Posts

Bagaimana Nak Bagi Pelajar Mudah Faham Konsep Dalam Add Maths?

AddMaths In Action

 

“Raj, tak yah ler buat semua action tu, bukannyer keluor dalam exam pon”

eh eh kome, Yer teman meme sedor pun takkan ditanya aktiviti tu dalam ujian. Teman paham sungguh.

Tetapi bebudak kita ni, sian kat deme, diasak, digasak dengan bertubi tubi dengan latih tubi.

Jadi teman pun ambik le kesempatan untuk menunjukkan kisah disebalik latih tubi itu yang memang deme tak pernah didedahkan langsung. Jadi pelengkap kepada apa yang dibuat oleh Guru. Kita support guru ngan dedahkan aktiviti gini pada pelajar.

Apa tujuan nyer?

Tujuan utama, nak dedahkan kepada pelajar, selama ini, apa jua yang deme kira, macam maner rhoper nyer bila diaplikasi menggunakan barangan yang mudah didapati daripada sekeliling.

Contoh nyer, Pengamiran.

Pernah dok terpikir, bagaimana pengamiran boleh digunakan untuk mencari isiupadu cawan?

Apa nilai bacaan yang diperlukan?

Bagaimana nak sukat? nilai tersebut?

Mengapa perlu disukat bacaan tersebut?

Bila bacaan tu tak diperolehi, apa yang akan berlaku?

Takde alternatif lain ke?

Semua persoalan ini, kome takkan jumpa bila buat latih tubi, percayalah! Dan proses proses ini banyak yang teman pelajari daripada Dr Ihsan Ismail semasa menghadiri bengkel IBME di CMN Academy tahun lepas.

Sebelum itu memang ada teman buat aktiviti begini, tetapi di IBME, baru nampak lebih jelas kepentingan untuk teman buat aktivti secara lebih sistematik.

Stem

Aktiviti ni bukan untuk suka semata mata.

Dan aktiviti ini sebenarnya memang dapat memberikan Aha Moment kepada peserta.

Yang kalau dulu nyer benci, sekarang ni bertambah ler kasih sayang nyer, sebab ianya memberikan makna yang lebih realistik terhadap kiraaan yang dibuat sebelum ini.

Nampak lebih jelas kegunaan nya, aplikasinya dan mengapa dibuat begitu dan begini sesuatu kiraan tersebut.

Balik kepada aktiviti tersebut, masa kira gunakan aedah Pengamiran, isipadu yang diperolehi adalah 167 cm^3.

Tetapi bila dituang air, dan disukat bacaan isipadu air, jawapannya 174 cm^3. Kenapa? Naper tak sama ngan bacaan yang dikira? Ada sebab nyer yang teman udah pon ceritakan kepada pelajar.

Dan teman sebelum ini membenarkan plus minus 10^cm3 untuk ralat berlaku.

Dan selepas itu beralih ke aktiviti menentukan persamaan lengkung rantai yang digantung.

Rantai tu teman guna handbeg wife ( pinjam )….dan apa yang menarik adalah untuk mencari persamaan lengkung itu. dan persamaan yang diperolehi itu, boleh disemak melalui DESMOS.

So itu lah kelainan yang ingin bawa didalam dunia AddMaths ini bersama sama dengan pelajar?

Dan apakah pula maklumbalas pelajar/guru yang mengikuti sesi BEST ini?

Seminar BEST SPM CMN Academy

#Tutor_Raj

ps: Terima Kasih kepada Team disebalik tabir yang melancarkan proses Bengkel Online ini.

CEO Mohd Noor Tahir yang agak peka dan teliti dengan flow majlis.

Coach Mohamad Isa Bin Idris sebagai pengerusi Majlis yang menceriakan peserta dengan aktiviti energisernye dan tak dilupakan juga kepada Coach Amir Syazwan Manaf yang mengendalikan isu isu teknikal berbangkit sepanjang program berlangsung.

 

Dan kepada semua warga CMN serta Team Funtastic Online (FOT) kita, terima kasih kerana memberikan support untuk menjayakan Seminar BEST ini.

Tq semua.

Sir Rajinder

Speaker Funtastic Add Maths

Silibus Baru…Format Baru…Betul Ke Pelajar Haru?

Yang di nanti-nanti sudah datang
Kita meraikan speaker Sejarah OhSem
CK – Cikgu Kharmila

 

CK bersama Coach Mohd Noor dan Cikgu Isa

 

Sesi Live CK bersama Tuan Isa

 

Sebelum kita pergi ke topik Sejarah Ohsem, mari kita baca serba-serbi sedikit berkenaan CK.

Ada sesetengah yang dah kenal CK ni siapa sebab selalu follow up CK dekat facebook page dia.

Bagi siapa yang belum kenal, Cikgu Kharmila@CK berasal dari Kuantan tetapi menetap di Johor Bharu. Dulu CK berada di dalam bidang Environmental Science lepastu tiba-tiba masuk bidang Sejarah.

CK dapat masuk bidang Sejarah bila CK apply kerja di Private School dengan subjek BM sebab CK dah ajar BM di pusat tuisyen selama 7 tahun jadi semua petua dan skills CK dah tahu, dan tiba-tiba ditawarkan untuk mengajar subjek sejarah.

Reaksi CK masa tu macam “WHATTT” tapi pihak sekolah kata “TAKE IT OR LEAVE IT” haaaaa. Macam mana tu?

CK juga ada menlis satu modul berjudul ‘Sejarah OhSem’ untuk menyahut silibus baharu KSSM. Macam mana CK ajar Sejarah menggunakan silibus baru, macam haru je.

Nak tahu lebih lanjut? Mari saksikan siaran ulangan live bersama CK dan Cikgu Isa.

 

Antara isi kandungan dan persoalan yang terdapat dalam perbualan CK dan Cikgu Isa,

Nak tahu kenapa CK terbalikkan meja pelajar?

Sebesar manakan pengaruh silibus baru terhadap kecemerlangan pelajar?

Bagaimana dengan penerimaan ibu bapa, guru dan pelajar dengan silibus baru?

Sejauh mana pula format baru mempengaruhi kejayaan pelajar?

 

Adakah hafal merupakan kaedah terbaik dalam usaha berhadapan dengan cabaran silibus baru, format baru ini?
Ye ke?

 

Cara pembelajaran dan pengajaran CK dalam bidang Sejarah,

Mari ikut cara pembelajaran CK dengan sistem FAFAU

 

Jom dengar perkongsian daripada Cikgu Kharmila @ CK…

 

CMN Academy (Facebook)
https://www.facebook.com/cmnacademyhometuitionmentoring/

CMN Academy (Youtube)
https://www.youtube.com/channel/UCw_opwBM2PCm1WHvkaALh5g

 

Untuk info lanjut berkenaan Home Tuition dan Online Tuition

mohon whatsapp “Nama_PersonalTuition” ke 011-1577 5761

Kelebihan Pembelajaran Secara Home Tuition

Dunia semakin pantas beredar, begitu juga dengan dunia pendidikan. Perubahan yang berlaku ini sedikit sebanyak memperkembangkan dunia tuisyen seiringan bersamanya. Ini menjadikan peranan tuisyen sangat penting dalam membantu arus pendidikan.

Tuisyen boleh didefinisikan secara umum sebagai kelas bimbingan yang biasanya dijalankan di luar dari waktu pembelajaran formal. Cabang dalam dunia tuisyen ini pula banyak sekali seperti kelas tuisyen di sekolah, kelas tuisyen di rumah, kelas tuisyen berbayar, kelas tuisyen komersial, kelas tuisyen percuma dan sebagainya.

Kelas tuisyen di rumah atau lebih popular dipanggil sebagai home tuition bermaksud kelas tuisyen yang dijalankan di rumah, samada di rumah pelajar mahupun di rumah guru. Konsep asasnya adalah melibatkan bimbingan secara persendirian. Perbezaan ketara yang dapat kita perhatikan antara kelas tuisyen dan home tuition adalah dari segi perlaksanaan dan juga bilangan pelajar yang terlibat.

Berikut merupakan beberapa kelebihan pembelajaran secara home tuition yang boleh kita sebagai ibu bapa pertimbangkan dalam memastikan anak-anak kita mendapat pendidikan yang terbaik.

  1. Bimbingan Berfokuskan Individu

Proses pembelajaran ini berfokuskan individu yang akan membantu mengukuhkan pemahaman pelajar dengan lebih baik. Ini berbeza jika pembelajaran dilakukan secara umum dan dalam kumpulan bilangan pelajar yang agak ramai.

Biasanya, guru tuisyen akan menggunakan kaedah yang berbeza untuk mengenalpasti kebolehan dan kelemahan pelajar memandangkan setiap pelajar mempunyai pemahaman yang berbeza antara satu sama lain. Hal ini mudah untuk dilakukan kerana bilangan pelajar yang tidak ramai dalam satu masa.

 

  1. Membantu Meningkatkan Keyakinan Dalam Diri Anak-Anak

Apabila anak-anak kita dibimbing mengikut kemampuan diri, ia bukan sahaja dapat membantu mereka memahami apa yang dipelajari malahan juga dapat membantu membina keyakinan dalam diri mereka. Ini berlaku kerana semasa proses pembelajaran berjalan, mereka tidak perlu ada rasa malu pabila tidak menguasai sesuatu topik dan tidak perlu merasa rendah diri seperti mana jika belajar di dalam kelas atau di dalam kumpulan yang ramai.

 

  1. Ibu Bapa Dapat Memantau Anak Dengan Lebih Mudah

      Home tuition dapat membantu meringankan ibu bapa dalam pelbagai aspek. Paling utama ibu bapa dapat memantau dengan lebih dekat bagaimana proses pembelajaran anak mereka berlaku. Hasil yang mereka laburkan dapat mereka nilai sendiri sama ada ia berbaloi atau sebaliknya. Keadaan agak berbeza apabila mereka menghantar anak-anak ke pusat tuisyen, mereka tidak dapat mengukur sejauhmana pelaburan mereka berbaloi kerana proses tersebut tidak berlaku di depan mata mereka.

 

  1. Menjimatkan Kos

Ibu bapa juga boleh menjimatkan kos pengangkutan mereka. Jika menggunakan khidmat pusat tuisyen, ibu bapa terpaksa menghantar anak-anak setiap masa dan semestinya ini memakan kos yang tinggi, tambahan pula jika pusat tuisyen berkenaan jauh dari tempat kediaman. Jika menggunakan perkhidmatan home tuition, guru yang akan datang ke rumah tanpa perlu memeningkan kepala ibu bapa untuk pergi ke pusat tuisyen.

 

  1. Menjimatkan Masa

Zaman yang kian pantas beredar menyebabkan ibu bapa sering berkejaran dengan masa. Hal ini dapat membantu meringankan ibu bapa kerana tidak perlu meluangkan masa untuk keluar menghantar dan mengambil anak-anak. Selain itu masa yang ditetapkan juga lebih fleksibel dan boleh mengikut keperluan ibu bapa. Hal ini dapat membantu mengurangkan tekanan dari segi masa yang dihadapi oleh ibu bapa. Jika ada hal yang penting, ia dapat diubah suai mengikut kesesuaian ibu bapa hanya melalui perbincangan dengan guru tuisyen berkenaan.

Belajar SPM Selama 5 Bulan Sahaja? Lihat Ini Hasilnya….

Kisah ini menceritakan seorang calon persendiran SPM yang mengambil  semula peperiksaan SPM kerana ingin menjadi seorang cikgu? Sekolah Kafa Selangor memberi syarat bahawa beliau perlu lulus dalam Bahasa Arab sekiranya ingin menjadi seorang cikgu di sekolah tersebut.

Disebabkan itulah pelajar persendirian yang bernama  Puan Syazwani mengambil semula peperiksaan SPM hanya untuk Bahasa Arab.

Puan Syazwani merupakan seorang guru di sekolah tadika, beliau memberitahu bahawa beliau tidak tahu langsung mengenai Bahasa Arab. Disebabkan Sekolah Kafa Selangor memberitahu yang perlu ada lulusan Bahasa Arab, beliau sanggup mengambil semula peperiksaan SPM untuk Bahasa Arab sahaja. Puan Syazwani mencari seorang guru yang boleh mengajar Bahasa Arab dan beliau terjumpa dengan Page CMN Academy di laman Facebook.

Beliau menghubungi pihak CMN Academy untuk mencari seorang guru yang pakar dalam Bahasa Arab. Pihak CMN Academy memberitahu Puan Syazwani bahawa beliau telah mendapat seorang tutor yang pakar dalam Bahasa Arab iaitu Ustazah Wahidah.

Pembelajaran Bahasa Arab dijalankan dengan tutor datang ke rumah puan syazwani. Ustazah Wahida mengajar beliau dengan teliti kerana untuk mempelajari Bahasa Arab bukanlah perkara yang mudah untuk difahami dalam masa yang singkat. Puan Syazwani belajar Bahasa Arab selama 5 bulan sahaja kerana ketika itu peperiksaan SPM sudah dekat.

Selepas menduduki SPM, Puan Syazwani memberitahu bahawa beliau boleh dan dapat menjawab soalan tersebut walaupun soalan Bahasa Arab itu sedikit mengelirukan. Semasa hari keputusan SPM syawani memberitahu Ustazah Wahidah bahawa beliau lulus dalam peperiksaan Bahasa Arab dengan mendapat C+

Alhamdulillah, dengan keputusan tersebut membolehkan Puan Syazwani memohon untuk menjadi guru di Sekolah Kafa Selangor dan beliau layak menjadi guru di sekolah tersebut.

Kami di CMN Academy mengucapkan tahniah kepada puan Syazwani kerana berjaya melayakkan diri dalam permohonan menjadi guru di Sekolah Kafa Selangor.

Kami di CMN Academy sentiasa berusaha memberikan yang terbaik kepada klien kami.

Di bawah menunjukan video pembelajaran Syazwani bersama Ustazah Wahidah dalam Closed Group Jom Belajar Bahasa Arab (boleh request untuk join untuk tonton video-video pembelajaran Bahasa Arab secara PERCUMA:-

 

Untuk info lanjut mengenai Home Tuition untuk anak anda, boleh tekan button di bawah

“Anak Saya Pemalu, Disebabkan Itu Saya Ambil Home Tuition.”

“Anak Saya Pemalu, Disebabkan Itu Saya Ambil Home Tuition.”

Puan Anis sebagai ibu kepada anaknya menceritakan bagaimana beliau mengatasi masalah yang dihadapi oleh anaknya. Puan Anis memberitahu bahawa beliau dapat tahu mengenai Home Tuition CMN di Facebook. Sebelum Home Tuition puan anis berkata yang anaknya pergi ke pusat tuisyen, anaknya berkata yang dia tidak dapat memberi tumpuan dengan baik dan susah untuk bertanyakan soalan kerana beliau agak pemalu.

 

Disebabkan itu Puan Anis megambil Home Tuition untuk anaknya supaya selesa dan lebih fokus. Menurut Puan anis, tutornya sangatlah baik dan bagus kerana menyediakan bahan-bahan untuk sesi pembelajaran dan teknik pembelajaran yang berbeza dari biasa.

Baca lagi: Apakah Pembelajaran Yang Mampu Membantu Pelajar UPSR Belajar Dengan Mudah & Seronok?!

 

Puan Anis memilih Home Tuition lebih kerana menurut beliau sekiranya ada kecemasan seperti anaknya sakit, boleh tukar tarikh dan tidak rumit. Selain itu, Puan anis juga menyukai kerana anaknya berasa selesa dan mudah untuk berkomunikasi dengan tutor. Dari sudut jangkaan untuk tutor, Puan Anis tidak memilih kerana menurut beliau, semua orang mempunyai kelebihan masing-masing.

Sekiranya student tidak minat dengan tutor  tersebut maka apa yang di ajar oleh tutor susah untuk pelajar ingat dan faham. Manakala sekiranya pelajar itu minat dan suka dengan tutor tersebut maka lebih mudahlah untuk faham.

Kami Di CMN Academy  ingin mengucapkan terima kasih kepada Puan Anis kerana menggunakan perkhidmatan home tuition kami dan memberikan feedback yang amat baik dan positive kepada kami dan masyarakat yang lain.

Di sini kami menunjukan vedio tayangan feedback oleh Puan Aini :-

 

Untuk info lanjut mengenai Home Tuition untuk anak anda, boleh tekan button di bawah

 

Mudahnya Add Maths SPM #3: Persamaan Kuadratik

Mudahnya Add Maths SPM #3: Persamaan Kuadratik

PERBINCANGAN PAPER SPM PERCUBAAN SBP 2017

 

SOALAN 2

KAEDAH  (i) Daripada nilai persilangan paksi-y

  • Diperoleh daripada fungsi dan graf yang diberi
  • Punca persamaan kuadratik adalah persilangan grafnya di paksi -x
  • Bersesuaian dengan koordinat titik [2.0]
  • Gantikan nilai x=2 dan selesaikan persamaan bagi mendapatkan nilai q
  • Jawapan (boleh lihat dalam video)

KAEDAH (ii) Daripada nilai persilangan paksi -x iaitu puncanya 

  • f(x)=0
    2x-12x+q=0
    (2x-12x+q) / 2 = 0/2
  • Bandingkan nilai HTP dan HDP
  • Ungkapkan nilai daripada salah satu persamaan
  • Gunakan nilai itu kedalam persamaan yang satu lagi. Kemudian selesaikan untuk mendapatkan nilai
  • Jawapan (boleh lihat dalam video)