Posts

Teknik Menjawab Soalan Objektif Kertas 1 Sains UPSR

TEKNIK MENJAWAB SOALAN OBJEKTIF KERTAS 1 SAINS.
▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄

Jenis Item

✔ Objektif Aneka Pilihan

✔ Pilihan Jawapan Terdiri Daripada Empat Jawapan A,B,C Dan D

✔ Tiada Soalan Aneka Gabungan Seperti
A. I ,Ii
B. Ii , Iii
C. Iii, Iv
D. I, Ii, Iii ,Iv

✔ Bilangan Soalan 40

✔ Jumlah Markah 40

✔ Satu Soalan Membawa Satu Markah

✔Tempoh Ujian 1 Jam

✔ Satu Soalan Diperuntukkan 1.5 Minit

Konstruk Yang Diuji

✎ Mengetahui = Fakta, Istilah, Mengelas, Urutan, Kaedah, Prinsip

✎ Memahami =Terjemahan, Pentafsiran, Ekstrapolasi

✎ Aplikasi

➳ Garis Panduan Apabila Menjawab Soalan Kertas 1.

Berikut adalah beberapa panduan yang akan membantu pelajar menjawab dengan betul soalan Kertas 1 Sains UPSR.

✍ Bulatkan atau gariskan perkataan yang penting dalam perkara ini. Ini akan membantu anda memberi tumpuan kepada maklumat yang paling diperlukan untuk mengenal pasti pilihan jawapan yang betul.

✍ Baca semua pilihan jawapan.

✍ Batalkan pilihan jawapan yang anda pasti salah. Ini akan membantu anda mencari pilihan jawapan yang betul.

✍ Mencari dua pilihan jawapan yang bertentangan. Salah satu daripada dua pilihan jawapan mungkin betul.

✍ Cari petunjuk tentang pilihan jawapan yang betul. Petunjuk diperoleh melalui pengalaman daripada latih tubi yang dilakukan sebelum peperiksaan.

✍ Cari pilihan jawapan yang mengandungi bahasa yang digunakan oleh guru atau yang terdapat dalam buku-buku teks anda.

✍ Jangan menukar jawapan awal anda melainkan anda pasti satu lagi pilihan jawapan adalah betul.

⚑ Langkah-Langkah Ketika Menjawab Soalan Objektif Kertas 1

Mari kita bincangkan langkah-langkah yang perlu diambil oleh calon bagi menjawab Soalan Objektif Sains Kertas 1

☞ Langkah 1

➟ Baca soalan dengan tenang.

➟ Gariskan perkataan/kekunci/petunjuk yang diberikan dalam soalan.

☞ Langkah 2

➟ Fahami arahan soalan. Anda perlu tahu apa tugasan yang diberikan untuk membantu anda memilih jawapan yang betul.

➟ Contoh arahan atau tugasan soalan adalah seperti berikut;

1. Apakah maksud tenaga yang boleh diperbaharui?

2. Kenapa kulapok tumbuh di atas permukaan roti selepas seminggu?

3. Apakah kesan penebangan hutan secara tidak terkawal?

4. Kira kelajuan kereta A.

5. Apakah yang akan terjadi sekiranya semua tikus mati diracun?

6. Yang manakah faktor-faktor yang menyebabkan hakisan tanah boleh berlaku?

☞ Langkah 3

➟ Cari petunjuk jawapan yang betul.

➟ Selalunya, petunjuk boleh dikenalpasti pada rangsangan soalan seperti rajah, jadual, keterangan soalan dan pilihan jawapan.

☞ Langkah 4

➟ Singkirkan pilihan jawapan yang kamu pasti salah. Lazim, terdapat dua pilihan jawapan yang pasti salah.

➟ Pengalaman melalui latihan menjawab soalan, nasihat guru dan kekerapan latih tubi akan banyak membantu kamu mengenalpasti pilihan jawapan yang salah.

☞ Langkah 5

➟ Tandakan pilihan jawapan yang betul dalam kertas soalan.

➟ Hitamkan pilihan jawapan yang betul dengan baik pada Borang Jawapan.

➟ Semak nombor soalan. Pastikan kamu menghitamkan jawapan pada Borang Jawapan mengikut nombor soalan dalam kertas soalan.

TEKNIK GPS

G = Garis: Garis kehendak soalan

P = Potong: Potong bukan jawapan

S = Selesai: bulatkan jawapan

Semoga dengan coretan Cikgu ini dapat membuka mata dan minda Ibu Bapa, Guru-guru dan Anak-anak yang bakal menduduki Peperiksaan UPSR 2019 untuk mengorak langkah dengan membaiki kelemahan anak-anak dalam menjawab Kertas 1 Sains. Insya Allah…

 

Sumber: Personal Home Tuition Cikgu Shahrul

Untuk pertanyaan lanjut Bagaimana untuk bantu anak anda secara personal Tuition, boleh Whatsapp ‘bHTM’ ke 0194626840.