Posts

Masalah-Masalah Pelajar Semasa Menjawab Soalan Sains UPSR

Masalah-Masalah Pelajar Semasa Menjawab Soalan Sains UPSR

Hari ini semasa sesi Coaching Sains Cikgu mendapat beberapa dapatan daripada Peserta-peserta Coaching Sains ini mengenai masalah utama semasa menjawab soalan sains. Semoga dapatan Cikgu ini dapat membantu mengatasi masalah-masalah yang mungkin sama terjadi pada diri anak-anak diluar sana..

Peserta-peserta Coacing Sains Cikgu sering mengutarakan masalah yang sama iaitu…😡😬πŸ˜₯😱😎

1. 😎😎TAK TAHU NAK GARIS KATA KUNCI DALAM SOALAN.😎😎

Semasa Membaca Soalan anda akan dapati terdapat fakta-fakta penting yang dimasukkan dalam soalan… Fakta-fakta atau petunjuk ini perlu digariskan untuk membantu anda fokus pada soalan dan petunjuk yang telah diberikan dalam soalan… Kalau perkataan “yang’ pon anda garis adakah bermaksud perkataan ‘yang’ itu membawa petunjuk… Nak garis kata kunci ni pon dah kena belatih dari sekarang… Jangan masa Peperiksaan UPSR sebenar baru nak garis… Dah terlambat!

2. 😱😱TAK TAHU SOALAN NI DARI TAJUK YANG MANA?😱😱

Selepas membaca soalan yang diberikan sepatutnya anda telah mengetahui soalan ini merujuk kepada tajuk yang mana satu yang telah anda pelajari…

Masalahnya Murid biasa keliru atau terlupa tajuk yang telah mereka pelajari dari tahun 3 hingga Tahun 6… Contoh: Soalan mengenai haiwan dan makanannya… Ada Murid yang kata tajuk kemandirian spesis ada yang kata rantai makanan.. Sebenarnya soalan dari tajuk Tahun 3 Haiwan.. Jadi mula menjawab dengan rujukan yang salah… Hasilnya jawapan yang salah…

3.πŸ˜₯πŸ˜₯Β TAK TAHU NAK SAMPAIKAN MAKLUMAT.πŸ˜₯πŸ˜₯

Masalah ini sering terjadi tanpa disedari oleh murid… Perkataan-perkataan yang dipilih semasa menjawab soalan tidak sesuai dan menjadi tanda tanya kepada pemeriksa jawapan…

Sebagai contoh… Soalan: Mengapakah Penyangkut besi perlu disalut dengan Plastik?

Jawapan: Penyangkut besi disalut plastik disebabkan oleh karat

Betul kah jawapan sebegini? sudah tentu salah…

Jawapan yang Tepat: Untuk mengelak penyangkut besi berkarat.

Terdapat banyak lagi contoh yang boleh diambil untuk menunjukkan masalah murid yang tidak mahir menyampaikan maklumat dengan betul

4. 😬😬TIDAK MENGETAHUI CARA MENJAWAB YANG BETUL.😬😬

Masalah ini juga mengganggu semua Guru Sains seperti Cikgu … Berkali-kali diulang masih ada diantara Murid Cikgu yang terlupa cara yang betul menulis jawapan bagi soalan KPS…

Contoh: Apakah hubungan bagi penyiasatan diatas?
Untuk menyiasat hubungan diantara kualiti makanan ikan dengan saiz ikan selepas sebulan

Jawapan yang sepatutnya semakin bertambah kualiti makanan ikan semakin bertambah saiz ikan selepas seminggu…

Ini antara contoh yang pernah terjadi semasa Cikgu menyemak Kertas Peperiksaan murid-murid cikgu… Banyak lagi kesilapan yang telah cikgu lihat semasa menyemak kertas soalan Sains…

5. 😡😡TIDAK TAHU BUANG JAWAPAN PENGGANGGU😡😡

Masalah ini timbul semasa menjawab soalan Kertas 1… Pilihan jawapan yang diberi disertakan dengan PENGGANGGU…

Kebanyakan murid Cikgu tidak mahu potong atau buang penggganggu dalam jawapan ini menyebabkan mereka keliru semasa menjawab soalan.. Bukan susah pon buang Pengganggu ni… Bila anda tak yakin itu bukan jawapan yang sebenar anda akan keliru… jadi dinasihatkan buanglah Pengganggu

😡😬πŸ˜₯😱😎
Semoga perkongsian cikgu ini memberi sedikit sebanyak idea untuk murid menjawab soalan SAINS dengan lebih yakin dan tepat…