Posts

Speaker Simposium Tutor Profesional Malaysia

[BIODATA SPEAKER #STPM2015]

Puan Tengku Nurhusni Tengku Ab Razak

Beliau dilahirkan di Temerloh Pahang dan bersekolah di SK Felda Jenderak Utara. Kemudian menyambung pendidikan di SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan. Selepas itu beliau membuat Diploma Kejuruteraan Awam di Universiti Teknologi Mara. Selepas tamat pengajian, beliau bekerja selama dua tahun sebelum memulakan hasrat untuk menjalankan bisnes sepenuh masa.

Pengalaman Bisnes pertama apabila beliau terlibat menganjurkan Program-program motivasi dan memberi ceramah kepada pelajar-pelajar, ibubapa dan guru. Kemudian beliau menceburi bidang latihan teknikal dengan mengendalikan Bengkel-bengkel Kemahiran kepada wanita dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Wanita, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Negara serta Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Pembangunan Sumber Manusia.

Pada tahun 2008 beliau diberi kepercayaan untuk melatih 40 orang Penyelia dan menguruskan Pusat Komuniti Wanita Dun dibawah Kerajaan Negeri Selangor.

Pada tahun 2008 beliau memulakan bisnes catering dengan mengendalikan beberapa projek penyediaan makanan dari Polis Diraja Malaysia, Masjid Kota Damansara dan pihak swasta. Pada tahun yang sama beliau memulakan bisnes Kontraktor dengan mempunyai lesen sendiri iaitu lesen PKK kelas E dan CIDB. Beliau diberi kepercayaan untuk menguruskan beberapa projek dibawah MARA dan Majlis Pembandaran.

Pada tahun 2010 beliau telah membuka Pusat Pengajian Al Quran dan tahfiz menggunakan jenama Akademi Darul Huffaz. Dengan usaha dan semangat yang kuat, Pusat Pengajian Al Quran dan Tahfiz telah berusia tiga tahun dan berjaya melahirkan pelajar celik al quran.

Beliau juga telah membuka Kelas Tahfiz Sambilan di Masjid Kota Damansara bagi memberi peluang kepada pelajar untuk membuat kelas tahfiz pada hujung minggu. Setelah 3 tahun beroperasi beliau telah melahirkan sekurang-kurangnya 1000 pelajar yang celik al quran.

Beliau juga terlibat aktif dalam kerja-kerja kemasyarakatan dimana beliau menyandang jawatan setiausaha Pertubuhan KD Islamic Centre, Presiden Pertubuhan WRC Malaysia (Women Research Centre) dan Presiden Pertubuhan Wanita Impian Negara ( WIN ).

Beliau juga terlibat dalam penubuhan KAFA percuma untuk Program Penduduk Rakyat termiskin di Kota Damansara untuk melihat kelangsungan program pendidikan kepada pelajar yang tercicir.’

Kini beliau dilantik sebagai Ketua Pengurusan Operasi Rangkaian Akademi Al Quran ABS di bawah ABS Holding. Kini beliau mengendalikan 30 cawangan Akademi Al Quran ABS seluruh Negara. Beliau juga memberikan latihan dan bisnes konsultansi kepada usahawan yang berminat mahu menceburi bidang ini.

Di samping itu juga beliau telah menghasilkan beberapa modul pendidikan seperti Modul Khabar Gembira untuk pembelajaran akhlak pelajar, modul Playschool untuk kegunaan taska dan pusat jagaan harian dan Modul untuk pembelajaran tahfiz secara sistematik.

Beliau juga aktif menulis beberapa buah buku berkaitan Bisnes dan motivasi islami terbitan PTS Publishing House Sdn Bhd, Must Read Sdn Bhd dan lain-lain lagi.

Berminat untuk menyertai#SimposiumTutorProfesionalMalaysia?

SMS/Whatsapp ‘#STPM2015_Nama_Emel‘ ke 011-32742922 segera untuk mendapatkan Yuran Istimewa

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Biodata salah seorang speaker dalam ‪#‎SimposiumTutorProfesionalMalaysia iaitu Tuan Osman Affan.

 

Berbekalkan ijazah perakaunan daripada University Of Plymouth, United Kingdom, memulakan kerjaya pertama dalam bidang pemasaran selama 8 bulan dan kemudian sebagai Audit Associate di sebuah syarikat perakaunan terbesar di dunia, PriceWaterHouseCoopers Chartered.

Selepas 3 tahun, berhenti kerja dan meneruskan kerjaya dalam bidang yang diminati iaitu bidang psikologi. Meneruskan pengajian di peringkat Sarjana di Universiti Islam Antarabangsa Gombak pada tahun 2004. Berjaya menamatkan pengajian pada tahun 2006 dengan ijazah Master of Education, Counseling & Guidance.

Kini sedang melanjutkan pelajaran di peringkat Phd dalam pengkhususan ‘Educational Psychology’ di Universiti Islam Antarabangsa Gombak.

Mengasaskan SmartStudy pada tahun 2004 dan mula mengajarkan teknik belajar berkesan kepada pelajar di peringkat sekolah, kolej dan juga universiti. Telah menulis lebih 10 buku berkenaan Motivasi Belajar dan Teknik Belajar Berkesan SmartStudy. Buku-buku tersebut pula telah mencapai tahap jualan buku ‘Best Seller’.

Pada November 2012, kisah beliau telah dipaparkan di dalam majalah ‘TOP 10 Of Malaysia’ di atas faktor keunikan, pengaruh serta keberkesanan program-program SmartStudy beliau.

Beliau pernah mempunyai pengalaman sebagai Tutor Tuisyen dan owner Pusat Tuisyen. InsyaAllah dalam ‪#‎STPM2015, beliau akan berkongsi tentang:

  1. Prinsip mengajar tuisyen
    2. Petua-petua semasa mengajar supaya mudah difahami oleh pelajar.
    3. Etika mengajar tuisyen
    4. Bagaimana menjadi Tutor yang pakar dalam subjek yang diajar

dan banyak lagi…

Berminat untuk menyertai#SimposiumTutorProfesionalMalaysia?

SMS/Whatsapp ‘#STPM2015_Nama_Emel‘ ke 011-32742922 segera untuk mendapatkan Yuran Istimewa

InsyaAllah jumpa di sana

 

Tuan Yusnizam Yusoff

Beliau lebih dikenali dengan panggilan Master Yus merupakan graduan Universiti Malaya dalam bidang Teknologi Maklumat.

Beliau memulakan tuisyen secara sambilan sejak tahun 2000 semasa masih belajar di matrikulasi secara tidak sengaja waktu itu dengan mengajar anak pensyarah beliau dan diteruskan semasa zaman universiti. Semenjak itu, beliau tidak pernah makan gaji sehingga sekarang.

Yang lebih menarik, dengan hanya pendapatan tuisyen yang beliau lakukan secara sambilan, beliau mampu untuk ke jinjang pelamin tanpa sebarang pinjaman. Keluarga beliau turut terkejut ketika itu, kerana mereka tahu Master Yus belum ada kerja tetap dan masih belum konvo lagi ketika itu. Itulah yang dikatakan sebagai rezeki :)

Beliau merupakan pelopor bagiSeminarTuisyen.com dan penulis buku ‘Bagaimana Menjadi Cikgu Tuisyen Berjaya‘ terbitan True Wealth Sdn Bhd. Mempunyai pengalaman luas sebagai Home Tutor dan pemilik pusat tuisyen dan sekarang banyak terlibat dalam bidang pelaburan hartanah dan saham.

Ramai yang telah mendapat manfaat daripada seminar yang beliau jalankan. Dan ada juga protege seminar beliau yang telah mengambil langkah berhenti kerja makan gaji setelah rasa selesa dan ‘passion’ menjadi seorang Cikgu Tuisyen dalam membantu pelajar cemerlang dalam pembelajaran mereka.

Beliau akan berkongsi pengalaman beliau yang luas dalam bidang ini serta teknik & strategi berkesan menjadi Cikgu Tuisyen Berjaya dengan topik “Inspirasi Daripada Tutor Kepada Investor.”

 

 

 

STPM2016

 

 

Dr Shamsazila Sa’aban

Puan Shamsazila Bt Sa’aban adalah seorang anak kelahiran negeri Johor Darul Takzim. Mendapat pendidikan awal di negeri tersebut sebelum melanjutkan pelajaran di dalam bidang perakaunan di Universiti Teknologi Mara UiTM dan Sarjana (Master) dalam Pengurusan Pendidikan. Selepas tamat pengajian, beliau telah bertugas sebagai seorang akauntan di salah sebuah syarikat terkemuka di Johor Bahru. Namun demikian, disebabkan minat yang mendalam di dalam bidang pendidikan, beliau telah mengambil keputusan untuk mengikuti kursus pendidikan lepasan ijazah (KPLI) setelah beberapa tahun berkhidmat di dalam sektor swasta. Beliau kemudiannya berkhidmat sebagai seorang guru Matematik selama 5 tahun sebelum dilantik sebagai pensyarah di Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur bermula dari Disember 2013. Namun demikian, disebabkan bakat kepimpinan yang menyerlah telah menyebabkan beliau diberi kepercayaan untuk meneraju sebuah institusi yang unggul ini sebagai seorang Ketua Unit Khidmat Pengurusan yang menjadi sayap kanan kepada Pengarah IPG Kampus Bahasa Melayu. Dengan lebih daripada 110 pensyarah dan 70 orang staf bukan akademik di bawah kendalian beliau, bakat kepimpinan beliau begitu cemerlang yang menyebabkan beliau terpilih sebagai seorang penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang APC 2014 buat kali ke dua dalam tempoh 8 tahun perkhidmatan beliau. Namun demikian, bermula pada awal tahun 2015, beliau telah berjaya ditawarkan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) di mana beliau telah mendapat biasiswa untuk melanjutkan pengajian sepenuh masa bergaji penuh ke peringkat PhD di dalam bidang Penilaian Program di Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Walaubagaimanapun, peranan beliau sebagai seorang pelajar PhD, tidak menghalang beliau untuk bergerak aktif sebagai seorang penceramah bebas. Beliau adalah seorang pensyarah yang mempunyai pengalaman yang luas sebagai sebagai Jurulatih Utama Kebangsaan iTHINK dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) ataupun Higher Order Thinking Skill (HOTS). Terkini beliau menyampaikan perkongsian pembelajaran abad ke-21(PAK21) melalui program jelajah beliau di seluruh sekolah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Selain daripada itu, beliau juga merupakan seorang penceramah kepimpinan dan pengurusan di samping memberi ceramah motivasi di seluruh negara.

 

 

 

 

 

AMIN IDRIS, MSP. MASTER TRAINER,
AKADEMI MAGNET SUKSESS SDN. BHD. (1160234-W)

KELAYAKAN PROFESIONAL
 Setiausaha Agung kepada Pertubuhan Perundingan Latihan dan Motivasi
Muslim Malaysia atau TAMRIN.
 Certied NLP Practitioner (2012) dan NLP Master practitioner (2015) oleh
National Federation of Neuro Linguistic Programming (NFNLP)
 Penerima sijil Iktiraf ‘Trainer Basic Training’ oleh Pertubuhan Perunding
Latihan dan Motivasi Muslim Malaysian atau TAMRIN
 Certified Professional Image Consultant oleh Akademi Imej (Training Cube
International Sdn. Bhd.)
 Practitioner Professional Learning Facilitator oleh Take Charge Sdn. Bhd.
 Penerima tauliah sebagai Ahli bertaraf Profesional kepada Malaysian
Association Professional Speakers (MAPS). Sebuah badan yang
menganggotai IFFPS (International Federation of Professional Speakers)
yang diiktiraf di Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia, New
Zealand, Kanada, Afrika Selatan, Singapura dan Jerman.
BELIAU JUGA SEORANG PENULIS BUKU. ANTARA HASIL
TULISANNYA:
 Panduan dan Asas Mesyuarat Berkesan
 Panduan dan Asas untuk Pemimpin Berwibawa
 Resipi Kejayaan untuk Presiden Persatuan
 Resipi Kejayaan untuk Ketua Biro
 Resipi Kejayaan untuk Kapten Pasukan
 Resipi kejayaan untuk Pustakawan
 Magnet Diri; Cipta Pengaruh Luarbiasa & Berjaya
(Top 10 Best Seller 2009)
 Law of Universal Attraction: Magnet Kebahagiaan Stress Untuk Sukses
(Terbaru 2016)

LATAR PENDIDIDKAN
Ijazah Sarjana Muda undang-undang UIAM

PENGALAMAN DI MEDIA
Berpengalaman sebagai pengacaraan dan penyampai media elektronik. Antaranya;
1. Pengacara di ASTRO OASIS, dalam rancangan Tazkirah Malam Jumaat,
Salam Dhuha dan Juri bagi rancangan Ceria i-Star.
2. Pernah menjadi pengacara TV Alhijrah dalam rancangan Assalamualaikum,
Bicara dan Segmen Motivasi, Pentas Dakwah, Maqasid Syariah oleh PNB
dan banyak lagi.
3. Pernah mengacarakan rancangan-rancangan TV pendidikan di TV9.
4. Pernah mengacarakan Rancangan khas sempena Hari Keputeraan Sultan
Kelantan.
5. Berpengalaman mengacara dalam rancangan siaran langsung Sambutan
maulidur Rasul Kebangsaan 2008 dan 2009.
6. Pernah mengacara Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa 2008 dan
2009.
7. Berpengalaman menjadi pengacara Forum Perdana Ehwal Islam.
8. Pengacara studio Sambutan Maulidur Rasul Kebangsaan 2009.
9. Pengacara rancangan bualbicara al-Bayan terbitan JAKIM.
KEMUNCULAN DI TV DAN RADIO
1. Tetamu Wanita Hari Ini TV3
2. Motivator untuk Motivasi Pagi di TV3
3. Tetamu bual bicara di Radio 24, Nasional.fm.
4. Klip motivasi di stesen radio Traxxx.fm (90.3)
5. Menjadi tetamu jemputan dalam slot motivasi Selamat Pagi Malaysia, Fitrah
Kasih & Gen Y di TV1.

Temubual Eksklusif Bersama Puan Fatimah Haslina; Kaunselor & Master Trainer SuperHOTS

Siapakah Puan Fatimah Haslina?

 

Profil Speaker Simposium Tutor Profesional Malaysia #STPM2017

Puan Fatimah Haslina (Kaunselor & Master Trainer SuperHOTS)
Topik: “Tools HOTS dan Skil PDPC Abad ke-21″

Dilahirkan di Ipoh Perak. Merupakan Kaunselor Berdaftar dengan Lembaga Kaunselor Malaysia. Pemegang Ijazah Sarjana Muda Bimbingan dan Kaunseling di Universiti Putra Malaysia (UPM) 2002.

Menjawat jawatan sebagai guru dan Kaunselor selama 14 tahun.

Bergiat aktif dalam Pembangunan Modul dan Latihan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi serta pengurusan emosi untuk kanak-kanak, remaja dan guru.

Beliau telah membina pelbagai tools, games untuk membangunkan minda ‘High Order Thinking Skills’ (HOTS) di kalangan pelajar dan pendidik,

Sepanjang penglibatan beliau dalam kerjaya perundingan dan latihan, beliau telah berkongsi dan menimba pengalaman dengan pelbagai lapisan kaunselor dan trainer di pelbagai setting pekerjaan sama ada dalam Malaysia atau luar negara.

Maklumat lanjut tentang #STPM di www.tutorprofesional.com/stpm

 

Apakah yang dikongsikan dalam Temubual Eksklusif ini?

 

Bagaimana seorang Kaunselor boleh terlibat dengan ‘High Order Thinking Skill’ (HOTS)?

Apakah kisah ‘zapp’ berkaitan anak beliau di sebalik Modul HOTS ini?

Apakah yang best mengenai Modul HOTS beliau ini?

Orang cakap HOTS atau KBAT ni susah..betul ke?

Adakah HOTS ini untuk akademik sahaja?

Kata serius melatih minda HOTS..bagaimana pula ‘games’ dan ‘tools’ boleh melatih minda HOTS?

Awas kerana jawapan-jawapan ini bakal bikin kita nak jadi pendidik dan ibu bapa yang HOTS

Ingin ikuti Temubual Eksklusif bersama Puan Fatimah Haslina melalui video di bawah

Profil Puan Fatimah Haslina (Speaker Simposium Tutor Profesional Malaysia #STPM2017)

(Kaunselor & Master Trainer SuperHOTS)

Dilahirkan di Ipoh Perak. Merupakan Kaunselor Berdaftar dengan Lembaga Kaunselor Malaysia. Pemegang Ijazah Sarjana Muda Bimbingan dan Kaunseling di Universiti Putra Malaysia (UPM) 2002.

Menjawat jawatan sebagai guru dan Kaunselor selama 14 tahun.

Bergiat aktif dalam Pembangunan Modul dan Latihan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi serta pengurusan emosi untuk kanak-kanak, remaja dan guru.

Beliau telah membina pelbagai tools, games untuk membangunkan minda ‘High Order Thinking Skills’ (HOTS) di kalangan pelajar dan pendidik,

Sepanjang penglibatan beliau dalam kerjaya perundingan dan latihan, beliau telah berkongsi dan menimba pengalaman dengan pelbagai lapisan kaunselor dan trainer di pelbagai setting pekerjaan sama ada dalam Malaysia atau luar negara.

Ikuti tembual yang sangat HOT di sini

 

 

Tuan Affendy Mohamad

Temubual Eksklusif bersama Tuan Affenddy Mohamad juga dikenali sebagai Sifu KBAT

Siapakah Tuan Affenddy Mohamad?

Profil Speaker Simposium Tutor Profesional Malaysia #STPM2017

Tuan Nik Affenddy Mohamad

Topik: “Aplikasi KBAT Dalam Peperiksaan & Teknik Mengendalikan Kelas Gaya KBAT”

Nik Affenddy Mohamad adalah merupakan mantan seorang guru yang berpengalaman dalam ilmu KBAT terutamanya untuk pembinaan soalan KBAT bagi subjek Pendidikan Syariah Islamiah di peringkat peperiksaan SPM.

Beliau antara individu yang terawal mengikuti latihan KBAT di peringkat Lembaga Peperiksaan Malaysia bersama Pengarah LPM ketika itu.

Kepakarannya ini telah membawa dirinya untuk mengasaskan satu jenama seminar KBAT yang telah menjadi fenomena luarbiasa di Malaysia pada hari ini iaitu Seminar KBAT HAVOC.

Seminar ini memfokuskan kepada kemahiran teknik menjawab soalan KBAT untuk subjek agama bagi membantu para pelajar memahami struktur soalan KBAT dalam peperiksaan SPM.

Banyak maklumbalas yang sangat mengujakan daripada peserta seminarnya sehinggakan ada pelajar yang pada awalnya mendapat markah gagal kemudian telah mencapai keputusan A+ selepas mengikuti seminar yang beliau kendalikan.

Begitu juga ada terdapat banyak sekolah yang telah dibantu olehnya sehingga mencatatkan 3 kali ganda kenaikan gred purata mata pelajaran.

Rekod cemerlang beliau tahun ini ialah, beliau telah berjaya mencatatkan jualan 14,000 unit buku MAHIR KBAT hanya dalam masa 7 hari jualan sahaja.

Ketahui lebih banyak perkongsian untuk Tutor Profesional & Usahawan Pendidikan di #STPM2017

Anda sudah mendaftar?

Beliau pernah terlibat dengan Panel Lembaga Peperiksaan Malaysia dan terawal dilatih tentang pelaksanaan KBAT dalam peperiksaan.

 

 

Antara soalan-soalan ‘hot’ dalam Temubual Eksklusif ini adalah:

– Ramai cakap KBAT ni tiada manfaat, ‘huru-hara’, susah dan sebagainya..Kenapa nak laksanakan juga KBAT?

– Apa beza ‘Soalan KBAT’ & ‘Item KBAT’? Ini ramai pendidik tak tahu atau tak perasan

– Kenapa KPM nak sangat buat KBAT ni?..ramai pendidik cakap KBAT ni leceh la..

– Ramai pelajar, ibu bapa, guru, tutor mengadu KBAT ni susah..Tapi macamana peserta Seminar KBAT cakap soalan KBAT ni mudah je lepas dengar perkongsian dari beliau?

– Sebelum KBAT ni pelajar Malaysia tak berfikir aras tinggi ke? Zappp

– Apa beza KBAT dengan KBKK yang pernah dilaksanakan suatu masa dahulu?

– Apa pula KBAT HAVOC tu? Tengok pelajar-pelajar jadi HAVOC lepas join

– Kenapa Pendidik dan Tutor kena bersedia dan faham betul-betul sebelum mengajar pelajar tentang KBAT ni?

Tidak ketinggalan perkongsian beliau sebagai seorang cikgu sehingga menjadi Sifu KBAT

Ingin ikuti temubual eksklusif ini?

Jemput tonton video di bawah.

[Kisah Inspirasi] Dari Seorang ‘Engineer’ Kepada Pengusaha Pusat Tuisyen

 

Cikgu Mohd Azman

KISAH INSPIRASI BAGAIMANA DARI SEORANG ENGINEER ‘TRANSFORM’ KEPADA OWNER PUSAT TUISYEN TERBONGKAR!

Temubual bersama Cikgu Mohd Azman Bin Mohd Nor, Pengasas Pusat Tuisyen Alfa dan Trainer Bengkel FastMaths yang lejen.

Profil Speaker Simposium Tutor Profesional Malaysia #STPM2017

Azman Mohd Noor
Topik: “Bagaimana Tutor Mengurus Cabaran Zaman Milenium”

Mengambil jurusan dalam Sains Gunaan (Applied Science) UiTM Shah Alam. Beliau mempunyai pengalaman mengajar dalam bidang Tuiysen lebih dari 10 tahun di peringkat rendah dan menengah. Antara subjek-subjek yang pernah beliau mengajar adalah subjek Add Maths, Fizik, Kimia, Biologi, Matematik, Geografi dan Sains.

Pengalaman mengajar dan minat mendalam dalam dunia pendidikan mendorong beliau untuk mengasas Pusat Tuisyen Alfa (2007) dan Program FastMaths (2016) baru-baru ini telah mendapat sambutan menggalakkan.

Bersama team FastMaths beliau dan team telah dijemput temuramah oleh RTM bagi mengisi slot dalam program Do-It yang bersiaran di TV1.

Bagi memeriahkan lagi industri pendidikan negara, beliau akan membentuk satu team pembelajaran secara Virtual atau atas talian bg memberi perkhidmatan pilihan kpd ibubapa.

Beliau juga merupakan Pegawai Pendidik yang diiktiraf oleh Jabatan Pendidikan Selangor (JPS) untuk beberapa penggal yang lalu sehingga kini.

Cikgu Azman juga bergiat aktif dalam menjayakan seminar dan bengkel serta program Tuisyen Rumah Amal & Asnaf dibeberapa tempat.

Selain itu beliau juga banyak menganjurkan Seminar dan Bengkel berkaitan pendidikan seperti program PECUTAN AKHIR dimana menumpukan strategi- strategi dan teknik- teknik yang perlu dikuasai oleh pelajar samada di peringkat Rendah mahupun Menengah.

Antara lokasi- lokasi yang menjadi tumpuan beliau adalah di Sekolah- sekolah, di univesiti tempatan seperti UKM, UiTM, UniKL, dan lain-lain tempat lagi.

Info lanjut mengenai Simposium Tutor Profesional Malaysia di www.tutorprofesional.com/stpm

Dengarkan perkongsian beliau dalam video Temubual Eksklusif ini:

– Mengapa beliau memulakan tuisyen walaupun pernah menjadi engineer pada suatu masa.

– Sesi tuisyen pertama dijalankan untuk anak-anak kampung di rumah beliau yang datang ‘berduyun-duyun’

– Bagaimana beliau memulakan Pusat Tuisyen dengan hasil tunjuk ajar ‘sifu’ beliau.

– Apakah cabaran dan pengalaman manis beliau sepanjang dalam bidang tuisyen..

– Pernah mendapat 500 pelajar dengan marketing offline sahaja!

– Apakah cabaran sebagai tutor dan usahawan tuisyen pada masa akan datang yang perlu dihadapi oleh kita semua..

Jemput tonton dan share untuk manfaat bersama

 

 

 

Tuan Zaim Zin

Mohd Hairulza’im Bin Md Zin merupakan bekas graduan Kuliah ICT di
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di dalam bidang Ijazah
Sarjana Muda Teknologi Dan Maklumat. Beliau merupakan pengamal
bertauliah NLP dari National Federation of NLP (NFNLP) Florida, USA. Beliau
juga merupakan ahli Pertubuhan Perunding Latihan Motivasi Muslim Malaysia
(TAMRIN) dan merupakan seorang Professional Learning Facilitator (PLF)
yang diiktiraf daripada Take Charge Sdn Bhd. Beliau berpengalaman lebih
dari 7 tahun dalam bidang latihan dan program motivasi.
Beliau memulakan kerjayanya di dalam bidang industri sejak tahun 2008
apabila menyertai Mantop Training & Consultancy Sdn Bhd sebagai Junior
Trainer sebelum diberikan tanggungjawab sebagai Pengurus di OneHeart
Creative Solution. Selain itu, beliau juga pernah berkolaborasi bersama Amin
Idris Training Consultant, Global Genius Sdn Bhd, Good Grade Consultant,
InLearn Training & Consultant dan juga syarikat lain sebagai trainer.
Malah, beliau juga berpengalaman dalam mengendalikan program motivasi
sebagai ‘Trainer’ kepada pelajar, remaja, dan juga semua peringkat umur.
Antara program yang dikendalikan oleh beliau ialah S.P.I.E.S oleh Kerajaan
Negeri Selangor, Modul Hijrah Keluarga Saadah oleh Pusat Zakat Selangor
dan juga program-program motivasi untuk pelajar dan juga mahasiswa.
Sekarang, beliau diamanahkan sebagai Trainer/consultant and Facilitator di
Lighthouse Consulting. Dengan pengalaman bekerja di beberapa buah
organisasi seperti Ranhill Water Services, Jeneral Hospital, Jabatan
Kesihatan Negeri (JKM), Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS), UM, TNB,
RISDA, INSPIN, First Solar, JPA, GreenTech, MAINS, Tenaga Cabel Insdustry
(TCI), agensi-agensi kerajaan dan banyak lagi, beliau telah meningkatkan
ilmu dan kepakarannya dalam bidang pemasaran, pengurusan, dan juga
pengendalian program-program latihan dan motivasi.

 

 

STPM2018

 

Cikgu Aman

Bagaimana ia dapat membantu pengajaran dan pembelajaran dengan lebih efektif serta menjimatkan masa, tenaga dan kos ringgit?

Apakah teknologi serta apps yang dapat membantu pembelajaran secara mudah, santai dan #FunLearning bersama anak atau pelajar anda?

Perkongsian Digital Ink bersama Cikgu Aman, Ikon Guru Teknologi Pendidikan Kebangsaan 2017 yang berkongsi tentang Pembelajaran Abad Ke-21 dengan menggunakan teknologi seperti yang diwar-warkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Biodata Cikgu Aman

Nama sebenar beliau adalah Abd Rahman bin Ali Bashah. Beliau merupakan Guru di SMK Jenjarom, Kuala Langat, Selangor dan mempunyai pengalaman 10 tahun perkhidmatan dalam arena pendidikan dengan kelulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains (Kimia) daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Antara sumbangan beliau dalam bidang pendidikan:

  • Pencetus Komuniti Maya
  • Telegram Digital Classroom
  • Teknik Digital Ink yang membantu guru membudayakan Teknologi dalam Pendidikan

Beliau juga telah mengasaskan Produk Roll-a-dice STEM (The First Augmented Reality Board Game in Malaysia) dan baru-baru ini beliau juga telah memperolehi Anugerah Guru Ikon STEM KPM 2018.

Beliau juga merupakan Speaker Simposium Tutor Profesional Malaysia #STPM2018 yang akan berkongsi bagaimana pendidik boleh mengoptimumkan penggunaan Smartphone dalam pembelajaran.

Turut bersama berkongsi ialah Cikgu Azman, Founder Pusat Tuisyen Alfa dan Virtual Class).

Jemput share untuk manfaat bersama

Dalam Pembelajaran Abad Ke-21 ini, para pendidik tercari-cari apakah teknik dan pendekatan yang sesuai untuk melahirkan pelajar yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik, tetapi turut bersedia menghadapi dunia Industrial Revolution 4.0.

 

Sir Rajinder Singh

Sir Rajinder Singh merupakan Founder RS Home Educare atau lebih dikenali sebagai Tutor Raj merupakan seorang bekas Jurutera Kimia yang berdaftar dengan Board of Engineer Malaysia (BEM). Beliau juga merupakan ahli National Council of Teachers of Mathematics USA (NCTM).

Jemput tonton apakah ‘tools’ dan ‘toys’ yang beiau gunakan ketika sesi PdPc..

Berpengalaman di dalam bidang Proses Kejuruteraan, ianya memberikan kelebihan kepada beliau apabila mengendalikan seminar atau kelas yang menekankan aktiviti hands-on yang menarik serta memukau pesertanya.

Beliau lebih menekankan Kemahiran Proses (Process Skills) dalam mengendalikan pembelajaran yang berasaskan ;

  • Inkuiri
    • Projek
    • Penyelesaian Masalah

Lihat bagaimana teknik beliau menunjukkan Konsep ‘Physics’ kepada pelajar Tahun 2..

Pendekatan pedogogi yang menarik didalam kelasnya, telah menarik minat Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk menjemput beliau sebagai ‘Pakar Pembangunan Model’ di dalam Bengkel Pembangunan Model Guru Futuristik Malaysia (GFM) bersama para pensyarah dan pendidik yang mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing seperti Cikgu Aman, Cikgu Noorjahan Sultan, Dr Shamsazila Sa’aban dan ramai lagi.

Seminar beliau, ‘Process Skills in Problem Solving’ sentiasa mendapat maklumbalas yang mengujakan daripada peserta dengan memberikan anjakan paradigma terhadap keindahan sesuatu masalah yang diutarakan.Selain itu beliau berpengalaman mengajar dalam pelbagai peringkat dari SPM, O-Level, IGCSE, EDEXCEL, Cambridge Check Point Tahun 6 & 9 termasuk PT3.

Malahan maklumbalas yang sama juga diterima daripada pelajar serta pendidik yang menghadiri sesi Bengkel Penyelesaian Masalah yang beliau anjurkan.

Selain daripada bergiat cergas didalam bidang pendidikan, beliau juga aktif bersama RS Universal Training dalam mengendalikan Team Building, Adventure Camp serta Leadership Camp untuk golongan pelajar bagi pihak Persatuan Belia Sikh Malaysia (SNSM).

Dalam Simposium Tutor Profesional Malaysia STPM2018, beliau akan berkongsi tentang Topik “KEMAHIRAN BERFIKIR DAN BERKOMUNIKASI YANG MENARIK DALAM KELAS”

Ingin jadi pendidik yang kreatif dan inovatif, jumpa di #STPM2018.

Tempat semakin berkurangan, info dan pendaftaran di www.tutorprofesional.com/stpm

 

 

 

 

Anda merupakan Tutor Tuisyen atau berminat ingin mengajar tuisyen?

Ingin membina kerjaya dan legasi sebagai Cikgu Tuisyen?

Ke manakah halatuju Cikgu Tuisyen ini?

Boleh pergi jauh ke?

Jom tonton perkongsian bersama Cikgu Fana, Founder & CEO Pusat Tuisyen Teratak Ilmu (PTTI Group) dan berkaitan Topik ‘Bagaimana Menjadi Cikgu Tuisyen Berjaya’.

Terkini Pusat Tuisyen beliau ada seramai 700 orang pelajar!

Beliau juga pernah dijemput sebagai Speaker Simposium Tutor Profesional Malaysia #STPM2018 yang di anjurkan oleh CMN Education Group & Tutor Profesional Malaysia.

 PROFIL CIKGU FARHANA

NAMA: PUAN SITI FARHANA BINTI ABU OSMAN
PENDIDIKAN: MASTER OF SCIENCE IN NANOTECHNOLOGY AND MATERIAL SCIENCE, UPM
2015.

Co-Founder Pusat Tuisyen Teratak Ilmu & CEO PTTI Group Sdn Bhd

PENGALAMAN MENGAJAR: 9 TAHUN SEHINGGA KINI

  • Penceramah bagi subjek Kimia di seminar SRT di UKM (2018)
    ● Penceramah Seminar Masteri Kimia di PTTI Bangi (2018)
    ● Pengajar bagi Program Chem-O-Therapy di Permata USIM (2017)
    ● Menghasilkan video Pengajian Kimia SPM di youtube di bawah channel PTTI Bangi
    yang mempunyai 80K viewers.
    ● Pengajar subjek Kimia bagi program Pecutan SPM di Bangi (2016 – 2017)
    ● Penceramah jemputan di Sekolah Agama Persekutuan Kajang (SMAPK) dalam
    Program Cemerlang Kimia (2016)
    ● Pengajar subjek Kimia bagi pelajar Sekolah Seri Puteri Cyberjaya – (2016-
    2017)
    ● Pengajar subjek Kimia di Permata UKM – (2016 -2017)
    ● Pengajar subjek Kimia bagi Program FAKEH di SMK Bandar Baru Bangi – (2017)
    ● Penceramah Subjek Kimia di sekolah sekitar Bangi iaitu SMK Jalan Empat, SMK
    Jalan Dua, SMK Jalan Reko – (2016 – 2017)
    ● Guru tuisyen di sekitar Bangi bagi subjek Kimia, SPM – (2009 hingga kini)

 

Dapatkan perkongsian lebih lagi tentang dunia Tutor dan Tuisyen di Tutor Profesional Malaysia

Jemput tonton Live ‘Menjadi Cikgu Tuisyen Berjaya’ oleh Cikgu Fana bersama Coach Mohd Noor, Founder Tutor Profesional Malaysia & CMN Academy yang menawarkan Perkhidmatan Home Tuition & Quranic Home Based Terbaik di Malaysia

 

 

 

 

 

Pembelajaran Menarik Melangkaui Silibus Bersama ‘Ajar’

1,107 Views

Mari berkenalan dengan Tuan Muhammad Haziq Bin Abd Rahim, Founder AJAR, Pendidikan Luar Buku Teks dengan video-video pendidikan yang menarik dan dapat membantu kreativiti dalam pembelajaran.

Profil beliau:

Sekolah kebangsaan Sungai Tua Baharu
Sekolah Menengah Kebangsaan Darul Ehsan
Kolej Islam Sultan Alam Shah
Kolej MARA Banting (Diploma International Baccalaureate)
University of Sheffield, UK (Masters in Mechanical Engineering, grad 2017)

Latar belakang:

– Pelajar terbaik PMR Selangor
– Pengalaman mengajar pelajar sekolah agama rakyat (setahun)
– Pengusaha brand pendidikan luar buku teks – AJAR. (website, Youtube, facebook page)
– Youtuber (handle beberapa channel Youtube dengan 100k subscriber), Vlogger pendidikan, beberapa video pendidikan tular (5 peribahasa yang sering disalahertikan, pencapaian saintifik dunia melayu, ciptaan dunia islam yang melangkaui zaman)
– Hobi : tengok video debat

 

Ini merupakan salah satu Video beliau yang menarik berkaitan Persamaan Matematik

 

Banyak lagi video-video beliau di facebook AJAR.

Tuan Haziq juga merupakan salah seorang Speaker Jemputan di Simposium Tutor Profesional Malaysia #STPM2018 

Tema #STPM2018 tahun ni adalah ‘The New Era of Creative & Innovative Learning’

 

 

Siapakah Guru Paling Berpengaruh Di Malaysia?

 

Cikgu Mohd Fadli b Mohamed Salleh yang juga mendapat gelaran ‘Cikgu Korea’ dilahirkan di Pasir Puteh, Kelantan pada 6 Julai 1983. Guru yang berusia 35 tahun ini mendapat pendidikan awal di Sk Kamil (1) sebelum meneruskan pelajaran ke MML hingga tingkatan 3.

Setelah mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke SBP Kolej Islam Sultan Alam Shah, beliau melanjutkan pelajaran ke sana sehingga tamat tingkatan lima. Seterusnya beliau mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah dalam bidang law di UIA, namun disebabkan minat beliau untuk menjadi guru, beliau menolak tawaran itu.

Tiga tahun belajar di Maktab Perguruan Islam Bangi dalam opsyen Matematik, akhirnya beliau berjaya menggenggam Diploma  Perguruan Malaysia. Pada tahun 2006 beliau dipostingkan ke Sk Mambang, Pekan dan pada tahun 2009 beliau bertukar Sek Kluster Kecemerlangan Sk Tmn Melawati (2). Pada tahun 2016 beliau bertukar ke Sk (1) Gombak hingga sekarang.

Guru yang berpengalaman lebih 13 tahun ini mula menjadi bualan dan ikutan netizen di Facebook setelah video pengajarannya tular hingga mendapat lebih sejuta view. Tulisan-tulisan beliau berkenaan isu pendidikan juga selalu tular dan beliau mendapat jolokan Guru Paling Berpengaruh Di Malaysia kerana diikuti oleh hampir 150,000 followers di Fb. Beliau juga merupakan Penulis ‘Cikgu Kelas Sebelah’.

 

Tulisan beliau acapkali mendapat perhatian menteri pendidikan dan memberi impak besar dalam bidang pendidikan. Beliau juga aktif dalam program CSR dan menjadi pengasas kepada pertubuhan amal yang dikenali sebagai Dana Kita.

Selain itu, beliau juga merupakan penceramah Matematik, penceramah Pedagogi Pendidikan Kanak-kanak, penulis buku dan juga mengajar secara online. Beliau mewujudkan kelas online untuk ibu bapa dengan video-video pengajaran seperti link di bawah.

InshaAllah Cikgu Fadli Salleh akan berkongsi bagaimana menjadi pendidik yang kreatif dan disukai pelajar di SIMPOSIUM TUTOR PROFESIONAL MALAYSIA #STPM2018

 

===================

Video-video Viral Cikgu Mohd Fadli Salleh

Cara tambah pantas.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1703455203009401&id=100000348124684

Bundar 1.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1705323382822583&id=100000348124684

Bundar 2.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1706227742732147&id=100000348124684

Tolak kena pinjam.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1740426439312277&id=100000348124684

Tolak ruang kosong di tengah dan di atas.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1739336162754638&id=100000348124684

Basic penambahan.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1738022959552625&id=100000348124684

Abakus atau sempoa. (klik je hashtag tu)

#AbakusPart1
#AbakusPart2
#AbakusPart3
#AbakusPart4
#AbakusPart5

Teknik belajar yang betul. Fokus.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1724179370936984&id=100000348124684

Cara Tolak Pantas.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1746415322046722&id=100000348124684

Darab kotak ajaib.

Tambah ruang kosong ditengah dan di atas.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1813320995356154&id=100000348124684

https://www.facebook.com/shares/view?id=1813321632022757&overlay=1&notif_id=1526920217416919&notif_t=story_reshare&ref=notif

Tambah dan tolak pecahan

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1840174126004174&id=100000348124684

Darab teknik lain (kotak lazim)

https://www.facebook.com/xbgsx666/videos/1836552929699627/

Tolak nombor kosong ditempat puluh (kena pinjam)

https://www.facebook.com/xbgsx666/videos/1832448960110024/

Kertas 2 Tahun 6 – Peratus

https://www.facebook.com/xbgsx666/videos/1812368612118059/

Masa dan Waktu (kaitan dengan pecahan) T6

https://www.facebook.com/xbgsx666/videos/1811435238878063/

Bina sifir guna kotak sifir

https://www.facebook.com/xbgsx666/videos/1806807779340809/

Tolak pantas

https://www.facebook.com/xbgsx666/videos/1806499012705019/

Tambah cara istimewa (penggenapan puluh)

https://www.facebook.com/xbgsx666/videos/1796664020355185/

Kotak sifir. Sifir 2 dan 3

https://www.facebook.com/xbgsx666/videos/1793551897333064/

Bina sifir sembilan.

https://www.facebook.com/xbgsx666/videos/1793551897333064/

Teknik darab box method

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1891725170849069&id=100000348124684

Hubungan antara Pecahan, perpuluhan dan peratus.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1902147623140157&id=100000348124684

Pola Nombor

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1880980731923513&id=100000348124684

Penolakan Nombor Kecil Atas, Jawapan Nombor Besar

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1740426439312277&id=100000348124684

34 puluh darab dengan 9 puluh

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1755104897844431&id=100000348124684

Tolak dan tambah pantas

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1806499382704982&id=100000348124684

Teknik Bina Sifir

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1806811752673745&id=100000348124684

Tambah teknik pelengkap

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1841246072563646&id=100000348124684

Darab ada sifar belakang

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1891724787515774&id=100000348124684

Cara jawab soalan tricky

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=128851054739092&id=100028425948595

 

Doakan beliau terus maju jaya dan dapat memberi lebih banyak manfaat terutamanya kepada pelajar serta pendidik

 

Bersama Pengetua Pusat Tuisyen Seri Mawar Bestari Yang Berpeluang Mengunjungi Finland

 

Rasanya ini yang paling lama. Belum pernah tinggalkan tanahair selama ini tapi demi kelangsungan impian, saya nekad. Bergolok gadai harta benda demi suatu kembara iqra’. Tinggalkan yang tercinta, yang tersayang demi naluri yang mendesak.

Kata orang ini perjuangan. Tapi saya bukan seorang pejuang. Saya tidak memperjuangkan sesiapa. Saya cuma sibuk mahu tahu. Bukankah tahu itu lebih baik daripada tak tahu ataupun pura-pura tahu?

Nota gambar: Berpura-pura mengajar dalam bilik darjah di Finland. Dapat mengajar di negara yang terbaik sistem pendidikannya, siapa mahu menolak? Kan…

Lokasi gambar: Helsinki City Museum, Finland

 

 

Profil Puan Fauziah Sirat

Sarjana Pendidikan Sarjana Muda Sains (Kimia)

Eksekutif Diploma Analisis Pelaburan

Pengamal Bertauliah Pembelajaran Pecut

Jurulatih Bertauliah PMSB

Dikenali sebagai seorang penceramah, jurulatih, usahawan sosial, pendidik dan aktivis masyarakat sejak lebih dari lima belas tahun, Fauziah telah memberikan inspirasi dan motivasi kepada pelbagai lapisan masyarakat dalam bidang komunikasi, kepimpinan, pengucapan awam, pembelajaran, pengajaran, keibubapaan dan kemahiran berfikir.

Beliau berkelulusan Sarjana Pendidikan, Sarjana Muda Sains (Kimia), Eksekutif Diploma Analisis Pelaburan dan Sijil Pembelajaran Pendidikan Khas.

Secara professional, beliau merupakan seorang jurulatih bertauliah Pembangunan Sumber Manusia Berhad dan Pengamal Pembelajaran Pecut yang diiktiraf oleh International Accelerated Learning Practitioner Association, Amerika Syarikat.

Sebelum memegang jawatan hari ini sebagai Pengarah Urusan Cesta 16, sebuah firma perunding pembangunan potensi remaja dan generasi muda, Fauziah mempunyai pengalaman bekerja di Permodalan Nasional Berhad (PNB). Selain daripada tugas-tugas konsultansi dan latihan, beliau merupakan Pengetua Pusat Tuisyen Seri Mawar Bestari, sebuah pusat tuisyen di Ampang, Selangor sejak 2001.

Aktif menulis, beliau merupakan penulis buku akademik, buku fiksyen, blog dan konten untuk siri pendidikan televisyen tempatan. Dalam tahun 2017, beliau telah dilantik sebagai Presiden Persatuan Sains dan Inovasi Malaysia. Tahun ini beliau mengembangkan sayapnya sebagai ahli komuniti MYEDTECH dan National STEM Movement.

Baru-baru ini beliau telah dilantik sebagai Jawatankuasa Penasihat Kolej Komuniti Ampang. Nyala rasa dan semangat beliau dalam pembangunan potensi anak muda bukan sahaja diterjemahkan di dalam kerja-kerja pendidikan beliau tetapi turut dijanakan melalui aktivitiaktiviti komuniti.

Sebagai pengasas bersama ‘Ampang Awesome’, hari ini beliau sedang sibuk bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan dan pelbagai agensi ke arah Sustainable Development Goals 2030.

Hari ini, beliau masih menjalankan pelbagai program latihan dan kesedaran untuk klien dari organisasi korporat, pelajar-pelajar, guru-guru, pendidik-pendidik dan ibu bapa. Fauziah sangat teruja dalam berkongsi dan memberikan inspirasi. Disebabkan dedikasi yang tinggi, beliau dikenali sebagai seorang jurulatih dan penceramah yang bersemangat dengan konten yang memukau.

InshaAllah Puan Fauziah Sirat kan berkongsi kisah kejayaan beliau serta Pembelajaran Inovatif untuk Pelajar Gen Abad Ke-21 di Simposium Tutor Profesional Malaysia #STPM2018.

 

 

Anak jati Perlis ini mendapat pendidikan di Universiti Sains Malaysia, sebelum menimba pengalaman sebagai guru di SMK Luar Bandar No.1 Sibu Sarawak selama 8 tahun.

Kini berkhidmat di SMK Jerlun Kedah sebagai Guru Cemerlang Sains, beliau aktif berkongsi amalan terbaik bilik darjah menerusi blognya, www [dot]cikguhailmi[dot]com dan lebih 200 siri ceramah dan bengkel di seluruh negara bagi meningkatkan kualiti pengajaran guru.

Antara pencapaian beliau adalah:

1. Agent for National Transformation 2014 oleh SKMM
2. Ikon Guru STEM Kebangsaan 2017
3. Naib Johan Guru Adiwira PAK21 anjuran PADU
4. Guru Adiwira Kebangsaan 2019

Beliau aktif dengan penyertaan antarabangsa, termasuk pertukaran guru Malaysia ke Korea pada tahun 2015 di Daegu Girls Commercial High School, fasilitator bagi Bengkel STELR STEM Bandung, Indonesia, pembentang best practises bagi Seminar SSAEM 2016 di Seoul dan peserta program angkasa guru antrabangsa bersama NASA di US Space and Rocket Center, Amerika Syarikat.

September 2018, beliau dinobatkan sebagai Malaysia Best Science Teacher oleh SEAMEO bagi Anugerah Ki Hajar Dewantara Award 2018 di Bali, Indonesia.

Tahun ini beliau mencipta sejarah sebagai guru Malaysia pertama yang terpilih bagi mengikuti kursus guru antarabangsa di CERN, Pusat Nuklear Eropah di Geneva, Switzerland.

 

 

Cikgu Aisamuddin

Lebih mesra dengan panggilan Cikgu Ai merupakan lepasan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam bidang perakaunan.

Minat beliau dalam bidang pendidikan Matematik di mana fokus beliau kepada penyelesaian masalah sehingga modul S.K.O.R. belia memenangi Anugerah Emas Inovasi Pdp The Teachers’ Innovation Carnival ( T-NOVATE 2018u ) di UIAM, Tempat Pertama dalam Rampai Penyelidik STEM  di UKM 2018  dan Pingat Perak dalam Pertandingan Hari Inovasi Fakulti Pendidikan UKM  2017.

Beliau juga Ahli Berdaftar Kumpulan Aspirasi Guru Matematik Malaysia (KAGUMM) , Certified Speaker Rahsia Ceramah Memukau, Certified Speaker Smart Study Osman Affan, Certified Master Practitinor of Take Charge! Learning Facilitator System dan Certified Microsoft Innovative Educator.

Kini, bergiat aktif  mengendalikan program matematik berbentuk bengkel dan seminar untuk pelajar sekolah rendah dan menengah serta guru sekolah memfokuskan kepada pembelajaran strategi penyelesaian masalah Matematik menerusi modul S.K.O.R. yang di asaskan oleh beliau. Selain itu, Beliau juga membantu badan-badan NGO dan Korporat bagi menjalankan program berbentuk CSR di peringkat komuniti.

Hampir 7000 peserta telah mendapat manfaat daripada siri-siri program yang diadakan sejak 2017. Beliau juga menghasilkan empat modul asas aritmetik iaitu Modul Tambah, Darab, Tolak dan Bahagi bagi Program Jom Pandai Matematik. Tahun 2018, beliau terus melangkah ke hadapan dengan menerbitkan satu set buku Teknik Ajaib Kuasai KBAT Matematik UPSR untuk digunakan oleh tenaga pengajar seperti guru-guru, tutor-tutor dan juga ibubapa dalam membantu anak didik menguasai soalan penyelesaian masalah Matematik dengan lebih mudah.

2019, beliau dijemput untuk membentangkan modul beliau di Teachers Conference (TECOF) Mathematics , mengendalikan LADAP bagi guru-guru Matematik di Kuching, Sarawak dengan kerjasama UKM yang memfokuskan kepada pembelajaran strategi masalah Matematik KBAT.

Dengan Tagline Hidup untuk memberi, Memberi perlulah dengan kasih sayang, Kasih sayang lahir dari iman yang mantop, beliau berhasrat mengembangkan ilmu Matematik yang amat diminati ini.

Tuan Mohamad Bin Mohshin

Merupakan Managing Director and Founder ALAF Leadership Training Sdn Bhd. at Seminar Tapow A

Beliau telah dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Syariah dari Universiti Mu’tah, Jordan, Certified Competence Trainer dari PSMB (Kementerian Pembangunan Sumber Manusia), Certified Practitioner NLP, Certified Trainer dari TAMRIN (Pertubuhan Perunding Latihan & Motivasi Muslim Malaysia), Practitioner Profesional Learning Facilitator dari Take Charge Sdn.Bhd dan Certified Power Success Trainer by Global Genius

Pernah ditampilkan dalam

  1. Slot Motivasi ‘Rebus Tak Empuk’ Radio Malaysia Negeri FM
  2. Segmen ‘Bual Bicara’ di Radio IKIM.FM
  3. TV Al-Hijrah dalam rancangan ‘Assalamualaikum’
  4. Rancangan Realiti TV ‘Da’i Milenia’ TV3
  5. Motivator rancangan ‘Adik-Adikku’ TV1
  6. Penulis buku ‘Mudahnya Mengendalikan Usrah’
  7. Kolumnis Malajah Gen-Q

Dr Ihsan Ismail

  • Bertugas sebagai Ketua Pusat STEM Negara di Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia.
  • Mempunyai PhD dalam Data Envelopment Analysis daripada University of Warwick, UK
  • Master Pendidikan Matematik daripada UKM dan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Mathematics, Statistics and Operational Research daripada University of Manchester, UK.

Bengkel Pembelajaran Sains Secara Inkuiri (Inquiry-Based Science Education) IBSE

Bengkel Pembelajaran Matematik Secara Inkuiri (Inquiry-Based Mathematics Education) IBME

Ustaz Arif Asa’ad

Beliau merupakan Pengasas & Perunding Latihan Utama kepada Infitah Training & Consultancy Sdn Bhd sejak tahun 2009.

 

Beliau juga Pengasas Modul #OHMudahnyaTajwid #GunaSimbolJe sejak tahun 2012 dan Pengasas HomeTuition & #MengajiDiRumah bagi Akademi Infitah sejak tahun 2009.

 

Beliau mengambil asasi Akademi Pengajian Islam di Universiti Malaya, Nilam Puri, Kelantan. Beliau mengikuti pengajian Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Beliau juga mempunyai Sarjana Muda Sains Gunaan (Pengurusan Alam Sekitar) & Pengajian Islam.

 

Beliau telah diiktiraf sebagai SOIF Coach yang dipersijilkan oleh Take Charge Sdn Bhd. Professional Learning Facilitator (PLF) (Mastery) oleh Profesional Learning Facilitator (International) Sdn. Bhd

 

Beliau juga telah dijemput untuk menjalankan bengkel #OhMudahnyaTajwid di agensi-agensi kerajaan, swasta dan masjid-masjid di seluruh Malaysia.

 

Kini, beliau aktif menjalankan Kelas Mengaji Dewasa di 6 buah tempat di seluruh Malaysia menggunakan Modul dan Buku ‘Oh Mudahnya Tajwid’.

Ustaz Taufik Yusuf

Telah mendapat pendidikan dari Ribat Tarim, Hadhramaut Yaman dalam bidang pengajian Islam dan Bahasa Arab. Mula terlibat dalam dunia perniagaan ketika berumur 19 tahun dalam pelbagai bidang.

Pernah mengasaskan sebuah pusat tuisyen dan mengalami kejatuhan selepas 3 tahun beroperasi, namun beliau kembali bangkit. Beliau berhijrah ke Bangi, Selangor selepas itu dan mula mengasaskan Akademi Al-Qudwah pada hujung 2016. Bermula dari zero, kini Al-Qudwah mempunyai lebih dari 50 orang tutor aktif yang mengajar sekitar Lembah Klang, Negeri Sembilan dan Johor.

Al-Qudwah kini bukan sahaja menjalankan servis pendidikan Bahasa Arab dan Al-Quran ke rumah pelajar, malah mempunyai beberapa produk fizikal dan digital khususnya dalam ilmu Bahasa Arab.

Antara produk yang telah diterbitkan adalah Buku Mahir Arab Dari Al-Quran yang telah memenangi ‘Gold Award’ pada tahun 2018 sempena pertandingan inovasi Bahasa Arab di UKM Bangi. Produk lain pula merupakan produk digital, seperti Arab Flix dan juga ebook.

Ustaz Taufik juga pernah dijemput menyampaikan ceramah di sekolah dan juga memberi kursus Bahasa Arab kepada bakal mutawwif.

Ustazah Akmal Yaacob

Merupakan Pengasas Jada Wajada Edu Solution (JWES Academy) .

Beliau berpengalaman dalam sektor Pendidikan sejak tahun 2013 sehingga kini.

Pengasas dan pemilik kepada pembelajaran Tajwid Infografik dan bergerak aktif memperkenalkannya pada masyarakat.

Beliau menamatkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan Syariah Islamiah di Universiti Al-Bayt di Jordan dan memulakan perkhidmatan dalam bidang pendidikan di Integrited Islamic School di Shah Alam pada tahun 2013.

 

Pada tahun 2016, beliau mula menceburi bidang tutor dengan mengajar Al-Quran dan Tajwid kepada kanak-kanak bermula dari peringkat asas di Putrajaya Tutor.

 

Pada tahun 2017, memperkenalkan modul pertama JWES Academy iaitu Flash Card Hijaiyah yang sesuai dimiliki oleh kanak-kanak yang ingin mengenali huruf-huruf Hijaiyah. Beliau juga mengorak langkah mengadakan kerjasama bersama sebuah tadika yang bertapak kukuh di Putrajaya.

 

Pada tahun 2018, beliau menerbitkan sebuah buku penguasaan ilmu Tajwid Al-Quran yang diberi nama Buku Tajwid Jadda Wajada ‘Belajar Tajwid Gaya Infografik’.

 

Pada tahun 2019, Puan Norakmal memperkasakan pembelajaran Al-Quran secara bersistem dilengkapi dengan SOP dan Policy yang perlu dipatuhi.