini berkeupayaan untuk berkomunikasi dan peka terhadap mood seseorang itu. Para guru, pekerja sosial, pelakon, dan ahli politik semuanya mempamerkan kecerdasan interpersonal. Pembelajaran anak-anak ini sangat senang kerana mereka akan cepat mempelajari melalui sentuhan dan percakapan yang lemah lembut. Hanya dengan duduk disebelah dan mengajar mereka boleh membuatkan mereka fokus dalam pembelajaran.
Kemahiran termasuk :
Menyedari perasaan dalaman, keinginan & impian, Menilai corak pemikiran, Memahami peranan dalam perhubungan dengan orang lain.
Kemungkinan kerjaya :
Ahli Teori, Ahli Falsafah, Pakar Psikologi

 

 

6. Linguistic

Kecerdasan ini mempunyai kaitan dengan kata-kata, lisan atau bertulis.  Anak-anak dengan kecerdasan verbal-linguistik tinggi memaparkan kemudahan dengan kata-kata dan bahasa. Mereka cenderung untuk belajar dengan lebih baik dengan membaca, mengambil nota, mendengar kuliah, dan dengan berbincang dan berdebat mengenai apa yang mereka pelajari. Anak-anak yang mempunyai kecerdasan verbal-linguistik mempelajari bahasa asing dengan mudah kerana mereka mempunyai ingatan yang tinggi. Mereka lebih senang untuk menghafal sesuatu dengan membacakan atau menceritakan semula kepada orang lain perkara yang ingin mereka ingati.
Pandai berbicara, gemar bercerita dan tekun mendengar cerita atau membaca, itulah mereka. Kecerdasan jenis ini membolehkan individu tersebut menyimpan pelbagai informasi dalam pemikirannya.
Kemungkinan kerjaya :
Pensyarah, Wartawan, Penyunting, Penulis Skrip dan Novelis.

7. Intrapersonal

Berbeza dengan Interpersonal yang boleh memahami diri orang lain, Intrapersonal mempunyai kelebihan untuk memahami diri sendiri. Selain itu, mereka pandai menentukan hala tuju kehidupan serta mempunyai pegangan, prinsip dan azam yang kuat serta boleh berdikari. Anak-anak anda mungkin tidak memahami orang lain tetapi mereka sangat memahami diri sendiri.

Secara keseluruhannya, anak-anak yang mempunyai kecerdasan Intrapersonal yang tinggi biasanya kelihatan murung dan suka mengelamun, tetapi pada masa yang sama mereka juga sentiasa berwaspada dan berwawasan dalam melakukan sesuatu. Anak-anak yang seperti ini akan lebih menyukai belajar secara bersendirian di perpustakaan dan gemar melakukan renungan yang mendalam dan termenung di persekitaran yang sangat sepi. Biasanya anak-anak dengan tingkat kecerdasan ini mempunyai peribadi yang tertutup. Ibu bapa boleh memahamkan anak-anak anda dan memberikan mereka ruang untuk melakukan ulang kaji tetapi harus sentiasa memastikan mereka fokus dari masa ke semasa untuk mengelakkan mereka termenung.

 

Kemungkinan kerjaya :

Pemimpin, Ahli Falsafah, Pendeta dan Pemikir

 

 

8. Naturalist

Kecerdasan naturalis menunjuk keupayaan anak-anak serta kepekaan terhadap dunia semulajadi (awan, tumbuhan, alam sekitar).

Ibu bapa mestilah menyediakan persekitaran pembelajaran yang sesuai iaitu dengan meletakkan beberapa tumbuhan kecil yang boleh dijaga di dalam rumah. Ia akan meransang minat dan fokus anak-anak tersebut kerana anak-anak itu akan berasa selesa dikelilingi alam semula jadi. Anak-anak yang mempunyai kecerdasan naturalistik akan lebih berkesan kecerdasanya dengan mengadakan aktiviti luar kelas.

 

Kemungkinan kerjaya :

Ahli Biologi, Zoology, Penanam, Ahli botani, Perancang Bandar, Ahli Geologi

 

 

9.Existential

Anak-anak ini mempunyai pemikiran yang sangat mendalam dan sering memikirkan perkara yang tidak selalu terlintas di dalam fikiran anak-anak yang lain. Kepekaan dan keupayaan untuk menangani soalan mendalam tentang kewujudan manusia, seperti makna kehidupan, mengapa kita mati, dan bagaimana kita sampai di sini.

Anak-anak ini mampu menelaah nilai-nilai yang berkembang di tengah-tengah kehidupan masyarakat, sama ada nilai-nilai tradisional ataupun nilai-nilai baru yang sedang berkembang. Untuk meningkatkan kecerdasan ini ibu bapa boleh memberikan bahan bacaan yang boleh meransang minda mereka delnagn lebih mendalam seperti buku Astronomi.

Kemungkinan kerjaya :

Pengkaji, Ahli Sainstis

 

Tips Menghadapi Peperiksaan Percubaan UPSR 2019

Mungkin sebab kurang kesedaran mengenai kepentingan Percubaan UPSR yang bakal dijalankan tidak lama lagi menyebabkan calon-calon UPSR 2019 ini tidak langsung kelihatan BERSEDIA dan BERSEMANGAT untuk menduduki Peperiksaan PERCUBAAN UPSR.

Berikut kami kongsikan kepentingan Menduduki Peperiksaan Percubaan UPSR:-

1. KEPUTUSAN PERCUBAAN ADALAH PENTING.

Calon UPSR mungkin tidak tahu sekiranya berlaku sesuatu pada dirinya dan Calon ni tidak dapat menduduki Peperiksaan UPSR yang sebenar, Keputusan Percubaan UPSR adalah sumber Rujukan utama yang digunakan oleh pihak Sekolah Menengah untuk menentukan kelas mereka…

2. BATU PENGUKUR KEMAMPUAN.

Sebut saja Murid Calon UPSR akan ada soalan yang sering ditanya kepada mereka iaitu berapakah keputusan Percubaan mereka. Sebenarnya Calon-calon boleh menggunakan keputusan UPSR sebagai pengukur kekuatan dan kelemahan untuk berjaya lebih baik dalam Peperiksaan UPSR yang sebenar. Pastinya anda ingin mendapat keputusan yang lebih baik.

Jika keputusan Percubaan anda kurang Cemerlang, anda masih ada masa untuk membetulkan kesilapan dalam Percubaan.Jika anda mendapat Keputusan yang Cemerlang, anda boleh mengambilnya sebagai satu Cabaran untuk memastikan keputusan yang sama bakal anda perolehi dalam Peperiksaan UPSR yang sebenar.

3. LATIHAN PEPERIKSAAN SEBENAR.

“Trial” adalah satu latihan kepada Calon UPSR untuk menduduki Peperiksaan Awam buat pertama kali. Latihan ini akan mengajar anda dari segi mental dan fizikal untuk mengharungi Peperiksan yang sebenar…

Dalam latihan ini, soalan-soalan Percubaan biasanya sukar dan hampir menyerupai Soalan Sebenar. Anda boleh ambil kesilapan yang anda buat semasa menjawab soalan Percubaan ini sebagai PENGAJARAN yang dapat membantu anda mendapat Keputusan Yang lebih baik nanti…

4. MEMBINA SEMANGAT.

Keputusan ‘Percubaan’ ini akan memberi impak pada diri calon-calon UPSR itu sendiri. Anda boleh bayangkan betapa semangatnya bila mendapat Keputusan yang CEMERLANG dalam peperiksaan Percubaan UPSR. Semangat untuk memastikan kekal mendapat Keputusan CEMERLANG dalam peperiksaan UPSR yang sebenar…

Bagi Calon-calon yang mendapat Keputusan ‘Percubaan’ yang kurang CEMERLANG. Baki masa sebelum tarikh UPSR ini boleh digunakan sebaiknya untuk membaiki kelemahan anda serta Berusaha untuk mendapatkan keputusan yang CEMERLANG dengan bersungguh-sungguh..

 


Keputusan UPSR penting bagi mereka yang tahu menilai penat lelah belajar selama 6 Tahun di Sekolah Rendah. Jika anda masih berdegil menyatakan bukan keputusan UPSR itu yang diutamakan maka kami tidak mampu berkata apa-apa…

Berikut kami kongsikan beberapa tips yang kami rasakan perlu murid-murid ketahui untuk Menduduki Peperiksaan Percubaan UPSR 2019:-

✎ Pastikan jadual Peperiksan Percubaan untuk mata pelajaran yang akan anda ambil esok. Buat ulangkaji soalan-soalan yang lepas.

✎ Baca secara imbas semua panduan, tips dan rumusan penting untuk matapelajaran yang akan anda ambil esok.

✎ Tenangkan fikiran dan kuatkan semangat “SAYA BOLEH LAKUKAN!” Cuba bayangkan target anda untuk mata pelajaran tersebut.

✎ Sediakan segala peralatan untuk menulis (pensil 2B siap diraut tajam – 2 batang, pemadam – 2 butir, peraut pensil – 1 & pastikan tajam bagi mengelak pensil patah berulang kali, pembaris – 1 batang pendek dan sebatang lagi yang panjang, pen – 2 batang dan set geometri – jika perlu dan lain-lain. Letakkan ditempat yang senang diambil dan mudah diingati.

✎ Mohon ibu bapa guru-guru dan rakan-rakan doakan kejayaan anda.

✎ Tidur seawal pukul 9.00 malam bagi membenarkan otak memproses semua maklumat yang anda imbas sebentar tadi. Pastikan anda tidur secukupnya untuk memberi kesegaran pada hari esoknya.

✎ Bawa bekal air kosong. Air kosong sangat membantu kesegaran dan kecerdasan otak.

✎ Pastikan sampai awal ke sekolah. Usah berbincang sebelum masuk dewan Peperiksaan.

✎ Dengar arahan daripada guru betul-betul. Pastikan baca arahan pada kertas soalan.

✎ Ambil masa untuk imbas dahulu semua soalan-soalan yang keluar.

✎ Baca soalan sampai habis sebelum mula menjawab. Fahamkan arahan yang diberikan itu. Mungkin ada soalan yang wajib dijawab.

✎ Terus catatkan formula atau kata kunci penting agar tidak terlupa pada kertas kosong yang disediakan.

✎ Beri masa untuk semak setiap jawapan. Sediakan masa dalam lima minit terakhir untuk menyemak semula jawapan.

 


PANDUAN UNTUK TERUS CERGAS SEMASA MENGHADAPI PEPERIKSAAN

💣 Tarik nafas – Duduk secara tegak dan tarik nafas dalam-dalam supaya banyak oksigen dapat masuk ke tubuh untuk menghasilkan tenaga.

💣 Tidur yang cukup – Tidur sekurang-kurangnya 7 hingga 8 jam sehari.

💣 Pilih suasana yang selesa dan tenang- belajar di tempat yang mempunyai cahaya yang cukup dan berehat sebentar di luar untuk mendapat cahaya semula jadi.

Semoga dengan perkongsian kami ini dapat membuka mata Calon-calon UPSR terutamanya anak-anak murid kami tentang kepentingan Keputusan Percubaan UPSR. Semoga tips-tips menghadapi Percubaan UPSR dapat digunakan oleh Calon-calon UPSR 2019.

Adakah mendengar muzik ketika belajar menjadi satu kesalahan?

Seringkali kita mendapati bahawa terdapat segelintir orang lebih suka untuk mendengar muzik ketika belajar. Ramai yang menganggap bahawa ia mampu untuk meningkatkan daya fokus sesesorang dengan lebih mantap. Terdapat juga desas-desus mengatakan bahawa belajar sambil mendengar muzik dapat meningkatkan skill otak dimana ia membenarkan otak kita untuk melakukan apa-apa tugasan dari yang mudah hinggalah yang […]

RAHSIA PELAJAR CEMERLANG, BAGAIMANA?

 

RAHSIA PELAJAR CEMERLANG??

Pelajar Cemerlang menjadi idaman setiap calon pelajar di seluruh negara. Tak kira lah bagaimana struktur pembelajaran diajar di sekolah, semuanya mahukan kejayaan cemerlang. Begitulah juga para pelajar di Malaysia, malah yang lebih teruja adalah ibubapa mereka sendiri.

Calon sendiri nampak kool sahaja dan selamba mengambil peperiksaan….tetapi itulah fenomena sekarang. Apakah yang bermain dalam fikiran mereka? Bagaimana mereka mengatur kehidupan? Bagaimana pula mereka mengatasi masalah harian? Adakah kejayaan itu hanya milik mereka yang mempunyai tahap IQ yang tinggi sahaja?

Semua persoalan ini terjawab apabila mencapai kecemerlangan keputusan peperiksaan nanti. Untuk mencapai kecemerlangan di dalam pelajaran, ada beberapa panduan yang boleh diadaptasikan dan seterusnya dipraktik secara berterusan. Para pelajar sebenarnya perlu menanam di dalam diri iaitu niat mencapai kecemerlangan dan nah! Ayuh mengejarnya. Antaranya ialah:

 

MATLAMAT ATAU SASARAN

Pelajar berjaya mempunyai matlamat dan sasaran yang jelas. Meletakkan tujuan kenapa perlu belajar dan mengejar berapa “A” yang mereka mahukan. Perlu jelas untuk mengambil jurusan apa semasa di univerisiti serta berusaha mencapai kehidupan yang berkerjaya.

 

PERCAYA

Pelajar cemerlang percaya mereka akan dapat kecemerlangan. Hanya faktor masa sahaja yang dapat membuktikan semua usahanya. Mereka tidak pernah ragu-ragu dengan kemampuan mereka bagi melakukan apa sahaja dan sanggup berkorban bagi berjaya.Percaya bahawa hanya dengan berusaha sahaja akan dapat mencapai apa sahaja visi dan misi dalam hidup.

 

TUMPUAN

Pelajar berjaya memberikan tumpuan pada setiap perkara yang mereka lakukan. Mereka juga tahu kepentingan memberi tumpuan dalam kelas dan cara hendak memberikan tumpuan itu.Fokus dan terus fokus itulah adalah intipati kejayaan cemerlang para pelajar.

 

PERANCANGAN

Mempunyai perancangan belajar yang teratur dan tahu memanfaatkan masa sebaik-baiknya. Mereka juga tahu menilai masa dan cara bagi menghargainya. Mereka mempunyai jadual yang berkesan yang membolehkan mereka memantau kemajuan tahap penguasaan pelajaran mereka. Jadual secara sistematik akan membolehkan mereka mengikut sahaja masa untuk subjek tertentu. Ini sudah tentu akan melancarkan masa mereka dengan cara bijak lagi berkesan.

 

STRATEGI BELAJAR

Rahsia kejayaan mereka juga diukur dengan mempunyai strategi belajar yang berkesan serta teknik belajar yang mantap.Mereka mengamalkan pelbagai teknik belajar seperti teknik mengingat dan teknik mengambil nota serta belajar secara berkumpulan. Tidak hairan lah bila secara berkumpulan segala idea dapat dikongsi bersama. Ini secara langsung meransang pemikiran mereka lebih menjadi lebih proaktif berbanding belajar berseorangan.

 

MENJAGA MASA

Tidak membazir masa begitu sahaja. Mereka mempunyai jadual harian dan jadual belajar. Jadual Harian ialah jadual yang digunakan bagi merancang aktiviti seperti sekolah, tuisyen, ulang kaji, riadah, rehat, tidur, berkawan dan sebagainya. Jadual belajar pula ialah jadual yang digunakan bagi merancang pembelajaran anda.

 

PERGAULAN

Pergaulan bersama dengan semua orang tidak mengira lapisan masyarakat. Para pelajar perlu tahu memilih kawan semasa pergaulan . Ini kerana kawan yang baik akan dapat membantu kita terutamanya di dalam pembelajaran khasnya. Perkongsian maklumat dan idea akan senang diadaptasikan.

 

PEMANTAUAN

Kemestian para pelajar sentiasa memantau prestasi akademik mereka dan membuat postmortem bagi memperbaiki setiap kelemahan yang ada. Mereka juga tahu apa yang perlu dilakukan setiap kali ada perkara yang kurang jelas ataupun tidak difahami. Mereka menyelesaikan setiap masalah, persoalan dan perkara yang tidak difahami itu dengan serta merta.

 

HUBUNGAN BAIK DENGAN GURU

Membuat perhubungan yang baik dengan para guru adalah rahsia paling besar kejayaan. Ini berkait rapat dengan ilmu yang dicurahkan menjadi berkat kepada para pelajar. Tidak segan untuk bertemu guru bertanyakan segala persoalan atau permasalahan di dalam soal menjawab dan sebagainya. Namun begitu, mereka tidak bergantung sepenuhnya kepada guru. Mereka tahu apa yang patut dilakukan bagi meningkatkan sendiri penguasaan mereka dalam sesuatu subjek. Inilah resipi yang berkesan kerana impaknya sangat besar.

 

KONSISTEN ATAU ISTIQAMAH

Sikap berterusan dan istiqamah di dalam belajar adalah satu kemestian. Perasaan rajin dan malasnya naik turun umpama roda.Sebaliknya, pelajar berjaya adalah mereka yang konsisten atau istiqamah dalam belajar.Buat sedikit tetapi berterusan.Mereka meletakkan sasaran tertentu. Misalnya mahu menghabiskan 10 muka surat setiap hari ataupun menjawab 50 soalan setiap hari.

 

SANGGUP BERKORBAN

Remaja mana tidak sukakan hiburan dan keseronokan.Tetapi pelajar cemerlang mengekang perasaan mereka daripada berhibur dan berseronok secara melampau sehingga menjejaskan pelajaran. Mereka sanggup berkorban masa, tenaga, wang ringgit dan perasaan. Mereka belajar lebih lama berbanding pelajar lain, lebih gigih, bersungguh-sungguh, sanggup membelanjakan wang yang banyak bagi tuisyen dan membeli buku-buku tambahan serta tidak terlibat dengan cinta monyet yang melalaikan.

 

AGAMA NOMBOR SATU

Bagi pelajar beragama mereka faham hakikat hidup ini sebagai suatu ibadah.Mereka juga sedar kepentingannya meminta guru menghalalkan setiap ilmu serta memohon restu guru dan ibu bapa supaya pelajaran yang diperoleh itu mendapat keberkatan.Mereka juga menitikberatkan ibadah harian dan sentiasa berdoa supaya hidup mereka berada dalam rahmat Tuhan. Dengan menjadi insan yang beragama sahajalah segala keinginan dan kemahuan senang dikecapi. Dengan agama jugalah nanti akan menentukan kejayaan cemerlang di dalam pelajaran. Semuanya adalah dari kurniaanNya.

 

 

Bersama Peneraju Home Tuition Mentoring  Di Malaysia

Ketahui bagaimana Rahsia pelajar biasa menjadi

Tonton video ini

Ia tidak lagi mustahil dengan Sistem Pembelajaran Home Tuition yang berkesan bermula di rumah anda!

 

ANAK KURANG TUMPUAN DALAM KELAS??

ANDA DAN KELUARGA MAHU MENGAJI AL-QURAN BERSAMA??

INGIN PEMBELAJARAN BERFOKUS DI RUMAH ANDA??

Kami membantu anak tuan/puan belajar dengan FOKUS & SERONOK di rumah & mengalami peningkatan dalam akademik mereka.
Kami juga membantu tuan/puan dan keluarga mempelajari Al-Quran dengan suasana lebih seronok.

 

Ramai di kalangan pelajar mempunyai cabaran untuk belajar dalam suasana yang ramai.

Bukan kerana mereka tidak pandai, cuma tiada orang yang dapat bantu dan bimbing mereka untuk belajar dengan teknik & cara yang betul.

Atau mungkin mereka malu untuk bertanya guru semasa dalam kelas terutamanya apabila pelajar ramai.

Dengan pembelajaran secara berfokus ini, tutor kami dapat membantu mengenali potensi anak tuan/puan dan membantu mereka untuk cemerlang dalam akademik di samping mempunyai sahsiah yang terpuji.

Sebahagian dari pelajar kami yang cemerlang dalam UPSR, PT3, SPM, IGCSE

 
 

ANAK DAPAT A PERCUBAAN UPSR LEPAS TUISYEN DI RUMAH!

“Banyak perubahan anak saya selepas tuisyen dengan tutor dari CMN Academy. Dulu anak agak lemah terutamanya subjek Sains & Matematik… Tapi lepas tuisyen di rumah, markah yang dulunya selalu dapat B & C, dah naik ke A” 

 


Pembelajaran Home Tuition secara fokus di rumah anda

 

Pembelajaran Home Tuition untuk kumpulan kecil

Pembelajaran Home Tuition untuk kumpulan kecil

 


Pembelajaran Quranic Home Based bersama keluarga

 

 

6A PERCUBAAN UPSR!! WOW & TAHNIAH ADIK AISHAH!

Anak kepada Puan Feldatun ini bertukar sekolah semasa tahun 6 dan adik ini amat aktif dengan aktiviti sekolah… tapi boleh dapat 6A dalam Percubaan UPSR baru-baru ini dari peperiksaan pertengahan tahun dapat 3A.

 

Pembelajaran Al-Quran tanpa mengenal usia

 


Pembelajaran Quranic Home Based dan Fardhu Ain untuk anak-anak

 

Pembelajaran Al-Quran bersama organisasi kerjaaan dan syarikat

 

 

 

 

Siapakah kami?

CMN Academy berdiri teguh bagi membantu ibu bapa & anak-anak untuk meneroka pembelajaran yang bermutu dan mengalami peningkatan dalam pembelajaran Akademik & Al-Quran, menerusi bimbingan secara personal; Home Tuition, Online Tuition & Quranic Home Based dengan pengalaman lebih 10 tahun dalam bidang ini.


Kami telah membantu lebih 1120 ibu bapa dan pelajar di seluruh Malaysia dalam pembelajaran secara berfokus dan menyeronokkan menerusi pengalaman lebih 10 tahun dalam bidang ini serta lebih 1000 database Tutor di bawah kami.
.
Kami juga sering melakukan pelbagai R&D untuk menghasilkan modul & teknik pembelajaran yang seiring dengan pembelajaran abad ke-21.

CMN Education Group telah dianugerahkan Silver Award for Computational Thinking Games Design 2018 di The 1st National STEM Seminar 2018 di Universiti Malaya.

Modul STEM Funtastic Sains & Matematik diberi pujian sehingga kami diberikan kepercayaan untuk menjadi salah satu STEM Partners dalam National STEM Movement untuk membantu mengembangkan bidang STEM di kalangan pelajar di Malaysia.

Selain itu, Modul Funtastic menerima 2 Silver Award di ‘Teachers Innovation Carnival’ (T-NOVATE 2018) di UIA dan EDUINNOVATION 2018 di UKM selain menerima pujian semasa pembentangan bersama PPD & JPN semasa pembentangan di Seminar Antarabangsa Pendidikan (ProSET) di Unisel.

Modul Bahasa Arab bersama CMN Al-Qudwah telah mendapat Gold Medal dalam Pertandingan Inovasi Bahasa Arab sempena World Arabic Language Day di UKM.

 

Kami juga telah dijemput untuk berkongsi Teknik Pengajaran & Pembelajaran bersama Guru-guru Sains & Matematik di bawah Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Rompin dalam Bengkel ‘Beyond Expectation Teachers’.

Bersama Puan Zarina, Pegawai SISC+ PPD Rompin di mana kami dijemput untuk berkongsi dalam Bengkel Pembelajaran Abad Ke-21 “Beyond Expectation Teachers” bersama Guru-guru Sains & Matematik.

 

Untuk meningkatkan kualiti Tutor, kami sentiasa menganjurkan Bengkel “Home Tutor Beyond Expectation” untuk upgrade kemahiran dan silibus terkini serta mengiktiraf Home Tutor yang berkelayakan.

 

CMN juga telah mengasaskan Tutor Profesional Malaysia yang menghubungkan Tutor-tutor dari seluruh Malaysia melalui Simposium Tutor Profesional Malaysia

 

TESTIMONI KEJAYAAN PELAJAR

 


 

 

(Baca lebih lanjut tentang: Feedback dan testimoni klien Home Tuition & Quranic Mengaji CMN Academy)

 

PEMBELAJARAN LEBIH MENARIK, EFEKTIF, SELESA, SERONOK & BERIMPAK KINI DIBAWA KE RUMAH ANDA MELALUI PRIVATE TUTOR & ONLINE TUTOR KAMI!!

PENDAFTARAN HOME TUITION MENTORING CMN ACADEMY KINI DIBUKA!

>>>Mohon Whatsapp ‘Nama penuh_Free Notebook_CMNA_Home Tuition Mentoring/Quranic Home Based’ ke 011-15775761 <<<

======
SIAPA KAMI?
======

👔 CMN Academy merupakan anak syarikat di bawah CMN Global Consultant Sdn. Bhd.

👔 Kami berpengalaman lebih 10 tahun dalam bidang pendidikan & telah bantu ramai ibu bapa & pelajar.

👔 Kami menawarkan 2 pakej iaitu “AMAZING HOME TUITION” & “WONDERFUL HOME QURAN”

👔Cawangan-cawangan kami di seluruh negara:

 

CMN Academy Home Tuition & Mengaji Bangi

CMN Academy Home Tuition & Mengaji Seremban

CMN Academy Home Tuition & Mengaji Kuala Lumpur

CMN Academy Home Tuition & Mengaji Gombak

CMN Academy Home Tuition & Mengaji Kajang

CMN Academy Home Tuition & Mengaji Melaka

CMN Academy Home Tuition & Mengaji Johor Bahru

CMN Academy Home Tuition & Mengaji Kuantan

CMN Academy Home Tuition & Mengaji Ipoh

CMN Academy Home Tuition & Mengaji Kuala Terengganu

CMN Academy Home Tuition & Mengaji Kota Bharu

CMN Academy Home Tuition & Mengaji Kota Kinabalu

CMN Academy Home Tuition & Mengaji Kuching

CMN Academy Home Tuition & Mengaji Sungai Petani

CMN Academy Home Tuition & Mengaji Georgetown

CMN Academy Home Tuition & Mengaji Butterworth

CMN Academy Home Tuition & Mengaji Kangar

Mengapa anda perlu pilih Home Tuition Mentoring by CMN Academy?

Mari kami ceritakan…

Apa ISTIMEWANYA Home tuition Mentoring  by CMN Academy?

🔍 Cara pengajaran lebih EFEKTIF

Belajar di rumah sendiri, sama ada seorang atau kumpulan kecil (maksimum 5 pelajar* dalam 1 masa)… lebih fokus & selesa.

🔍 Penerapan modul berteraskan KBAT

KBAT : Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
Lebih banyak aktiviti berbanding cuma tengok buku saja.
Pelajar tak bosan, lebih senang faham & ingat teori dengan sendirinya. Pelajar lebih banyak berfikir dari hanya menghafal.


🔍 Subjek PILIHAN Tuisyen mengikut keperluan

Kami sediakan konsultasi percuma untuk anda pilih subjek yang betul.
Anda boleh pilih subjek asas seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik & Sains…
serta subjek tambahan seperti Matematik Tambahan, Akaun, Fizik, Biologi, Kimia Bahasa Arab…

🔍 Dijamin ada PENINGKATAN dalam pembelajaran**

InsyaAllah, selepas minimum sebulan kelas, ada peningkatan dalam mood study anak anda.
Bila mood dah naik, performance akan turut naik dengan sendirinya!


🔍 Dahulukan apa yang PENTING

Kami tidak nafikan pelajaran mengikut silibus atau “habiskan” silibus itu penting…
Kami tekankan pembelajaran ikut keperluan… maksudnya dahulukan bahagian yang pelajar belum mahir & perlu bimbingan, bukan ikut flow untuk kejar silibus.
Bagi kami, jika asas pelajar itu kuat, soalan pusing macam mana pun, insyaAllah pelajar dapat jawab dengan yakin.

 

+ Aplikasi CARA PEMBELAJARAN MENARIK & SESUAI untuk setiap pelajar.

Private  & Home Tutor kami menerima LATIHAN BERKALA berkaitan PENDEKATAN pembelajaran yang MENARIK & asas Neuro-Linguistic Programming (NLP).
Kami percaya setiap pelajar mempunyai keistimewaan & tahap tersendiri, serta cara pembelajaran yang berbeza.

🔍 Online Tuition

Anak anda boleh belajar menggunakan laptop, PC dan tablet dari mana-mana sahaja dengan wifi internet. Kami mempunyai software untuk membantu pembelajaran tuisyen melalui online. Online Tutor kami dapat membantu anak anda belajar dengan teknik pembelajaran terkini melalui online.

 

🔍 Penganjur Simposium Tutor Profesional Malaysia (STPM)

Kami juga merupakan Penganjur kepada Simposium Tutor Profesional Malaysia (STPM) yang diadakan setiap tahun untuk mengumpulkan tutor-tutor dan Usahawan Pendidikan dari seluruh Malaysia bagi memberikan perkhidmatan dan kualiti pembelajaran yang terbaik kepada klien dan pelajar.


🔍 Anda boleh TAHU setakat mana PENCAPAIAN/pembelajaran semasa anak anda.
Best bukan? Kami sediakan LAPORAN BULANAN di mana prestasi pelajar & tutor dapat dilihat, untuk anda & kami monitor bersama.

🔍 Dibuka untuk semua pelajar SEKOLAH RENDAH & MENENGAH.

🔍 MASA lebih FLEKSIBEL mengikut permintaan anda.

🔍 JIMAT masa, tenaga & minyak kereta anda.

🔍 SELAMAT & SELESA kerana pembelajaran dibawa ke rumah anda.

Jika anda sebagai ibu bapa tidak berpuas hati dengan Tutor pada kelas PERTAMA, kami akan menggantikan dengan Tutor lain atau anda TIDAK PERLU membayar apa-apa!

 

30 Pendaftaran Awal untuk 2019 akan mendapat Notebook KHAS “YAKIN SEBELUM BERJAYA” yang disukai ramai ini :)

 

TEMPAT TERHAD!

BERMINAT?

Ya, saya ingin mengetahui maklumat lanjut sekarang!

 

Mohon Whatsapp ‘Nama penuh_Free Notebook_CMNA_Home Tuition Mentoring/Quranic Home Based’ ke 011-15775761

 

P/S: Yuran kami adalah berpatutan dengan servis yang diberikan sepanjang tempoh pembelajaran

 

 

5 Tips Bagaimana Cara Untuk Belajar Dengan Efektif
  1. ‘Understanding’ adalah kunci
  • Sesetengah pelajar cuba menghafal semua yang mereka baca tanpa cuba difahami. Ini meletakkan mereka dalam kedudukan yang sukar terutamanya apabila soalan peperiksaan disusun dengan cara yang memerlukan penerapan pengetahuan.  Jika anda belajar untuk memahami anda boleh menjawab sebarang soalan mengenai topik tertentu.

2) Mengajar orang lain

  • Mengajar orang lain boleh membantu anda memahami konsep-konsep yang sukar. Untuk mengajar sesuatu, anda perlu tahu sendiri. Semasa anda mengajar anda belajar kerana anda terpaksa menyatakan maklumat dalam kata-kata anda sendiri. Anda mungkin perlu mengulangi diri sendiri yang menguatkan maklumat. Pelajar anda akan bertanya soalan dan anda perlu menganalisis soalan dan menjawabnya. Pengajaran memperdalam pemahaman anda tentang subjek.

3) Sertai kumpulan belajar

  • Kadang-kadang seseorang akan tahu lebih banyak tentang topik daripada yang lain dan berkongsi dengan orang lain. Setiap topik boleh diterokai oleh lebih daripada satu otak. Anda akan dapat menangani soalan kompleks pada kertas masa lalu sebagai kumpulan. Kumpulan belajar juga boleh membuat pembelajaran dan keseronokan belajar. Anda juga termotivasi untuk belajar dalam satu kumpulan.

4) Jaga kesihatan diri sendiri

  • Anda harus sentiasa makan dengan betul dan mendapat cukup tidur. Pelajar cenderung mengganggu jadual tidur mereka semasa tempoh peperiksaan.  Anda akan menyimpan lebih banyak maklumat dalam keadaan yang sihat supaya makan dengan baik dan berehat sebaik sahaja anda belajar untuk peperiksaan. Anda harus mendapat sekurang-kurangnya 8 jam tidur.

5) Uji diri sendiri

  • Menguji diri anda boleh membantu anda melihat apakah anda memahami maklumat tersebut. Ia akan membantu mengukur kawasan yang anda perlukan untuk memberi tumpuan kepada lebih banyak lagi. Kadang-kadang anda fikir anda tahu konsep itu tetapi apabila anda cuba menjawab soalan anda mendapati ia mencabar. Ujian diri membantu anda memahami topik anda dengan sangat baik.