Posts

[UPDATE] 10 Rahsia Penting Kertas 2 Sains UPSR 2019

Hari ini Cikgu Shahrul ingin kongsikan RAHSIA PENTING Kertas 2 Sains UPSR yang sepatutnya sudah TIDAK MENJADI RAHSIA kepada semua calon-calon UPSR 2019.

Namun masih ada murid yang tidak tahu atau terlupa perkara asas ini sebelum menjawab soalan-soalan kertas 2 Sains… Semoga perkongsian ini berguna kepada guru dan murid-murid yang membacanya…

 

1. FAKTA SAINS DARI TAHUN 3 KE TAHUN 6 PERLU DIHAFAL

Mengikut kiraan Cikgu dari kertas 2 Sains UPSR dari Tahun 2016 hingga 2019 terdapat jumlah yang berbeza bagi soalan Fakta bagi setiap tahun. Data soalan Fakta adalah seperti berikut:-

⌘ UPSR 2016 – 26 Markah Soalan Fakta
⌘ UPSR 2017 – 22 Markah Soalan Fakta
⌘ UPSR 2018 – 22 Markah Soalan Fakta

2. PEMBOLEH UBAH TERDIRI DARI 3 IAITU:

 

3. TUJUAN PENYIASATAN INGAT “UMHD” PM dengan PB

✎ U – untuk
✎ M – menyiasat
✎ H – hubungan
✎ D – diantara

✎ PM – Pemboleh ubah diManipulasi
✎ PB – Pemboleh ubah Bergerakbalas

g. CONTOH : Untuk Menyiasat Hubungan Diantara bilangan sel kering dengan kecerahan mentol.

✎ PERLU KENAL PASTI PEMBOLEH UBAH BERGERAKBALAS DAHULU.

✎ Pemerhatian untuk 2 objek guna kaedah perbandingan (lebih besar daripada/ berbanding)
CONTOH: Saiz ikan di kolam Pak abu lebih besar daripada ikan dikolam Pak ali

✎ Pemerhatian untuk 3 objek dan lebih guna perkataan PALING
CONTOH: Saiz ikan dikolam pak abu Paling besar berbanding ikan dikolam lain.

 

 

4. PEMERHATIAN MESTI DIMULAKAN DENGAN “PB”

✎ PERLU KENAL PASTI PEMBOLEH UBAH BERGERAKBALAS DAHULU.

✎ Pemerhatian untuk 2 objek guna kaedah perbandingan (lebih besar daripada/ berbanding)
CONTOH: Saiz ikan di kolam Pak abu lebih besar daripada ikan dikolam Pak ali

✎ Pemerhatian untuk 3 objek dan lebih guna perkataan PALING
CONTOH: Saiz ikan dikolam pak abu Paling besar berbanding ikan dikolam lain.

 

 

 

5. INFERENS PERLU ADA ‘KERANA’

⚑ JIKA TIDAK ADA PEMERHATIAN DALAM SOALAN PERLU DIMULAKAN DENGAN PEMERHATIAN
CONTOH: Saiz ikan di kolam Pak abu paling besar berbanding kolam ikan yang lain KERANA ikan dalam kolam pak abu mendapat makanan yang paling banyak

⚑ JIKA PEMERHATIAN TELAH DIBERIKAN DALAM SOALAN TERUS JAWAB ‘KERANA’
CONTOH: KERANA ikan pak abu kurang persaingan untuk mendapatkan makanan dan ruang

⚑ INFERENS BOLEH RUJUK PEMBOLEHUBAH DIMANIPULASI

 

 

 

6. CORAK ATAU POLA PERUBAHAN CUMA ADA 3 JENIS JAWAPAN

⚑ BERTAMBAH (meningkat/menaik) – ditulis apabila nombor atau pola semakin membesar

⚑ BERKURANG (menurun) – ditulis apabila nombor atau pola semakin mengecil

⚑ SAMA (mendatar) – ditulis apabila nombor atau pola tidak berubah

 

 

 

7. MERAMAL ADALAH BERDASARKAN POLA ATAU FAKTA SAINS

 JIKA berdasarkan pola, perlu buat garis nombor
CONTOH : 2, 4, 6, 8, 10, X jadi X adalah 12

 JIKA berdasar fakta, Perlu fikir logik dan berdasarkan fakta
CONTOH : ramalkan apa yang akan berlaku jika Bumi di kedudukan Utarid? Jawapan: Semua hidupan akan mati

 

 

8. HIPOTESIS ATAU HUBUNGAN guna kaedah ‘H’

 Jika PM dan PB mempunyai pola guna Semakin… Semakin

CONTOH : Semakin ▍(POLA) ▍ PM
▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀
Semakin ▍(POLA) ▍ PB

Semakin Bertambah bilangan mentol
Semakin berkurang kecerahan nyalaan mentol

 

 Jika PM dan PB tidak mempunyai pola guna Jika… Maka

CONTOH : Jika ▍ PM ▍(pola atau kenyataan)
▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀
maka ▍ PB ▍(pola atau kenyataan)

Jika jenis larutan bersifat asid
Maka kertas litmus biru akan bertukar merah

 

9. KESIMPULAN juga guna kaedah ‘H’

 Jika PM dan PB mempunyai pola guna Apabila… maka

CONTOH : Apabila ▍ PM ▍(pola atau kenyataan)
▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀
maka ▍ PB ▍(pola atau kenyataan)

Apabila bilangan mentol Bertambah
maka kecerahan nyalaan mentol Berkurang

Apabila jenis larutan bersifat asid
Maka kertas litmus biru akan bertukar merah

 Kesimpulan juga boleh menggunakan inferens sebagai KESIMPULAN UMUM

CONTOH: Tumbuhan memerlukan air untuk hidup

10. Jadual dan Carta Perlu betul kedudukan PM dan PB

 Jadual PM di kiri PB di kanan atau PM di atas PB di bawah

 

 Graf atau carta palang PM di bawah PB diatas

 

 

Semoga perkongsian ini dapat membantu semua para pembaca dan dapat memberi input yang berguna kepada calon-calon UPSR 2019..

 

Ingin dibantu untuk menghadapi Sains UPSR?

 

Video Bengkel Sains Kertas 2 Cikgu Shahrul Secara Online

 

[PERHATIAN KEPADA IBU BAPA & PENDIDIK] RAHSIA CEMERLANG SAINS UPSR KERTAS 2 KINI DIBONGKARKAN!

SAINS adalah salah satu Subjek Teras UPSR.
Kebiasaannya pelajar alami isu dalam nak jawab & cemerlang Kertas 2.

Kenapa?

Sebab Kertas 1 ada pilihan jawapan, tapi Kertas 2… ianya berbentuk subjektif.
Jadi pelajar perlu lebih faham & ingat untuk ‘tackle’ soalan tersebut.

ADAKAH ANDA :

👉 BUNTU TIAP KALI ANAK ANDA TIDAK FAHAM UNTUK MENJAWAB SAINS UPSR KERTAS 2??!

👉 SERING MENDENGAR KELUHAN ANAK ANDA TIDAK FAHAM KEHENDAK SOALAN??

👉 MEMPUNYAI ANAK YANG GAGAL MEMPEROLEHI KEPUTUSAN CEMERLANG DALAM MATA PELAJARAN SAINS UPSR?

👉 TAHU ANAK ANDA MASIH TIDAK FAHAM SKEMA PERMARKAHAN JAWAPAN?

JANGAN BIMBANG… JANGAN GUSAR

KINI…CIKGU SHAHRUL (Pengalaman 15 tahun sebagai Guru Sains KPM) dengan usahasama bersama CMN ACADEMY telah berjaya mengadakan sesi kelas online yang julung-julung kalinya dihasilkan!!

Video yang berdurasi selama 2 jam ini mampu membantu pemahaman anak anda dan memberi gambaran yang lebih jelas betapa anak anda mampu menjawab soalan sains kertas 2 dengan mudah dan dapat memberi info terbaik untuk persediaan Anak anda menghadapi UPSR.. Insya Allah

Bagaimana dengan ANDA??
ingin turut sama memiliki video tersebut??

CARA DAPATKAN VIDEO RECORDING SAINS UPSR KERTAS 2

Follow Step di Bawah :

1) Pergi ke website digylearn.cmnacademy.com

2) Pilih course Bengkel Online Sains UPSR Kertas 2-Cikgu Shahrul

3) Pilih Add To Cart

4) Login jika dah ada account,

5) Jika belum, pilih Register Now dan tekan button Sign Up

6) Pilih View Cart dan tekan Proceed To Checkout

7) Isi Billing Detail.

8 ) Tekan Place Order

9) Tekan http://www.wasap.my/60132230180/DonePlace untuk approve permintaan anda untuk ke Course berkenaan.

10) Dah approved, masuk balik course tersebut dan pilih ruangan ‘Curiculum’

11) Boleh play video dan DONE.

Terima Kasih 🙂

Semoga kejayaan milik anak anda!!

 

Sains UPSR Kertas 2 Tahun 2016,2017 dan 2018

Jangan lupa buat soalan past year yaaa

Sebelum nak menghadapi peperiksaan mesti kita biasa mendengar ayat di atas kan?

Masa ibarat pedang! Jika kita tidak menggunakan untuk memotong, ia akan memotong kita (Dalam peperangan) (Pepatah Arab)

Keputusan yang cemerlang mestilah seiring dengan usaha yang padu..

BETUL KE BETUL ?

Dibawah ini adalah senarai tajuk-tajuk sains yang telah disoal dalam Kertas 2 SAINS UPSR bagi tahun 2016, 2017 dan 2018 dari tajuk-tajuk yang telah kami senaraikan murid-murid boleh melihat kekerapan tajuk berdasarkan tahun-tahun pembelajaran sebagai panduan untuk mengulangkaji tajuk-tajuk yang masih belum disoal sejak tahun 2016 hingga 2018..

Semoga perkongsian ini boleh dijadikan rujukan awal kepada Guru-guru dan murid-murid melihat tajuk-tajuk yang bakal disoal dalam kertas 2 untuk tahun 2019.

 

2016

Soalan 1 : Ciri-ciri Haiwan Melindungi Diri (Tahun 5)

Soalan 2 : Pengukuran Masa (Tahun 4)

Soalan 3 : Gerhana Matahari (Tahun 6)

Soalan 4 : Mesin Ringkas ( Tahun 6)

Soalan 5 : Faktor Pengaratan ( Tahun 4)

Soalan 6 : Jenis Tanah ( Tahun 3)

Soalan 7 : Keadaan Jirim ( Tahun 5)

Soalan 8 : Kelajuan ( Tahun 6)

 

2017

Soalan 1 : Pengawetan Makanan (Tahun 6)

Soalan 2 : Fasa-Fasa Bulan (Tahun 5)

Soalan 3 : Daya Geseran (Tahun 6)

Soalan 4 : Asid Dan Alkali ( Tahun 5)

Soalan 5 : Sistem Suria ( Tahun 4)

Soalan 6 : Siratan Makanan ( Tahun 5)

Soalan 7 : Perkembangan Teknologi ( Tahun 4) / Kelajuan (Tahun 6)

Soalan 8 : Pengelasan Ciri-ciri Tumbuhan ( Tahun 3)

 

2018

Soalan 1 : Gigi Manusia (Tahun 3)

Soalan 2 : Pengurusan Bahan Buangan (Tahun 6)

Soalan 3 : Kekuatan Dan Kestabilan (Tahun 5 )

Soalan 4 : Kadar Penafasan ( Tahun 4 )

Soalan 5 : Pembiasan dan Pantulan Cahaya ( Tahun 5)

Soalan 6 : Saiz Relatif Bumi, Bulan dan Matahari ( Tahun 4)

Soalan 7 : Persaingan dan Simbiosis ( Tahun 6)

Soalan 8 : Putaran Bumi Dan Arah Bayang-Bayang ( Tahun 5)

Semoga perkongsian ini dapat membantu murid mengingat dan Menjawab soalan Peperiksaan Percubaan UPSR tidak lama lagi.

Ingin dapatkan Ebook Soalan Peperiksaan secara PERCUMA?

Download di Ebook koleksi Soalan Peperiksaan UPSR 

Funtastic Sains Tahun 5 Bersama Cikgu Zaijuhasriza : Tenaga

Topik Tenaga : Home Sweet Home

By : Cikgu Zaijuhasriza (Master Tutor CMN)

 

Apa itu tenaga? Haaaa mari Cikgu Zaija terangkan untuk anda semua. Sebenarnya banyak benda disekeliling kita yang mempunyai tenaga. Jom kita ikuti pembelajaran seterusnya berkaitan topik tenaga. Jadi, bagi pelajar yang terlepas slot Live cikgu sebelum ini, boleh rujuk video-video cikgu dipage CMN Academy ya semua.

Cuba scroll pasti jumpa! hihi Hari ini cikgu nak kongsi dengan semua bagaimana topik tenaga ini boleh dipelajari dengan menggunakan aktiviti “Home Sweet Home”. Nak tahu macam mana jom Live bersama cikgu Zai :)

 

Untuk info lanjut berkenaan Home Tuition dan Online Tuition mohon whatsapp “Nama_PersonalTuition” ke 011-1577 5761

 

CMN Academy (Facebook) https://www.facebook.com/cmnacademyho…

CMN Academy (Youtube) https://www.youtube.com/channel/UCw_opwBM2PCm1WHvkaALh5g