Posts

Mengukuhkan Fakta Sains Tahun 5: Soalan UPSR Sains Kertas 2

Alhamdulillah Cikgu diberi peluang untuk menyampaikan sesuatu pada minggu ini. Baki sebulan yang masih tinggal perlu digunakan sebaik mungkin oleh Calon-calon UPSR dan guru-guru untuk memperbaiki keputusan Peperiksaan bagi setiap subjek.

Berikut adalah tajuk-tajuk Sains Tahun 5 yang telah disoal dalam kertas 2 dari tahun 2016 hingga 2018 :-

 

 

Boleh dikatakan setiap tahun sebanyak 3 soalan Sains Kertas 2 adalah dari Sukatan Pelajaran Sains Tahun 5…

Jadi ada beberapa tajuk yang menjadi perhatian bagi guru-guru Sains dan banyak diuji dalam Soalan Percubaan beberapa Negeri…

Untuk Mengukuhkan Fakta Sains Tahun 5:

Soalan UPSR Sains Kertas 2 (SIRI SATU) ini Cikgu ingin berkongsi 2 tajuk penting yang perlu anak-anak Calon-Calon UPSR 2019 ambil peduli dan mengingati Fakta-Fakta yang terkandung dalam tajuk tersebut…

~~

1. PROSES HIDUP TUMBUHAN

✎ Ciri khas tumbuhan untuk melindungi diri.

✎ Tumbuhan perlu melindungi diri daripada sebarang ancaman.

✎ Ancaman-ancaman kepada tumbuhan kebiasaannya dilakukan oleh:

✎ Manusia/ Haiwan.

✎ Cuaca

 

Ciri khas tumbuhan untuk melindungi diri dari haiwan/manusia

 

Ciri khas tumbuhan untuk melindungi diri dari cuaca

 

 

2. PENCARAN BIJI BENIH

✎ Pencaran ialah cara untuk membawa biji benih jauh daripada induknya.

✎ Cara pencaran dikenali sebagai agen pencaran biji benih.

✎ Biji benih dan buah boleh dipencarkan melalui:

a) air
b) angin
c) haiwan
d) mekanisme letupan

 

Ciri – Ciri Biji Benih atau Buah

✎ Angin – Ringan, kecil, mempunyai struktur seperti sayap dan bulu halus.

✎ Haiwan – Berisi, berwarna terang, biji yang keras, boleh dimakan, mempunyai bau harum dan mempunyai cangkuk.

✎ Air – Mempunyai ruang udara, kulit yang berlilin dan bersabut.

✎ Mekanisme letupan – Kulit kering dan merekah apabila masak.

 

Kepentingan Pencaran Bijih Benih

 

 

3. SUMBER DAN BENTUK TENAGA

✎ Tenaga ialah kebolehan untuk membuat kerja.

✎ Hidupan memerlukan tenaga untuk menjalani proses hidup dan menjalani aktiviti seharian.

✎ Benda bukan hidup memerlukan tenaga untuk berfungsi dan menjadikannya boleh digunakan.

✎ Matahari ialah sumber tenaga utama.

 

Jenis-Jenis bentuk TENAGA dan Penerangannya

• Tenaga Keupayaan – tersimpan dalam objek mengikut kedudukan dan keadaan

• Tenaga Haba – SUHU panas

• Tenaga Bunyi – objek yang bergetar

• Tenaga Kinetik – objek yang bergerak

• Tenaga Elektrik – pengaliran cas elektrik

• Tenaga Suria – matahari dan diserap menggunakan panel suria atau sel suria

• Tenaga Cahaya – memancarkan cahaya

• Tenaga Nuklear – berasal daripada bahan nuklear seperti uranium

• Tenaga Kimia – tenaga yang tersimpan dalam makanan, bahan api fosil, biojisim, bateri

 

 

Contoh Perubahan Bentuk Tenaga

 

Definisi Sumber Tenaga BOLEH dibaharui

Tenaga yang boleh dijana daripada sumber yang sentiasa ada secara berterusan. Sumber tenaga yang boleh diganti selepas habis digunakan.

✎ Contoh Sumber Tenaga boleh dibaharui
• Matahari, Biojisim, Ombak, Angin, Air, Makanan

Definisi Sumber Yang TIDAK BOLEH dibaharui
Tenaga yang tidak boleh dijana atau diganti setelah habis digunakan.

✎ Contoh sumber tenaga tidak boleh dibaharui
• Gas Asli, Arang Batu, Bateri, Petroleum, Nuklear

 

Cara – Cara Penjimatan Tenaga

• Menutup peralatan elektrik apabila tidak digunakan
• Hanya gunakan mesih basuh apabila penuh
• Menggunakan peralatan elektrik yang jimat elektrik
• Menggunakan pengangkutan awam
• Mengamalkan kongsi kereta ke tempat kerja
• Mengamalkan kitar semula dan guna semula

 

~~~
Semoga dengan perkongsian Cikgu tentang Mengukuhkan Fakta Sains Tahun 5: Soalan UPSR Sains Kertas 2 (SIRI SATU) ini dapat membantu Calon-calon UPSR menjawab soalan-soalan Sains Kertas 2 dari tajuk Tahun 5 dengan mudah dan tepat…

✅✅✅✅✅✅✅✅

Video Bengkel Sains Kertas 2 Cikgu Shahrul Secara Online

[PERHATIAN KEPADA IBU BAPA & PENDIDIK] RAHSIA CEMERLANG SAINS UPSR KERTAS 2 KINI DIBONGKARKAN!

 

SAINS adalah salah satu Subjek Teras UPSR.
Kebiasaannya pelajar alami isu dalam nak jawab & cemerlang Kertas 2.

Kenapa?

Sebab Kertas 1 ada pilihan jawapan, tapi Kertas 2… ianya berbentuk subjektif.
Jadi pelajar perlu lebih faham & ingat untuk ‘tackle’ soalan tersebut.

ADAKAH ANDA :

👉 BUNTU TIAP KALI ANAK ANDA TIDAK FAHAM UNTUK MENJAWAB SAINS UPSR KERTAS 2??!

👉 SERING MENDENGAR KELUHAN ANAK ANDA TIDAK FAHAM KEHENDAK SOALAN??

👉 MEMPUNYAI ANAK YANG GAGAL MEMPEROLEHI KEPUTUSAN CEMERLANG DALAM MATA PELAJARAN SAINS UPSR?

👉 TAHU ANAK ANDA MASIH TIDAK FAHAM SKEMA PERMARKAHAN JAWAPAN?

JANGAN BIMBANG… JANGAN GUSAR

KINI…CIKGU SHAHRUL (Pengalaman 15 tahun sebagai Guru Sains KPM) dengan usahasama bersama CMN ACADEMY telah berjaya mengadakan sesi kelas online yang julung-julung kalinya dihasilkan!!

Video yang berdurasi selama 2 jam ini mampu membantu pemahaman anak anda dan memberi gambaran yang lebih jelas betapa anak anda mampu menjawab soalan sains kertas 2 dengan mudah dan dapat memberi info terbaik untuk persediaan Anak anda menghadapi UPSR.. Insya Allah

Bagaimana dengan ANDA??
ingin turut sama memiliki video tersebut??

CARA DAPATKAN VIDEO RECORDING SAINS UPSR KERTAS 2

Follow Step di Bawah :

1) Pergi ke website digylearn.cmnacademy.com

2) Pilih course Bengkel Online Sains UPSR Kertas 2-Cikgu Shahrul

3) Pilih Add To Cart

4) Login jika dah ada account,

5) Jika belum, pilih Register Now dan tekan button Sign Up

6) Pilih View Cart dan tekan Proceed To Checkout

7) Isi Billing Detail.

8 ) Tekan Place Order

9) Tekan http://www.wasap.my/60132230180/DonePlace untuk approve permintaan anda untuk ke Course berkenaan.

10) Dah approved, masuk balik course tersebut dan pilih ruangan ‘Curiculum’

11) Boleh play video dan DONE.

Terima Kasih 🙂

Semoga kejayaan milik anak anda!!

 

‘Card Games’ Bersama Cikgu Zaijuhasriza

PROSES HIDUP HAIWAN

 

Hai adik-adik! apa khabar?

Macam mana belajar? Mesti penatkan…

Harini, akak nak kongsikan satu permainan supaya pembelajaran adik-adik jadi lebih menarik walaupun adik-adik penat belajar bertungkus lmus. Haaa mari hilangkan stress dengan bermain bersama-sama cikgu.

Nak tahu lebih berkaitan dengan topik Proses Hidup Haiwan Funtastic kita bermain sambil belajar.Tak payah nak stress-stress.

http://Tuisyenfreetrial.wasap.my

 

Untuk info lanjut berkenaan Home Tuition dan Online Tuition mohon whatsapp “Nama_PersonalTuition” ke 011-1577 5761 CMN

 

CMN Academy (Facebook)
https://www.facebook.com/cmnacademyhometuitionmentoring/

CMN Academy (Youtube)
https://www.youtube.com/channel/UCw_opwBM2PCm1WHvkaALh5g