Posts

Peningkatan Dalam Keputusan Peperiksaan Adik Addeen Yang Membanggakan

Hai, Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Kami meneruskan perjalanan kami melawat pelajar-pelajar yang mempunyai peningkatan dalam pembelajaran mereka. Pada kali ini kami melawat ke rumah Puan Nurulaf’idah, ibu kepada adik Addeen di Taman Saujana Impian, Kajang. Addeen akan menduduki peperiksaan PT3 pada tahun hadapan. Jadi sebagai persediaan awal, ibunya mengambil home tuition subjek Matematik dan Sains untuk anaknya.

 

Puan Nurulaf’idah mengetahui berkenaan dengan home tuition ini melalui Facebook, dan telah menggunakan perkhidmatan home tuition kami dari Addeen berada di Darjah 5 hingga berada di Tingkatan 2 iaitu sehingga sekarang. Sebelum ini, Puan Nurulaf’idah pernah menghantar Addeen ke pusat tuition. Tetapi, pusat tuition tersebut menggabungkan pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3. Disebabkan pelajar Tingkatan 3 akan menduduki peperiksaan PT3, jadi guru lebih memberikan fokus dan penekanan untuk mereka. Di sekolah pula, Addeen tidak terlalu fokus disebabkan oleh gangguan rakan-rakannya.

 

Jadi, Puan Nurulaf’idah lebih suka Addeen belajar di rumah supaya dia lebih fokus tanpa ada apa-apa gangguan yang boleh memberi kesan kepada pembelajarannya. Beliau juga berkata, antara kelebihan pembelajaran secara one to one adalah cikgu dapat mengenalpasti kelemahan pelajar dan boleh membantu memperbaiki serta mengatasinya dengan cara yang tersendiri.

 

Cikgu Ashil sering melakukan latih tubi yang berterusan dalam subjek Matematik dan Sains kerana kelemahan Addeen ialah dia kurang melakukan latihan. Cikgu juga menyediakan video cara jalan penyelesaian dalam subjek-subjek yang diajar supaya Addeen dapat merujuk kepada video tersebut ketika berada di luar masa home tuition. Jadi ini sangat membantu dalam pembelajaran Addeen.

 

Alhamdulillah… adik Addeen menunjukkan peningkatan dalam subjek Matematik. Dari gagal, adik Addeen berjaya mendapat B dalam peperiksaan pertengahan tahun. Adik Adden juga sudah boleh membuat latihan sendiri tanpa terlalu bergantung semata-mata kepada cikgu.

 

Diucapkan selamat berjaya kepada adik Addeen dalam peperiksaan akan datang terutamanya dalam peperiksaan PT3 yang akan diduduki pada tahun hadapan.

 

Teknik Yang Efektif Dalam Pembelajaran Sains

Ini Anwar…

Ibunya request dengan team kami untuk bantu beliau dalam beberapa subjek..

dan salah satunya adalah SAINS.

Anwar ini jenis pelajar yang suka melihat dan berimaginasi , jadi tutor kami gunakan kaedah Storytelling & Visual Imagination bagi membantunya memahami setiap topik dengan lebih ‘friendly’.

Ini kisah bagaimana Anwar fahami PROSES FOTOSINTESIS 🌻.

=============

Anwar & Pokok adalah sahabat baik. 

Mereka saling bantu membantu.

Setiap hari Anwar akan memberikan hadiah kepada Pokok (Karbon Dioksida). Kata Anwar,” Karbon dioksida akan membantu pokok untuk membuat makanan”.

Pokok sangat gembira dengan kebaikan anwar dan demi menghargai Anwar, pokok akan memberikan Anwar makanan ( kanji) dan Oksigen supaya Anwar dapat bernafas dengan baik.

Selain dari Karbon dioksida, kata anwar, “pokok juga memerlukan cahaya matahari dan juga air”. Jadi setiap hari ibu akan menyiram air pada pokok dihalaman rumah ( tempat yang ada cahaya matahari) sebelum dia pergi bekerja.

Alkisah ini adalah tentang bagaimana Anwar dan pokok mendapat faedah dari proses yang dipanggil fotosintesis. 

Fotosintesis adalah proses tumbuhan membuat makanan.

🌹 🌳🌲🌴 Tumbuhan memerlukan 🌞‘matahari’ , 💧‘air’ dan gas 💨 ‘karbon dioksida untuk menghasilkan makanan ‘kanji’ dan 🅾 ‘oksigen’.

===============

Untuk info lanjut mengenai Home Tuition di seluruh Malaysia boleh hubungi 011-15775761

#HomeTuitionMalaysia
#HomeTuitionJohorBahru
#BeyondExpectation
#Science
#PrivateTutoring