Posts

Kenali Cara Pembelajaran Anak Anda

Adakah anda perasan bahawa setiap anak-anak mempunyai berbeza cara pembelajaran dan cara mereka untuk memahami sesuatu perkara? Menurut kajian Howard Gardner dari Havard School of Education, setiap manusia mempunyai lebih dari 1 Multiple Intelligence yang berbeza setiap seorang. Kajian ini bertujuan untuk mengenali cara pembelajaran anak anda dengan lebih berkesan supaya dapat mendidik mereka mengikut minat dan potensi yang ada dalam diri mereka.

Kecerdasan ini dibahagikan kepada 9 jenis, iaitu,

 

1. Spatial

Kebolehan membuat gambaran secara visual. Aanak-anak yang mempunyai kecerdasan ini cenderung untuk berfikir secara visual dan perlu membina gambaran imej untuk mengekalkan maklumat. Mereka seronok melihat peta, carta, gambar, video dan filem.
Pembelajaran anak-anak ini harus lebih kepada imej visual yang bergerak dan bersuara.
Kemahiran mereka termasuk:
Menyelesaikan ‘puzzle’, memahami carta dan graf, mudah mencari arah, melakar, mengecat & mewarna, memanipulasikan imej, membina, memasang dan mereka bentuk objek.
Kerjaya/bidang yang mungkin diminati:
Pereka Cipta, Arkitek, Pereka Dalaman, Mekanik dan Jurutera.

2. Logical-reasoning

Kebolehan menggunakan sebab, logik dan nombor. Anak-anak yang mempunyai kecerdasan ini berfikir secara konseptual & corak numerikal serta membuat perkaitan antara maklumat-maklumat yang ada. Anak-anak ini sentiasa ingin tahu tentang keadaan persekitaran, banyak soalan dan suka melakukan eksperimen. Mereka akan sentiasa bertanyakan kenapa sesuatu itu terjadi dan mengharapkan jawapan yang dan difahami oleh mereka.
Kemahiran mereka termasuk :
Menyelesaikan masalah, memahami konsep abstrak dan mengaitkannya dengan konsep-konsep lain, melakukan eksperimen, suka menyoal, ingin tahu lebih mendalam tentang kejadian-kejadian semulajadi di persekitaran, boleh menyelesaikan pengiraan matematik yang kompleks.
Kerjaya yang boleh diceburi :
Saintis, Jurutera, Pengkaji, Akauntan, Ahli Matematik.

3. Bodily-Kinesthetic

Kebolehan mereka adalah mengawal pergerakan tubuh badan serta mengendalikan objek dengan baik. Anak-anak ini boleh menonjolkan sifat dan sikap diri mereka melalui pergerakan. Mereka mempunyai keseimbangan serta koordinasi mata-tangan yang baik. Mereka mampu mengingati dan memproses maklumat melalui interaksi dengan ruang di sekeliling. Untuk mengajar mereka, lebihkan kepada aktiviti luar seperti lawatan sambil belajar yang boleh menggunakan pergerakan tubuh badan mereka dengan aktif.
Kemahiran mereka termasuk :
Menari, bersukan, menggunakan bahasa isyarat, membuat kraf, berlakon, ‘miming’, menggunakan tangan untuk mencipta atau membina, menyatakan perasaan melalui tubuh badan.
Kemungkinan kerjaya :
Atlit, Guru Pendidikan Jasmani, Pelakon, Bomba, Artis

4. Musical

Kebolehan menghasilkan dan menghargai musik melalui bunyi, ritma & corak. Anak-anak ini segera akan memberi reaksi sama ada menghargai atau mengkritik apa yang mereka dengar. Kebanyakan mereka adalah sangat sensitif terhadap bunyi- bunyi persekitaran seperti loceng, cengkerik, titisan air. Anak-anak ini lebih senang untuk menghafal dan belajar melalui bunyi seperti lagu atau CD. Contohnya, mereka ini lebih senang dan cepat belajar membaca Al-Quran melalui suara. Untuk pembelajaran yang lain seperti buku teks mereka lebih senang untuk merekodkan suara mereka dan mendengar semula berkali-kali.
Kemahiran termasuklah :
Menyanyi, Bersiul, Bermain alat muzik, memahami struktur & ritama muzik.
Kemungkinan kerjaya :
Ahli Muzik, Penyanyi

5. Interpersonal

Kecerdasan interpersonal adalah keupayaan untuk memahami dan berinteraksi secara berkesan dengan orang lain. Anak-anak ini berkeupayaan untuk berkomunikasi dan peka terhadap mood seseorang itu. Para guru, pekerja sosial, pelakon, dan ahli politik semuanya mempamerkan kecerdasan interpersonal. Pembelajaran anak-anak ini sangat senang kerana mereka akan cepat mempelajari melalui sentuhan dan percakapan yang lemah lembut. Hanya dengan duduk disebelah dan mengajar mereka boleh membuatkan mereka fokus dalam pembelajaran.
Kemahiran termasuk :
Menyedari perasaan dalaman, keinginan & impian, Menilai corak pemikiran, Memahami peranan dalam perhubungan dengan orang lain.
Kemungkinan kerjaya :
Ahli Teori, Ahli Falsafah, Pakar Psikologi

 

 

6. Linguistic

Kecerdasan ini mempunyai kaitan dengan kata-kata, lisan atau bertulis.  Anak-anak dengan kecerdasan verbal-linguistik tinggi memaparkan kemudahan dengan kata-kata dan bahasa. Mereka cenderung untuk belajar dengan lebih baik dengan membaca, mengambil nota, mendengar kuliah, dan dengan berbincang dan berdebat mengenai apa yang mereka pelajari. Anak-anak yang mempunyai kecerdasan verbal-linguistik mempelajari bahasa asing dengan mudah kerana mereka mempunyai ingatan yang tinggi. Mereka lebih senang untuk menghafal sesuatu dengan membacakan atau menceritakan semula kepada orang lain perkara yang ingin mereka ingati.
Pandai berbicara, gemar bercerita dan tekun mendengar cerita atau membaca, itulah mereka. Kecerdasan jenis ini membolehkan individu tersebut menyimpan pelbagai informasi dalam pemikirannya.
Kemungkinan kerjaya :
Pensyarah, Wartawan, Penyunting, Penulis Skrip dan Novelis.

7. Intrapersonal

Berbeza dengan Interpersonal yang boleh memahami diri orang lain, Intrapersonal mempunyai kelebihan untuk memahami diri sendiri. Selain itu, mereka pandai menentukan hala tuju kehidupan serta mempunyai pegangan, prinsip dan azam yang kuat serta boleh berdikari. Anak-anak anda mungkin tidak memahami orang lain tetapi mereka sangat memahami diri sendiri.

Secara keseluruhannya, anak-anak yang mempunyai kecerdasan Intrapersonal yang tinggi biasanya kelihatan murung dan suka mengelamun, tetapi pada masa yang sama mereka juga sentiasa berwaspada dan berwawasan dalam melakukan sesuatu. Anak-anak yang seperti ini akan lebih menyukai belajar secara bersendirian di perpustakaan dan gemar melakukan renungan yang mendalam dan termenung di persekitaran yang sangat sepi. Biasanya anak-anak dengan tingkat kecerdasan ini mempunyai peribadi yang tertutup. Ibu bapa boleh memahamkan anak-anak anda dan memberikan mereka ruang untuk melakukan ulang kaji tetapi harus sentiasa memastikan mereka fokus dari masa ke semasa untuk mengelakkan mereka termenung.

 

Kemungkinan kerjaya :

Pemimpin, Ahli Falsafah, Pendeta dan Pemikir

 

 

8. Naturalist

Kecerdasan naturalis menunjuk keupayaan anak-anak serta kepekaan terhadap dunia semulajadi (awan, tumbuhan, alam sekitar).

Ibu bapa mestilah menyediakan persekitaran pembelajaran yang sesuai iaitu dengan meletakkan beberapa tumbuhan kecil yang boleh dijaga di dalam rumah. Ia akan meransang minat dan fokus anak-anak tersebut kerana anak-anak itu akan berasa selesa dikelilingi alam semula jadi. Anak-anak yang mempunyai kecerdasan naturalistik akan lebih berkesan kecerdasanya dengan mengadakan aktiviti luar kelas.

 

Kemungkinan kerjaya :

Ahli Biologi, Zoology, Penanam, Ahli botani, Perancang Bandar, Ahli Geologi

 

 

9.Existential

Anak-anak ini mempunyai pemikiran yang sangat mendalam dan sering memikirkan perkara yang tidak selalu terlintas di dalam fikiran anak-anak yang lain. Kepekaan dan keupayaan untuk menangani soalan mendalam tentang kewujudan manusia, seperti makna kehidupan, mengapa kita mati, dan bagaimana kita sampai di sini.

Anak-anak ini mampu menelaah nilai-nilai yang berkembang di tengah-tengah kehidupan masyarakat, sama ada nilai-nilai tradisional ataupun nilai-nilai baru yang sedang berkembang. Untuk meningkatkan kecerdasan ini ibu bapa boleh memberikan bahan bacaan yang boleh meransang minda mereka delnagn lebih mendalam seperti buku Astronomi.

Kemungkinan kerjaya :

Pengkaji, Ahli Sainstis

 

Kelebihan Tuisyen Di Rumah Atau Home Tuition

Home tuition. Ia bukan perkara baharu, malah konsep ini sudah lama popular dan diterima dengan baik sekali oleh ibubapa terutama sekali di luar negara. Di Malaysia, konsep home tuition sudah mula diterima apabila impak positif serta kelebihannya sudah mula diperkatakan oleh ramai ibubapa.

Konsep home tuition ini mudah, iaitu cikgu tuisyen atau tutor akan datang ke rumah untuk mengajar anak-anak. Memang sangat berbeza dengan konsep tuisyen berbayar sebelum ini di mana ibubapa perlu menghantar anak-anak ke kelas atau pusat tuisyen.


Kelebihan #1 – Home Tuition Jimat Kos

Ia menjimatkan kos dari segi kos pengangkutan. Jika dulu ibubapa perlu hantar anak-anak ke kelas serta ke pusat tuisyen, dengan adanya tuisyen di rumah ini, guru atau tutor tuisyen yang akan datang ke rumah.

Ia nampak lebih ketara jimat apabila pusat tuisyen itu berada agak jauh dari kediaman. Kos makan-minum anak-anak semasa di tuisyen pun boleh dielakkan. Kan ke jimat kos tu?

Dan boleh juga buat tuisyen untuk kesemua anak dalam rumah di waktu yang sama.

Bayangkan, kalau setiap anak itu ada kelas tuisyen yang berbeza, lepas tu berlainan tempat kelas tuisyen pula.. banyak kos tu kena keluarkan. Jika buat pengiraan jangka panjang, memang akan dapat jimatkan banyak kos.

Kelebihan #2 – Lebih Selamat, Anak-Anak Depan Mata Tuisyen Di Rumah

Mungkin ada ibubapa yang berkeperluan untuk hantar anak-anak seawal umur 7-8 tahun ke kelas tuisyen untuk kukuhkan matapelajaran tertentu yang belajar di sekolah. Aspek keselamatan pastilah paling utama untuk anak-anak seumur ini.

Home tuition lebih selamat kerana anak-anak boleh dipantau dan dilihat sepanjang masa di hadapan ibubapa, berbeza dengan di kelas atau pusat tuisyen yang ada waktu rehat atau waktu antara hantar-ambil anak di kelas tuisyen.

Kelebihan #3 – Guru Atau Tutor Lebih Dipercayai

Tuisyen di rumah ini lebih bersifat personal di mana ibubapa secara tidak langsung akan mengenali tenaga pengajar lebih dekat. Maka kepercayaan antara ibubapa anak akan wujud menjadikan guru atau tutor tuisyen lebih dipercayai.

Dengan adanya kepercayaan ini, akan mewujudkan suasana pembelajaran lebih baik, dan sebenarnya akan meningkatkan lagi tahap penerimaan anak-anak dalam kelas tuisyen di rumah.

Kelebihan #4 – Bantuan Belajar Secara Individu

Salah satu konsep tuisyen di rumah ialah pembelajaran atau pengajaran secara bantuan individu atau one-to-one. Seorang guru atau tutor tuisyen subjek tertentu boleh berikan komitmen untuk hanya seorang atau dua pelajar sahaja dengan lebih baik.

Pengajaran atau pembelajaran secara one-on-one dalam home tuition memang banyak kelebihan dan kebaikannya. Malah, ia sangat disarankan untuk anak-anak atau pelajar yang merupakan slow-learner. Mereka mempunyai keupayaan untuk belajar dan faham yang sedikit lambat.

Dengan adanya bantuan belajar secara individu ini, mereka akan dapat catch-up selain pengukuhan pemahaman terhadap subjek-subjek tertentu jadi lebih baik.

Perhatian penuh boleh diberikan oleh cikgu atau tutor yang mengajar.

Kelebihan #5 – Ikut Keperluan Dan Kehendak Individu

Bila seisi belajar atau ulangkaji itu dibuat secara individu, maka keperluan dan kehendak individu itu juga dapat dikenalpasti lebih baik. Ini bukan sahaja membantu tenaga pengajar tuisyen di rumah untuk berikan servis terbaik tetapi juga memberikan kelebihan untuk anak atau pelajar itu belajar dengan lebih baik serta lebih seronok.

Kadangkala ada kaedah belajar di sekolah tidak berapa dapat diterima oleh anak-anak ini sehingga menyebabkan mereka susah dan terasa sukar untuk faham. Mereka akan jadi fed-up dan cepat kecewa, kurang semangat yang akhirnya merugikan mereka.

Adanya home tuition, guru atau tutor boleh gunakan banyak teknik pengajaran lebih khusus, lebih menarik yang akan membantu pemahaman anak atau pelajar.

Kelebihan #6 – Waktu Tuisyen Lebih Fleksibel

Jika hantar anak ke kelas tuisyen, ibubapa perlu patuhi waktu kelas bermula. Berbeza dengan konsep home tuition ini yang waktu pembelajaran itu lebih fleksibel dan ditentukan oleh ibubapa mahupun pelajar. Ia akan nampak lebih mesra waktu senggang ibubapa dengan anak, dan dengan cara ini juga boleh mengelakkan anak cepat merasa bosan.

Kelebihan #7 – Belajar Ikut Keperluan/Kekurangan

Ada anak atau pelajar yang boleh mendapat keputusan peperiksaan serta pemahaman yang baik dalam subjek tertentu, tetapi kurang baik dalam subjek yang lain. Tuisyen di rumah tidak memerlukan silabus yang tetap, malah boleh berubah ikut keperluan dan kekurangan pada pelajar.

Guru atau tutor tuisyen boleh tumpukan kepada kelemahan pada pelajar tersebut. Jadi pelajar juga boleh belajar ikut keperluan dan perbaiki kelemahan pada subjek lain.

Kelebihan #8 – Tuisyen Di Rumah Lebih Selesa

Keselesaan adalah perkara penting kalau mahukan anak belajar dengan lebih baik. Tahap keselesaan pula tak sama. Ada anak atau pelajar yang suka belajar dalam suasana senyap sunyi, ada pula suka membuat ulangkaji dan menelaah pelajaran dengan kehadiran muzik lembut, dan ada pula lebih seronok untuk belajar jika ada teman.

Keselesaan seperti ini boleh diwujudkan dengan home tuition kerana ia melibatkan seorang dua anak atau pelajar. Berbeza dengan berada di kelas tuisyen yang telah ditetapkan peraturan tertentu selain perlu memenuhi keselesaan secara am untuk semua pelajar.

Kelebihan #9 – Boleh Tukar Tenaga Pengajar/Tutor Tuisyen

Ada beberapa syarikat yang sediakan servis menyediakan guru atau tutor tuisyen di mana ibubapa dan pelajar boleh pilih dan tukar jika didapati kurang sesuai. Anda tak boleh buat perkara ni di sekolah sesuka hati.

Sepertimana di sekolah, anak-anak ada guru kesukaan atau kegemaran mereka sendiri. Jadi, teknik sebegitu cuba dipraktikkan dalam kelas tuisyen di rumah. Pastinya jika anak mendapat perhatian daripada guru tuisyen yang mereka suka, prestasi dalam subjek pelajaran tertentu mesti akan nampak perubahan.


Jadi bagaimana?

Kami harap, anda dah pun tahu beberapa kelebihan dan juga kebaikan yang ada pada tuisyen di rumah atau home tuition ini.

Ia telah menjadi pilihan ramai ibubapa yang mempunyai masa yang terhad, dan sangat sibuk dengan kerjaya; tetapi pada masa yang sama mahukan pendidikan dan pelajaran anak mereka mendapat perhatian terbaik.

Tahap perkembangan pendidikan anak-anak sewajarnya dipandang serius ibubapa.

Adanya home tuition ini, ibubapa akan lebih terdorong untuk sama-sama dengan guru dan tutor tuisyen memastikan anak atau pelajar berjaya memperbaiki kelemahan yang ada terutama bagi subjek-subjek yang perlukan pemahaman yang lebih.

Kita berusaha, apapun semua usaha ini takkan dapat berjaya andai kita tak memastikan bahawa tindakan kita adalah kerana Allah S.W.T. Ilmu itu milik Allah, maka doakan agar usaha untuk pertingkatkan ilmu mendapat redha Allah.

[LIVE] Belajar Matematik Menggunakan Teknik Visual ‘Jubin Algebra’

Teknik Jubin Algebra?

Dengan menggunakan teknik belajar secara fun learning dapat memudahkan pelajar belajar dan faham dengan lebih mudah dan cepat 😃

Melalui teknik ini bersama Tutor Rajinder, beliau menggunakan alat bantu mengajar berbentuk segi empat sama untuk memudahkan pelajar, contohnya garis panjang di segi empat sama ialah positif manakala pendek adalah negatif.

Selain itu, anda juga boleh melihat teknik jubin tersebut melalui platform digital. Dalam video ini juga ada menunjukkan slide tentang  teknik tersebut.

Tutor Rajinder telah menunjukan cara untuk mempelajari menggunakan Teknik Jubin Algebra dengan lebih mudah dan menyeronokkan serta mudah difahami bersama Cikgu Isa.

Jemput tonton video tersebut di bawah :-

 

Ini adalah contoh cara mengajar pelajar menggunakan Teknik Jubin Algebra. Teknik ini merupakan Pembelajaran ‘fun learning’ dan pelajar mudah untuk faham topik seperti integer dengan lebih mudah.

Pelajar tersebut (Faris 9 tahun) dapat belajar dengan baik dan memberikan maklum balas yang baik dengan Teknik Jubin Algebra.

Boleh klik video di bawah untuk melihat pelajar tersebut belajar bersama Tutor Rajinder 😃

Great Visual Math Technique by Sir Rajinder Singh 👍😀👍

Posted by Mohd Noor Mohd Tahir on Thursday, February 7, 2019

Ingin mendapatkan Modul Pembelajaran secara aktiviti dan ‘hands on’?

Kami juga ingin berikan salah satu topik di dalam Modul Funtastic Matematik secara PERCUMA

Boleh klik link disini:
http://bit.ly/freefuntasticmathmodule

5 Tips Bagaimana Cara Untuk Belajar Dengan Efektif
  1. ‘Understanding’ adalah kunci
  • Sesetengah pelajar cuba menghafal semua yang mereka baca tanpa cuba difahami. Ini meletakkan mereka dalam kedudukan yang sukar terutamanya apabila soalan peperiksaan disusun dengan cara yang memerlukan penerapan pengetahuan.  Jika anda belajar untuk memahami anda boleh menjawab sebarang soalan mengenai topik tertentu.

2) Mengajar orang lain

  • Mengajar orang lain boleh membantu anda memahami konsep-konsep yang sukar. Untuk mengajar sesuatu, anda perlu tahu sendiri. Semasa anda mengajar anda belajar kerana anda terpaksa menyatakan maklumat dalam kata-kata anda sendiri. Anda mungkin perlu mengulangi diri sendiri yang menguatkan maklumat. Pelajar anda akan bertanya soalan dan anda perlu menganalisis soalan dan menjawabnya. Pengajaran memperdalam pemahaman anda tentang subjek.

3) Sertai kumpulan belajar

  • Kadang-kadang seseorang akan tahu lebih banyak tentang topik daripada yang lain dan berkongsi dengan orang lain. Setiap topik boleh diterokai oleh lebih daripada satu otak. Anda akan dapat menangani soalan kompleks pada kertas masa lalu sebagai kumpulan. Kumpulan belajar juga boleh membuat pembelajaran dan keseronokan belajar. Anda juga termotivasi untuk belajar dalam satu kumpulan.

4) Jaga kesihatan diri sendiri

  • Anda harus sentiasa makan dengan betul dan mendapat cukup tidur. Pelajar cenderung mengganggu jadual tidur mereka semasa tempoh peperiksaan.  Anda akan menyimpan lebih banyak maklumat dalam keadaan yang sihat supaya makan dengan baik dan berehat sebaik sahaja anda belajar untuk peperiksaan. Anda harus mendapat sekurang-kurangnya 8 jam tidur.

5) Uji diri sendiri

  • Menguji diri anda boleh membantu anda melihat apakah anda memahami maklumat tersebut. Ia akan membantu mengukur kawasan yang anda perlukan untuk memberi tumpuan kepada lebih banyak lagi. Kadang-kadang anda fikir anda tahu konsep itu tetapi apabila anda cuba menjawab soalan anda mendapati ia mencabar. Ujian diri membantu anda memahami topik anda dengan sangat baik.